Judul: Panduan Lengkap Tarbiyatul Aulad, Strategi Mendidik Anak Menurut Petunjuk Al-Qur’an dan As-Sunnah | Judul Asal (‘Arab): Al-Hadyu An-Nabawi fi Tarbiyah Al-Aulad fi Dhau’ Al-Qur’an wa As-Sunnah | Penulis: Dr. Sa’id bin ‘Ali bin Wahf Al-Qahthani | Ta’liq/Takhrij/Tahqiq: - | Penerbit: Zamzam Mata Air ilmu| Penterjemah: Muhammad Muhtadi | Berat: 472gram | Muka Surat: 250 m/s. (Hard cover)
Sahabat Nabi, ‘Abdullah bin ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma dinukil berkata:
أَدِّبِ ابْنَكَ، فَإِنَّكَ مَسْئُولٌ عَنْ وَلَدِكَ مَاذَا عَلَّمْتَهُ، وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ بِرِّكَ وَطَوَاعِيَتِهِ لَكَ.
“Didiklah anakmu, kerana sesungguhnya kelak engkau akan ditanya tentang anakmu, “Apa yang telah engkau ajarkan?” Dan anakmu pula akan ditanya tentang bakti dan ketaatannya ke atas engkau.” (lihat: Syarhus Sunnah oleh Al-Imam Al-Baghawi, 2/408)
Mendidik anak merupakan tugas dan tanggung jawab yang berat bagi para ibu dan bapa. Apalagi pada era dunia hari ini, di saat pesatnya perkembangan dunia teknologi dan informasi seringkali membawa akibat yang negatif bagi perkembangan keperibadian anak. Rancangan-rancangan TV yang tidak mendidik sera berleluasanya laman-laman internet yang tidak berakhlak demikian mudah dan bebas dapat diakses oleh siapa pun juga, termasuk anak-anak kita, menjadi sebuah fenomena ironis yang mampu menghancurkan binaan akhlak anak-anak kita.
Teman-teman pergaulan yang buruk akhlaknya juga manjadi antara faktor penting yang boleh menyebabkan para ibu bapa menangis pilu melihat keburukan akhlak tersebut menular dan menjangkiti peribadi buah hati mereka. Sehingga, tak salah apabila dikatakan bahawa mendidik anak di zaman ini jauh lebih sukar berbanding masa-masa lalu.
Islam memberikan sejumlah aturan dan tuntunan yang bermanfaat terkait dengan agenda pendidikan anak-anak (tarbiyatul aulad). Bagaimana agar setiap sisi keperibadian anak, sama ada hatinya, akalnya mahupun akhlaknya terwarnai dengan nilai-nilai Islam. Bagaimana agar anak-anak kita mampu tumbuh berkembang menjadi peribadi yang kuat ‘aqidahnya (‘aqidah salimah), sahih ibadahnya (‘ibadah shahihah) dan mulia akhlaknya (akhlaq al-karimah). Itulah tiga rukun keperibadian muslim sejati. Apabila tiga perkara tersebut dapat ditanam secara baik pada diri anak-anak kita, insya Allah anak yang soleh (waladun shalih) akan benar-benar terealisasi dalam kehidupan kita. Dan anak yang soleh merupakan aset berharga bagi orang tua untuk kebahagiaan hidup di dunia mahupun akhirat. Anak soleh merupakan hasil amalan manusia yang pahalanya akan terus mengalir walaupun pelakunya telah meninggal dunia.
Buku ini menjelaskan unjuran-unjuran strategi mendidik anak sebagaimana yang dituntunkan oleh Allah dan Rasul-nya Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Di dalamnya dijabarkan tahapan-tahapan pendidikan anak, dimulai dari awal buaian sampai anak menginjak dewasa. Inilah sebuah karya tulis yang secara komprehensif membincangkan tentang tarbiyatul aulad (pendidikan anak-anak), dan strategi kenabian untuk membangun generasi soleh-solehah. Sebuah panduan lengkap bagi para ibu/bapa dan generasi pendidik untuk mewujudkan generasi idaman, generasi Qur’ani, generasi qurrota a’yun yang menyejukkan hati kedua orang tuanya kerana kesolehan peribadi dan kemuliaan akhlaknya.
Selamat membaca, semoga kita semua mampu mengaplikasikan tips nabawi yang dijabarkan dalam buku ini dalam pendidikan anak-anak kita! Wallahul musta’an.