Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Penyebab Rusaknya Amal Menurut Al-Quran dan As-Sunnah

Penyebab Rusaknya Amal Menurut Al-Quran dan As-Sunnah
Terbitan: Pustaka Imam Asy-Syafi'i
Product Code: Pustaka Imam asy-Syafi'i
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 15.5 x 11.2 x 0.5

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM8.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Penyebab Rusaknya Amal Menurut Al-Qur’an dan As-Sunnah | Judul Asal (‘Arab): Mubthilaatul A’maal fii Dhauil Qur’aan Al-Kariim was Sunnah Ash-Shahiihah Al-Muthahharah | Penulis: Salim bin ‘Ied Al-Hilali | Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafi’i | Berat: 90gram | Muka Surat: 102 m/s.


‘Abdullah bin ‘Ubaidillah bin Abi Mulaikah, seorang yang tsiqah lagi faqih berkata:

“Aku mendapati 30 orang Sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, semuanya merasa takut jika kemunafikan menimpa diri mereka, tidak ada seorang pun dari mereka berkata bahawa imannya seperti keimanan Malaikat Jibril dan Mika’il.” (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam Kitab Shahihnya secara mu’allaq, dan secara maushul oleh Abu Zur’ah Ar-Razi dalam Taariikh Dimasyq, no. 1367 – dinukil dari buku ini)

Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani berkata dalam Fathul Baari (1/110-111):

“Para Sahabat yang didapati oleh Ibnu Abi Mulaikah yang paling utama adalah ‘Aisyah, saudaranya iaitu Asma’, Ummu Salamah, ‘Abdullah bin ‘Umar, ‘Abdullah bin ‘Abbas, ‘Abdullah bin Mas’ud dan ‘Abdullah bin Az-Zubair radhiyallahu ‘anhum, manakala Abu Hurairah, ‘Uqbah bin Al-Harits dan Al-Musawwar bin Makhramah, mereka adalah para Sahabat yang ia dengar hadisnya. Ia juga mendapati Sahabat lain yang lebih utama dari mereka, seperti ‘Ali bin Abi Thalib dan Sa’ad bin Abi Waqqash radiyallahu ‘anhum. Beliau memastikan bahawa mereka merasa takut munculnya kemunafikan dalam amalan-amalan mereka. Dan tidak ada nukilan dari selain mereka yang menyalahi hal itu, seakan-akan ini adalah ijma’. Yang demikian itu kerana seorang mukmin terkadang ditimpa rintangan yang mengotori amalnya, sehingga menjadikannya tidak ikhlas. Namun, rasa takut mereka itu bukanlah bermakna mereka telah terjerumus ke dalam perbuatan tersebut, tetapi dapat difahami sebagai bentuk kesungguhan mereka dalam bersikap wara’ dan taqwa.”

Sungguh benar apa yang dikatakan oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar tersebut, generasi sahabat telah berjuang melawan hawa nafsunya kerana Allah, sehingga mereka pun dekat kepada Allah berlipat-lipat kali dari amalan orang-orang selain mereka.

Mereka (para shiddiqin) selalu melihat kepada hak Allah yang wajib mereka tunaikan, maka Allah pun memberikan (kenikmatan) berupa rasa penyesalan terhadap diri mereka (kerana mereka merasa belum dapat memenuhi hak-hak Allah dengan sempurna), mereka mengetahui bahawa keselamatan hanya dapat dicapai dengan ampunan Allah dan rahmat-Nya. Kerana hak Allah adalah untuk ditaati dan bukan dimaksiati, untuk diingat dan tidak dilupakan serta untuk disyukuri dan tidak dikufuri.

Maka, sesiapa yang selalu melihat hak Penciptanya yang wajib dilaksanakannya, maka dia pun akan tahu secara yakin bahawa dia belum mampu melaksanakannya dengan sebaik-baiknya. Tidak ada yang dapat menyelamatkannya kecuali ampunan-Nya, dia merasa akan binasa apabila hanya bersandar kepada amalannya semata-mata.

Akan tetapi sungguh sangat disayangkan, jika seorang yang bijaksana memerhatikan keadaan manusia di zaman ini maka dia akan mendapati kenyataan yang berlawanan dengan hal tersebut, mereka hanya menuntut hak mereka kepada Allah dan tidak mahu memenuhi hak Allah atas mereka. Dari situlah, mereka telah terputus dari Allah, hati mereka telah tertutup untuk mengenal, mencintai, merasakan kerinduan untuk bertemu dengan-Nya dan bersyukur terhadap nikmat-Nya. Ini adalah puncak kebodohan manusia terhadap Allah dan terhadap dirinya.

Ketahuilah (mudah-mudahan Allah merahmatimu) bahawa modal utama perdagangan yang tidak akan merugi adalah seorang hamba yang sentiasa melihat kepada hak Allah, kemudian melihat, apakah dia telah melaksanakannya dengan benar, kerana perkara tersebut akan membawa seorang hamba kepada kedudukan para shiddiqin yang Rabbani yang menundukkan hatinya di hadapan Rabb-nya, ketundukan yang di dalamnya terdapat kemuliaan, yang merasa faqir kepada Allah, kefaqiran yang di dalamnya terdapat kekayaan.

Maka ini adalah buku kecil yang menghimpun dan menjelaskan secara tuntas tentang penyebab-penyebab rosaknya amal. Agar dapat kita baca dan renungi, lalu dapat kita hindari dan jauhi. Supaya amal-amal yang kita lakukan sentiasa diterima Allah dan tidak sia-sia. Sungguh amat kita takuti dan amatlah merugi seandainya amal-amal yang kita usahakan menjadi sia-sia dan tidak bermanfaat di hadapan Allah.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net