Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Riyadhus Shalihin dan Penjelasannya

Riyadhus Shalihin dan Penjelasannya
Riyadhus Shalihin dan Penjelasannya
Terbitan: Ummul Qura
Product Code: Ummul Qura
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 27.7 x 21.5 x 5

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM98.00 RM94.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Riyadhus Shalihin dan Penjelasannya | Judul Asal (‘Arab): Tathriiz Riyadhish Shaalihiin | Penulis: Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) | Ta’liq dan Syarah Ringkas: Syaikh Faishal bin ‘Abdul ‘Aziz Alu Mubarak | Takhrij hadis: Berdasarkan kitab-kitab Syaikh Al-Albani | Penerbit: Ummul Qura | Penterjemah: Arif Mahmudi | Berat: 1827gram | Muka Surat: 1120 m/s. (Hard cover)


Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah pernah berkata:

“Kitab Riyadhush Shalihin sering dibahas di hampir seluruh masjid yang ada di muka bumi. Kitab-kitab Al-Imam An-Nawawi sangat terkenal dan tersebar di seluruh penjuru dunia. Hal ini menunjukkan kejujuran niat beliau yang hanya mengharapkan wajah Allah Ta’ala semata. Kerana, penerimaan manusia terhadap kitab-kitab karya seorang ulama termasuk salah satu tanda keikhlasan niatnya.”

Sungguh merugilah sesiapa yang tidak mengenal kitab ini, yang di dalamnya terisi hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang sangat penting berserta bab-bab penjelasannya, yang merupakan mahakarya Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H), seorang ulama besar ahlus sunnah wal-jama’ah bermazhab Asy-Syafi’i.

Walaupun kitab ini telah banyak beredar dan diterjemahkan, namun ia tetap terus mendapat sambutan sebagai bukti keunggulannya. Dan bagi edisi ini, di antara ciri tersendirinya adalah:

1, Ia dicetak dalam satu jilid lengkap sahaja berbanding kebanyakan edisi terbitan lainnya yang diterjemah dan diterbitkan sehingga menjadi lebih satu jilid.

2, Methode editing dan susun atur teks hadis (‘Arab) dan terjemahannya yang lebih menarik serta kemas.

3, Menyertakan dua methode penomboran hadis, iaitu kaedah penomboran asal bersesuaian aslinya dari awal hingga akhir hadis, dan sistem penomboran hadis mengikut bab.

4, Penjelasan takhrij dan status hadis-hadisnya berdasarkan tahqiq atau kitab-kitab Syaikh Al-Albani rahimahullah. Dan ianya diletakkan pada bahagian nota kaki.

5, Disertakan dengan penjelasan dan huraian ringkas bagi hampir seluruh hadis-hadisnya. Dan syarah serta huraian ini disusun khas oleh Syaikh Faishal bin ‘Abdul ‘Aziz Alu Mubarak. Ia dimuatkan di bawah setiap hadis-hadis di kitab ini.

6, Bonus buku kecil hadis 40 susunan Al-Imam An-Nawawi atau yang selalu disebut sebagai Al-Arba’in An-Nawawiyyah.

Semoga edisi ini bermanfaat buat para penuntut ilmu serta yang mencintainya.

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah menyebutkan pada muqaddimah kitabnya ini:

فَرَأَيتُ أَنْ أَجْمَعَ مُخْتَصَراً منَ الأحاديثِ الصَّحيحَةِ، مشْتَمِلاً عَلَى مَا يكُونُ طَرِيقاً لِصَاحبهِ إِلى الآخِرَةِ، ومُحَصِّلاً لآدَابِهِ البَاطِنَةِ وَالظَاهِرَةِ. جَامِعاً للترغيب والترهيب وسائر أنواع آداب السالكين: من أحاديث الزهد ورياضات النُّفُوسِ، وتَهْذِيبِ الأَخْلاقِ، وطَهَارَاتِ القُلوبِ وَعِلاجِهَا، وصِيانَةِ الجَوَارحِ وَإِزَالَةِ اعْوِجَاجِهَا، وغَيرِ ذلِكَ مِنْ مَقَاصِدِ الْعارفِينَ .

وَألتَزِمُ فيهِ أَنْ لا أَذْكُرَ إلاّ حَدِيثاً صَحِيحاً مِنَ الْوَاضِحَاتِ، مُضَافاً إِلى الْكُتُبِ الصَّحِيحَةِ الْمَشْهُوراتِ. وأُصَدِّر الأَبْوَابَ مِنَ الْقُرْآنِ الْعَزِيزِ بِآياتٍ كَرِيماتٍ، وَأَوشِّحَ مَا يَحْتَاجُ إِلى ضَبْطٍ أَوْ شَرْحِ مَعْنىً خَفِيٍّ بِنَفَائِسَ مِنَ التَّنْبِيهاتِ. وإِذا قُلْتُ في آخِرِ حَدِيث: مُتَّفَقٌ عَلَيهِ فمعناه: رواه البخاريُّ ومسلمٌ .

وَأَرجُو إنْ تَمَّ هذَا الْكِتَابُ أنْ يَكُونَ سَائِقاً للمُعْتَنِي بِهِ إِلى الْخَيْرَاتِ حَاجزاً لَهُ عَنْ أنْواعِ الْقَبَائِحِ والْمُهْلِكَاتِ. وأَنَا سَائِلٌ أخاً انْتَفعَ بِشيءٍ مِنْهُ أنْ يَدْعُوَ لِي، وَلِوَالِدَيَّ، وَمَشَايخي، وَسَائِرِ أَحْبَابِنَا، وَالمُسْلِمِينَ أجْمَعِينَ. وعَلَى اللهِ الكَريمِ اعْتِمادي، وَإِلَيْهِ تَفْويضي وَاسْتِنَادي، وَحَسبِيَ اللهُ وَنِعْمَ الوَكِيلُ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ.

“(Penulis) berusaha menghimpun sebuah kitab yang menghimpunkan hadis-hadis sahih secara ringkas yang mencakupi pelbagai aspek yang dapat dijadikan sebagai jalan bagi orang-orang berkaitan untuk menuju kepada kehidupan akhirat yang menghasilkan adab-adabnya secara zahir mahupun bathin. Iaitu hadis-hadis tentang kezuhudan, tentang riyaadhah atau latihan jiwa, penyucian akhlak, tentang penyucian dan pengubatan hati, tentang menjaga anggota-anggota tubuh dan terapi rawatannya, yang selainnya yang menjadi tujuan pagi para bijaksana yang sentiasa meneliti.

Kami tetap konsisten hanya mengemukakan hadis-hadis sahih yang kami kumpulkan dari kitab-kitab hadis sahih yang masyhur. Sebelum sampai kepada hadis-hadis, kami memulakannya dengan menyebutkan beberapa ayat-ayat Al-Qur’an, kemudian kami akhiri dengan menjelaskan makna-makna dalam hadis yang dianggap masih samar. Jika di penghujung sebuah hadis ada kalimat Muttafaq ‘alaih, bererti memang yang dimaksudkan adalah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim.

Dengan selesainya membaca kitab ini, kami berharap dapat menjadi pembimbing kepada kebaikan bagi orang-orang yang menaruh perhatian yang sungguh-sungguh, sekaligus dapat mencegahnya dari keburukan dan hal-hal  yang mencelakakan...”

Selamat menela’ah dan mempelajarinya seraya bersama menuai manfaat yang melimpah.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net