Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Cara 'Politik' Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam

Cara 'Politik' Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam
Terbitan: BPPI
Product Code: BPPI
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 22.6 x 15.1 x 0.5

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM10.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Cara ‘Politik’ Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam | Judul Asal (‘Arab): At-Tauhid Awwalan Ya Da’atal Islaam | Penulis: Syaikh Muhammad Nashir Al-Din Al-Albani | Ta’liq/Takhrij/Tahqiq: Mabruri Mohammad Sai | Penerbit: Badan Perkhidmatan Penerangan Islam Selangor Dan Wilayah Persekutuan (BPPI) | Penterjemah: Mabruri Mohammad Sai Lc. dan Marisa Musfiroh Lc. | Berat: 120gram | Muka Surat: 56 m/s. (Soft cover)


Ini adalah risalah yang sangat besar manfaat dan faedahnya bagi orang awam atau kaum intelek, kerana di dalamnya dimuatkan jawapan dari seorang ‘alim ulama besar masa kini dan beliau juga pakar dalam bidang hadis iaitu Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Abani -semoga Allah merahmatinya-. Di dalam risalah ini terdapat jawaban daripada Syaikh terhadap pertanyaan-pertanyaan daripada mereka yang bersemangat terhadap agama Islam. Apakah cara yang betul untuk memperbaiki kerosakan yang ada di sisi umat Islam...

Mengapakah gerakan-gerakan mereka yang ada sekarang menyebabkan mereka terjerumus ke dalam kekecohan dan tercetusnya fitnah. Apakah nasihat Syaikh bagi para pengikut gerakan-gerakan dan jama’ah tersebut?

Risalah ini telah diterbitkan di Beirut dan di Riyadh pada tahun 1344H.

Memandangkan bahawa kandungan buku yang kecil ini sangat penting dan ramai yang memerlukannya, ia pun diterjemahkan ke dalam bahasa Kebangsaan. Semoga usaha ini bermanfaat bagi kaum Muslimin dan semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala menjadikannya sebagai suatu amal yang ikhlas dan diredhai-Nya.

Perlu kami sampaikan kepada pembaca mengenai maklumat buku ini. Buku kecil ini bukan merupakan hasil tulisan Syaikh Al-Albani secara khusus, tetapi ia adalah dari ceramah Al-Abani yang dirakamkan, kemudian ditulis dan diterbitkan oleh penerbit Daar Al-Maa’arif, Beirut.

Dalam ceramah-ceramah, kelaziman dalil-dalil yang disampaikan terutama hadis-hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, adalah berbentuk am dan banyak menggunakan makna hadis tanpa menitik-beratkan pada lafaznya. Begitu pula ceramah yang disampaikan oleh Syaikh Al-Abani ini, dalil-dalil yang beliau sampaikan ringkas dan terus kepada maksud yang dimaksudkan oleh dalil tersebut. Oleh itu, ketika berdalil dengan menggunakan ayat-ayat Al-Qur’an, beliau akan terus kepada inti ayat tersebut. Begitu pula ketika menggunakan dalil hadis, beliau akan terus kepada inti hadis dengan banyak menggunakan makna hadis sahaja.

Oleh itu, kami dapati dalam buku kecil ini bahawa hadis-hadis yang disampaikan oleh Al-Abani terkadang hanya berupa maknanya sahaja dan tidak lengkap. Tentunya hal ini bukan menjadi suatu kekurangan untuk Al-Abani, kerana keadaan seperti ini terjadi ketika beliau sedang menjawab pertanyaan dalam ceramahnya dan bertujuan untuk lebih memudahkan permasalahan yang sedang dibincangkan. Ini berbeza keadaannya ketika beliau menulis satu buku atau mentakhrij satu kitab tertentu, beliau akan menyampaikan lafaz hadis dengan senadnya.

Oleh sebab itu pula, penterjemah mentakhrij hadis-hadis yang beliau sampaikan dan menampilkan ayat-ayat Al-Qur’an yang dijadikan dalil oleh beliau.

Moga-moga usaha kecil ini dicatat sebagai amal soleh kami dan mendapat ganjaran dan keredhaan-Nya.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net