Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Ikhlas... Keutamaan, Faedah, Contohnya, & Perusaknya

Ikhlas... Keutamaan, Faedah, Contohnya, & Perusaknya
Ikhlas... Keutamaan, Faedah, Contohnya, & Perusaknya Ikhlas... Keutamaan, Faedah, Contohnya, & Perusaknya
Terbitan: Pustaka Ibnu Umar
Product Code: Pustaka Ibnu 'Umar
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 15 x 10.7 x 0.5

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM5.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Ikhlas... Keutamaan, Faedah, Contohnya, & Perusaknya | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis: Abu Muhammad Ibnu Shalih bin Hasbullah | Penerbit: Pustaka Ibnu ‘Umar | Penterjemah: - | Berat: 50gram | Muka Surat: 80 m/s. (Soft cover)


Ketahuilah bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِنَّ اللهَ لَا يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَأَمْوَالِكُمْ، وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ وَأَعْمَالِكُمْ

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa kalian dan harta kalian, sebaliknya Allah melihat kepada hati kalian dan amal-amal kalian.” (Shahih Muslim, no. 2564)

Pernah diungkapkan dari seorang tabi’in, Bakr Ibnu ‘Abdillah Al-Muzani rahimahullah bahawa beliau mengatakan:

إن أبا بكر رضي الله عنه لم يفضل الناس بكثرة صلاة، إنما فضلكم بشيء كان في قلبه

“Sesungguhnya tidaklah Abu Bakr itu mengungguli orang lain dengan banyaknya solat, tapi beliau mengungguli kalian itu dengan apa yang ada di hatinya.”

Kerana pada hati itulah tersembunyi niat, maksud, ketundukan, kecintaan, redha, dan keikhlasan sesuatu amal. Kerana tidaklah amal itu diterima melainkan yang benar-benar ikhlas kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala semata. Amal tidak hanya terfokus kepada tatacara perlaksanaannya mesti benar, tetapi juga diwajibkan mesti ikhlas, iaitu dilakukan dalam rangka mencari keredhaan Allah semata!

Jika amal-amal yang dilakukan jauh dari keikhlasan, nescaya kelak di hari hisab ia hanya akan menjadi seperti debu-debu yang berterbangan, tidak bermanfaat, tiada nilainya di sisi Allah.

Diriwayatkan dalam Shahih Muslim dari sebuah hadis yang panjang, daripada Sulaimaan bin Yasaar, beliau berkata, “Ketika orang ramai telah beranjak pergi dari Abu Hurairah, Naatil yang merupakan seorang penduduk Syaam bertanya:

أَيُّهَا الشَّيْخُ، حَدِّثْنَا حَدِيثًا سَمِعْتَهُ مِنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: نَعَمْ، سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: " إِنَّ أَوَّلَ النَّاسِ يُقْضَى يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَيْهِ رَجُلٌ اسْتُشْهِدَ، فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا، قَالَ: فَمَا عَمِلْتَ فِيهَا؟ قَالَ: قَاتَلْتُ فِيكَ حَتَّى اسْتُشْهِدْتُ، قَالَ: كَذَبْتَ، وَلَكِنَّكَ قَاتَلْتَ لِأَنْ يُقَالَ: جَرِيءٌ، فَقَدْ قِيلَ، ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ حَتَّى أُلْقِيَ فِي النَّارِ

“Wahai Syaikh, sampaikanlah kepadaku satu hadis yang engkau pernah dengar daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.”

Abu Hurairah pun menjawab, “Benar, aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Sesungguhnya orang yang paling awal dihisab pada hari Kiamat nanti adalah orang yang mati syahid. Kemudian dia akan dihisab dan diperlihatkan semua nikmat yang telah Allah berikan padanya sampai dia pun mengakui semua nikmat-nikmat tersebut.

Lalu dia disoal:

“Maka, apa yang engkau lakukan dengan nikmat-nikmat tersebut (dalam rangka syukur)?”

Dia menjawab, “Aku telah berperang kerana Engkau (ya Allah) sampailah aku syahid.”

Allah berfirman, “Engkau dusta, sebenarnya engkau berperang hanya kerana mahu disebut sebagai pemberani, sampai engkau pun mendapat gelaran tersebut.”

Lalu orang itu diperintahkan diseret di atas wajahnya sampailah terhumban ke dalam Neraka.” (Shahih Muslim, no. 1905)

Na’uudzubillaah... semoga Allah memelihara kita dari amal-amal yang tidak ikhlas. Sungguh benar-benar amat rugi andai amal-amal yang kita lakukan menjadi debu berterbangan di hadapan Allah kelak.

Lihatlah dari hadis tersebut, sebesar-besar amal berupa jihad sehingga mati di medan perang pun seandainya tergelincir dari keikhlasan, maka ia akan menjadi sia-sia...

Dari itu, marilah sama-sama kita telusuri hakikat sebenar makna dan syarat-syarat ikhlas agar kita dapat meraihnya dan melaksanakannya dengan benar. Agar amal-amal kebaikan yang kita lakukan mendapat keredhaan Allah Subhanahu wa Ta’ala dan membuahkan pahala dari sisi-Nya sekaligus menyelamatkan kita dari api Neraka yang sangat menakutkan.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net