Judul: Mengenal Tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin | Judul Asal (‘Arab): Al-Maurid Al-‘Adzbi Az-Zulal fiimaa Untuqida ‘ala Ba’di Al-Manaahij Ad-Da’awiyyah minal ‘Aqaa’id wal A’maal (Melindungi Kemurniaan Mata Air Islam yang Menyegarkan dari Penyimpangan Manhaj-manhaj Dakwah dalam Keyakinan dan Amalan) | Penulis: Syaikh Ahmad Yahya An-Najmi rahimahullah | Penerbit: Cahaya Tauhid Press | Berat: 750g | Muka Surat: 400 m/s. [Disediakan oleh Krew Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]
Saya telah membaca tulisan syaikh kita Al-Allamah pembawa bendera hadis, tauhid, dan sunnah di wilayah Jazan (Arab Saudi), iaitu Syaikh Ahmad bin Yahya An-Najmi dalam kitabnya yang baik, Al-Maurid Al-‘Adzbi Az-Zulal fiimaa Untuqida ‘ala Ba’di Al-Manaahij Ad-Da’awiyyah minal ‘Aqaa’id wal A’maal (Melindungi Kemurniaan Mata Air Islam yang Menyegarkan dari Penyimpangan Manhaj-manhaj Dakwah dalam Keyakinan dan Amalan). Syaikh kita telah melakukan yang terbaik, memberi faedah dan menyerang tepat mengenai sasaran yang mematikan pelbagai bid’ah, parti, dan fitnah. Serta menjelaskan penyelisihan mereka terhadap Al-Qur’an, As-Sunnah, dan manhaj salafush-sholeh dalam aqidah dan manhaj.
Kitab beliau hafidzhullah yang bermanfaat ini dibuka dengan lima bab, beliau menjelaskan di bab pertama: Hikmah yang menjadi sebab Allah ‘Azza wa Jalla menciptakan jin dan manusia, disertai dalil-dalil dan hujah tentangnya.
Beliau hafidzhullah menerangkan di bab kedua: Makna ibadah yang untuk itu Allah menciptakan jin dan manusia, sebab dan tuntutan terhadap mereka untuk merealisasikannya.
Beliau menjelaskan di bab ketiga: Sesungguhnya para Rasulullah itulah pembawa hidayah menuju Allah ‘Azza wa Jalla, segala keredhaan, dan semua Syurga-Nya.
Beliau kemudian menjelaskan di bab ke-empat: Sesungguhnya sebab yang terbesar bahkan solusi satu-satunya untuk meraih keselamatan dari azab Allah ‘Azza wa Jalla dan meraih Syurga-Nya adalah dengan mentaati Allah dan Rasul-Nya, disertai pengetahuan akan dalil-dalilnya.
Di bab ke-lima: Manhaj para Rasul ‘alaihis Salam. Bahawa dakwah para Rasul ditegakkan di atas tiga asas, iaitu:
1, Tauhid.
2, Waktu kembali, iaitu iman kepada hari akhirat dan apa yang terjadi padanya; berupa kebangkitan, balasan Syurga dan Neraka.
3, Iman kepada risalah langit.
Syaikh kita (Syaikh Ahmad Yahya An-Najmi) membuka dengan lima bab penting ini yang mengandungi semua asas daruri tersebut, beliau menyatakan kepada orang-orang yang tertipu dengan segala macam bid’ah dan kebohongan berserta para pemimpinnya (dengan seruan-seruan):
“Inilah agama yang haq (benar), inilah manhaj yang haq yang wajib diikuti... inilah asas daruri yang wajib diimani dan diikuti pembawa benderanya, iaitu para rasul yang mulia.”
Adapun para pemimpin kepada pelbagai bid’ah dan kesesatan yang menyelisihi ajaran para rasul dalam aqidah, manhaj, ushul, dan ibadah, maka mereka itulah da’i-da’i penyeru di pintu-pintu Neraka jahannam. Sesiapa yang menyambut seruan mereka, maka mereka akan nelemparnya masuk ke dalam api. Inilah semua hakikat yang terang benderang, tidak ada yang membangkang dan menyimpang darinya melainkan orang yang disesatkan, dimurkai, dan ditutupi hatinya oleh Allah ‘Azza wa Jalla.
Kemudian setelah beliau menjelaskan semua urusan yang penting dan mulia tersebut, beliau pun masuk kepada tujuan yang padanya beliau telah menyinsingkan lengan baju bangkit untuk menggapainya, iaitu membasmi semua kebathilan, khurafat, dan kesesatan yang kedustaan dan kebathilannya telah menipu banyak pemuda di negeri tauhid dan Sunnah tatkala mereka telah memadamkan cahaya lampu hidayah dan lebih senang berjalan di atas jalan-jalan syaithan, kesesatan dan kegelapan yang pekat (sebagaimana firman Allah Ta’ala):
كَالَّذِي اسْتَهْوَتْهُ الشَّيَاطِينُ فِي الْأَرْضِ حَيْرَانَ لَهُ أَصْحَابٌ يَدْعُونَهُ إِلَى الْهُدَى ائْتِنَا قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَى وَأُمِرْنَا لِنُسْلِمَ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ
“Seperti orang yang telah disesatkan oleh Syaithan di pesawangan bumi yang menakutkan; dalam keadaan bingung, dia mempunyai kawan-kawan yang memanggilnya kepada jalan yang lurus (dengan mengatakan): “Marilah ikuti kami.” Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah (yang sebenarnya) petunjuk; dan kita disuruh agar menyerahkan diri kepada Tuhan semesta alam...” (Surah al-An’aam, 6: 71)
Setelah penjelasan yang memuaskan tersebut, sampailah beliau kepada membuka aib kebathilan dan menjelaskan kepalsuannya dalam tujuh bab:
Bab pertama: Ini yang ke-enam dalam urutan bab-bab kitab beliau, iaitu penjelasan bahawa penyimpangan terhadap manhaj para rasul akan memberi kesan meninggalkan jalan yang lurus, beliau menjelaskannya dengan dalil-dalil.
Bab kedua: Iaitu yang ke-tujuh: Beliau jelaskan bahawa hizbiyyah (kepartian) bukanlah manhaj para nabi, bahkan hizbiyyah adalah bid’ah dan kesesatan.
Bab ketiga: Iaitu yang ke-lapan: menjelaskan keburukan-keburukan hizbiyyah, beliau menyebutkan darinya tujuh perkara yang merosak, cukuplah sebahagiannya untuk memghinakan para pengikut hizbi sebagai orang sesat.
Bab kesembilan: Beliau menyebutkan letak penyimpangan Ikhwanul Muslimin sampai mencapai 25 kesesatan. Alangkah banyaknya keburukan dan kejahatan mereka... Betapa bahayanya mereka terhadap Islam dan kaum Muslimin..!
Allah ‘Azza wa Jalla telah menampakkan dengan transparen hakikat manhaj mereka yag rosak dan aqidah mereka yang sesat.
Bukankah seorang muslim yang jujur dapat melihat mereka di sebahagian negeri mengadakan muktamar-muktamar untuk mengajak kepada pluralisme dan persaudaraan dengan Nashrani (Kristian) dengan membuka lebar pembinaan-pembinaan gereja dan kuburan!
Belumkah dunia mendengar mereka menyiapkan pasukan untuk membantu orang-orang komunis, bathiniyyah, dan rafidhah melawan bangsa Afghanistan setelah propaganda dusta mereka bahawa mereka memikul segala derita umat Islam dan memerangi para musuhnya dari kalangan komunis, sekuler, dan para kuli cerita?!
Di Turki, parti mereka banyak melakukan penyerangan di garis depan untuk menghancurkan Islam, lalu berpegang teguh dengan demokrasi dan melindungi ideologi sekular. Ditambah lagi di hari-hari ini, kesepakatan mereka di bidang militer bersama Yahudi melawan umat Islam, khususnya rakyat ‘Arab!
Tidakkah dengan tersingkapnya semua keburukan mereka yang menghancurkan Islam dan kaum muslimin ini sudah cukup untuk menyedarkan kaum muslimin yang tertipu dan membuka mata serta hati mereka akan semua hakikat yang mengerikan itu?!
Tidakkah sebahagiannya saja sudah cukup untuk membuka kedok kejahatan orang-orang yang memberikan simpati atau kesetiaannya serta pembelannya terhadap mereka yang memakai pakaian salafiyyah demi menipu generasi muda salafi agar bergabung ke dalam barisan parti beracun yang ditiupkan masuk ke dalam Islam dan kaum muslimin?!
Belumkah tiba masanya bagi orang-orang yang terpedaya oleh parti ini, terhadap hakikat sebuah hizbi (ketaksuban terhadap parti) yang tiang-tiang bangunannya dibina di atas landasan kesesatan, agar mereka terbangun dari ketidak-sedaran mereka lalu segera bangkit berpegang teguh kepada Kitab Rabb mereka dan Sunnah Nabi-Nya, serta berjalan di atas hidayah para sahabat dan para pengikut mereka yang baik?!
Alangkah celakanya suatu umat yang menyerahkan urusan mereka kepada sesiapa yang membawanya ke jurang kesesatan, kebinasaan, dan kesengsaraan.
Kemudian Syaikh meletakkan bab ke-sepuluh: Penyimpangan Jama’ah Tabligh. Beliau berbicara di dalamnya tentang manhaj mereka yang rosak dan aqidah sesat mereka, di antaranya; hulul, wihdatul wujud, muraqabah di kuburan,.. sampai mencapai 25 kesesatan, sedangkan realitinya bahkan lebih dari itu. Demikian pula keterkaitan aqidah dan manhaj mereka dengan Ikhwanul Muslimin dan seluruh golongan sesat yang ada.
Dua kelompok ini; Ikhwanul Muslimin dan Jama’ah Tabligh adalah dua golongan yang paling banyak melakukan tipu-daya terhadap manhaj salafiyyah dan pengikutnya. Keduanya adalah golongan yang paling berhajat dan berusaha menghancurkan manhaj yang agung ini. Keduanya telah menyusun strategi untuk menyerang manhaj Salafiyyah dan pemeluknya di dalam rumahnya sendiri, serta keduanya memang terbukti telah mampu merosak banyak orang-orang yang menisbatkan diri terhadap manhaj Salafiyyah sama ada di Jazirah ‘Arab atau selainnya.
Kita memohon kepada Allah ‘Azza wa Jalla agar menjadikan tipu-daya mereka sebagai bumerang yang kembali menghentam leher mereka dan semoga Dia ‘Azza wa Jalla menyelamatkan Islam, umat Islam, dan generasi muda Islam dari ancamannya.
Lalu Syaikh meletakkan bab ke-sebelas: Menjelaskan kewajiban berjalan di atas jalur manhaj Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam disertai dengan dalil-dalilnya.
Bab ke-dua belas: Mencela bid’ah dan ahli bid’ah.
Bab ke-tiga belas: Keutamaan berdiri teguh di atas Sunnah dan mengikutinya. Syaikh juga mengiringi dengannya sebuah fasal berkaitan golongan yang selamat yang akan mendapat pertolongan dan menang dengan hujjah dan burhan (dalil bukti) atas siapa sahaja yang menyalahinya setelah mereka diistimewakan dengan ciri khas berkomitmen pada Al-Qur’an, As-Sunnah, dan jalan salaful ummah.
Beliau menutup kitabnya yang indah ini dengan sebuah penutup yang berisi penjelasan tentang sikap atau perangai rendah akhlak dua kelompok tadi di dalam aqidah, manhaj, dan amal yang mencapai 15 perangai hina semuanya.
Di dalamnya juga berisi seruan kepada para pembaca yang budiman, orang-orang yang selama ini tertipu oleh kedua kelompok tersebut dengan manhajnya yang bid’ah untuk membaca kitab ini dengan penuh keinsafan dan niat murni mencari kebenaran, khasnya penduduk kerajaan Saudi yang terpedaya, orang-orang yang telah tumbuh dalam didikan tauhid, hendaklah mereka melihat tulisan ini dengan mata kebenaran dan keadilan.
Kita memohon kepada Allah ‘Azza wa Jalla agar memberikan manfaat pada kitab yang baik ini dan mewujudkan dengannya semua tujuan yang diusahakan oleh semua reformis yang ikhlas, di antara mereka adalah sang penulis. Semoga Allah ‘Azza wa Jalla menjaga, memberinya taufiq, dan memasukkannya ke dalam kelompok para mujtahid yang berdakwah menuju Allah ‘Azza wa Jalla dengan hikmah dan nasihat yang baik, sesungguhnya Rabb-ku benar-benar Maha Mendengar semua doa.
Ditulis oleh:
Syaikh Dr. Rabi’ bin Hadi ‘Umair Al-Madkhali.
Anggota pengajar dan Ketua jurusan Sunnah Universiti Islam Madinah An-Nabawiyyah.
22/7/1417H.