Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Bulughul Maram karya Al-Hafiz Ibnu Hajar (Edisi Terjemahan Lengkap)

Bulughul Maram karya Al-Hafiz Ibnu Hajar (Edisi Terjemahan Lengkap)
Terbitan: Pustaka Imam Adz-Dzahabi
Product Code: Pustaka Imam Adz-Dzahabi
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.5 x 17 x 4.2

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM80.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Bulughul Maram karya Al-Hafiz Ibnu Hajar (Edisi Terjemahan Lengkap) | Judul Asal (‘Arab): Bulughul Maram min Adillatil Ahkaam | Penulis: Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H) | Penerbit: Pustaka Imam Adz-Dzahabi | Berat: 1.3kg | Muka Surat: 761 m/s.


Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah di mukaddimah kitab beliau ini:

“Ini adalah sebuah mukhtashar yang merangkum dalil-dalil hadis yang menjadi ushul pendalilan hukum-hakam syari’at yang saya kumpulkan dengan sedaya-upaya agar orang yang menghafalkannya dapat memiliki kelebihan berbanding yang lainnya, dapat membantu para penuntut ilmu yang masih baru, dan tetap menjadikan orang yang cinta terhadap ilmu merasa perlu padanya.” (lihat: Mukaddimah Bulughul Maram)

Sepintas lalu

Bulughul Maram adalah sebuah kitab yang telah menjadi masyhur dalam kalangan ahli ilmu hari ini. Termasuklah di kalangan para pendidik dan penuntut ilmu di wilayah nisantara ini. Banyak dibaca, diajarkan, dan dibahaskan kandungannya di masjid-masjid dan surau-surau.

Kitab ini disusun oleh Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H), seorang pakar hadis, fiqh, dan sejarah. Kitab ini memuatkan susunan hadis-hadis penting menjadi dasar hujah fiqh dan ibadah seharian setiap muslim. Padanya menghimpun sekitar seribu lima ratus lebih hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Hadis-hadis ini disusun berdasarkan urutan perbahasan fiqh, iaitu dari soal bersuci (thaharah), tayammum, wudhu’, mandi, adzan, solat, zakat, puasa, jenazah, haji dan ‘umrah, jual beli, pernikahan, hukum hakam jenayah, hudud, jihad, bab makan dan minum, sumpah dan nadzar, sehinggalah kepada persoalan adab dan akhlak. Setiap hadis-hadis yang dibawa dijelaskan darjat kesahihannya pada nota kaki. Ini bagi memudahkan para pembaca untuk membuat semakkan lanjutan, penelitian, sekaligus memanfaatkannya.

Buku karya Al-Hafiz Ibnu Hajar ini amat baik dan begitu dicadangkan oleh para ulama agar ditela’ah oleh para penuntut ilmu sebelum pergi lebih jauh dalam bidang agama ini khasnya dalam bidang fiqh dan hadis. Ini bagi tujuan memperkukuhkan asas-asas ilmu pengetahuan fiqh, asas-asas pengetahuan praktik agama seharian, dan bagi mendapatkan gambaran rangkuman dalil-dalil asas yang sering digunakan berhujah dalam bidang fiqh atau ibadah secara umum.

Adapun untuk lebih jelas tentang huraian dan perbahasan setiap hadis-hadisnya secara terperinci, para pembaca boleh juga mendapatkan kitab syarah (huraian penjelasan) bagi hadis-hadis dalam kitab ini melalui kitab Taudhihul Ahkam karya Syaikh ‘Abdullah Al-Bassam dan juga kitab Subulus Salam karya Imam Ash-Shan’ani.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net