Item: Organic Extra Virgin Olive Oil (Premium Palestine Olive Oil) 250ml | Pengeluar: Al-Ard Palestinian Agri Product (Nablus, Palestine) | Sumber: Ancient olive trees of Palestine | Kelulusan: Palestinian Fair Trade Association | Jaminan Kualiti: Pensijilan dari Japanese Agricultural Standard (JAS), Pensijilan ISO-22000, Pensijilan pengesahan organik dari EU (CU816212), Palestinian Standard Institution Qualification (PSI), Award Winning Great Taste Gold 2012 & 2013 | Kandungan: 250ml | Berat (Termasuk bekas kaca): 580g +/-.
Minyak zaitun terbaik dunia adalah yang dituai dari sumber terbaik, iaitu dari tanah yang diberkahi, bumi Palestin (Syam). Dari sinilah minyak zaitun termahal dan terbaik dunia dihasilkan, dan produk Al-Ard ini termasuk di dalamnya.
Bumi Palestine adalah tempat tersemainya ladang-ladang zaitun (olive) berkualiti tinggi. Di sini menjadi lubuk pohon-pohon zaitun berusia ratusan tahun, yang diusahakan secara organic, dituai dan diproses pula secara tradisional. Ketinggian kualitinya dapat dirasai dari aroma dan rasanya yang menakjubkan.
Kelebihan Produk Al-Ard Olive Oil
1, Produk Minyak zaitun berkualiti tinggi dengan kadar keasidan (Acidity) yang rendah kurang dari 0.4%.
2, Merupakan produk tunggal dari bumi Palestin yang mendapat pengiktirafan “ORGANIC PRODUCTION METHODS - ORGANIC EU” oleh Control Union Certifications (No. CU812616).
3, Mendapat sijil kualiti dari PSI (Palestinian Standard Institution).
4, Pensijilan dari JAS (Japanese Agricultural Standard).
5, Pensijilan ISO-22000 sebagai syarikat berasaskan minyak zaitun pertama dunia.
6, Jaminan rasa dan aroma terbaik. Pemenang Augerah (Award Winning Great Taste Gold 2012 & 2013).
7, Jaminan urusniaga telus dari Palestinian Fair Trade Association.
Cara pengambilan (consumption methode)
1, Sesuai diminum satu sudu makan sebelum sarapan pagi dan satu sudu makan sebelum tidur.
2, Boleh juga dinikmati dengan roti, atau sebagai campuran bersama cuka kurma dalam lauk-pauk. Enak dinikmati sebagai lauk bersama diet utama (seperti dicurahkan sedikit lalu digaul bersama nasi).
3, Enak sebagai bahan campuran kepada hasil masakan, sayur-sayuran, ulam-ulaman, salad, dan daging. (Namun minyak zaitun tidak sesuai dikonsumsi pada suhu tinggi)
4, Sesuai untuk kegunaan luaran pada mana-mana bahagian tubuh untuk menghilangkan kesan parut, kesan luka, dan kekeringan kulit. Sesuai juga untuk membantu melebat dan menghitamkan rambut.
Khasiat
Minyak zaitun dalam kajian sains dan perubatan memang dikenal dan diperakui mampu membantu dalam penjagaan kesihatan; seperti baik untuk kesihatan jantung dan peredaran darah, bersifat anti-oxidant, mengawal kadar lemak dalam tubuh, membantu pembentukan tulang, menjaga kesihatan kulit, melambatkan kadar proses penuaan, membantu sistem penghadaman, mencegah serangan kanser, mengawal batu karang, dan dipercayai mampu membantu mempertingkatkan daya imuniti tubuh.
Lampiran:
1, Keberkahan bumi Syam
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
“Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqshaa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’, 17: 1)
Dan beberapa lagi ayat-ayat Al-Qur’an yang menjelaskan keberkahan negeri Syam secara umum, antaranya Surah Al-Anbiya’ (21: 71) dan (21: 81), serta di Surah Saba’ (34: 18). Demikian pula terdapat dalam hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.
2, Minyak Zaitun Secara ringkas
Buah zaitun, atau nama saintifiknya, Olea europaea adalah termasuk produk atau hasil bumi yang memiliki keutamannya tersendiri.
Tinggi pokoknya kira-kira tiga meter yang hanya tumbuh di daerah yang beriklim Mediterranean. Daunnya hijau terang dan buah yang masak ranum berwarna ungu kehitaman serta amat kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K, Omega 3 & 6, dan zat besi. Buah zaitun yang paling baik kualitinya ialah yang dihasilkan di bumi Palestine (Syam), kemudian diikuti dengan Greece (menurut sebahagian penelitian). Bagaimanapun, Sepanyol dan Itali merupakan pengeluar minyak zaitun terbesar. Namun begitu 40% dari minyak zaitun yang dijual di negara tersebut adalah berasal dari Syria.
Minyak zaitun digunakan secara meluas dalam produk makanan, perubatan, produk farmasi, produk kecantikan (kosmetik), lampu tradisional, dan masakan.
3, Virgin Olive Oil
Hasil minyak zaitun yang paling berkualiti adalah hasil dari ekstrak (perahan) pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia, pelarut, atau haba dan mengandungi kadar asid yang rendah (kurang dari 0.8%), memiliki rasa yang enak, dan dianggap fresh. Dan inilah yang dikenali sebagai minyak zaitun dara extra, atau disebut sebagai “Extra Virgin Olive Oil.”
Manakala perahan kedua, biasanya dikenal sebagai “virgin olive oil”, dan perahan seterusnya dikenal sebagai “pure olive oil.”
Minyak zaitun dara extra mempunyai daya merawat dan melawan penyakit, dan ia bukan sahaja menyihatkan tetapi juga menambah perisa dalam masakan. (lihat: http://www.oliveoiltimes.com/extra-virgin-olive-oil)
4, Minyak Zaitun dalam sumber wahyu
Allah Ta’ala menyebutkan minyak zaitun sebagai minyak dari pohon yang diberkahi. Ini tertera dalam Surah An-Nuur ayat 35.
Juga di firman-Nya (yang bermaksud):
“Dan pohon yang keluar dari Thursina, yang menghasilkan minyak dan menjadi lauk (kuah) bagi orang-orang yang makan.” (Surah Al-Mu’minuun, 23: 20)
Kemudian dalam hadis di Sunan At-Tirmidzi, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
كُلُوا الزَّيْتَ وَادَّهِنُوا بِهِ فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرَةٍ مُبَارَكَةٍ
“Makanlah az-zayt (buah zaitun), dan jadikanlah ia sebagai minyak, kerana ia dari pohon yang diberkahi.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 1851, 1852)
Ketika zaman Nabi, minyak zaitun memang telah sedia dikenali dan dijadikan sebagai sebahagian dari makanan orang-orang ketika itu. Malah sehingga kini pun minyak zaitun memang dimaklumi termasuk antara campuran utama dalam makanan atau masakan orang-orang ‘Arab dan Eropah.
Selain sebagai campuran dalam makanan, minyak zaitun juga cukup terkenal antaranya sebagai bahan yang mengandungi nilai perubatan dan turut disebutkan dalam kitab-kitab Thibbun Nabawi (perubatan Nabi) seperti antaranya karya Ibnul Qayyim dan yang lainnya.
Pada hari ini, minyak zaitun dalam kajian sains dan perubatan, ia memang dikenal dan diperakui mampu menjaga kesihatan jantung dan peredaran darah, bersifat anti-oxidant, mengawal kadar lemak dalam tubuh, membantu pembentukan tulang, menjaga kesihatan kulit, melambatkan kadar proses penuaan, membantu sistem penghadaman, dan dipercayai mampu membantu mempertingkatkan daya imuniti tubuh.