Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Kelengkapan Tarikh Rasulullah, Himpunan Sejarah Nabi dan Sahabat

Kelengkapan Tarikh Rasulullah, Himpunan Sejarah Nabi dan Sahabat
Terbitan: Pustaka Al-Kautsar
Product Code: Daar An-Naba'
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.6 x 16.7 x 3.5

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM70.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Kelengkapan Tarikh Rasulullah | Judul Asal ('Arab): Jaami’ As-Siirah | Penulis: Al-Hafiz Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) | Penerbit: Daar An-Naba Berat: 900g | Muka Surat: 753 m/s. (Hard cover). [Disediakan oleh Atsar Ent.]


Segala puji bagi Allah Rabb semesta alam yang telah meng-anugerahkan nikmat-Nya dengan mengutuskan manusia agung dan Rasul yang mulia, Muhammad Shalallahu alaihi wa Sallam. Beliau membawa risalah Islam sebagai pedoman hidup agar kita semua selamat menjalani kehidupan di dunia dan akhirat. Nikmat Islam dan iman adalah nikmat yang paling agung melebihi seluruh nikmat. Menjadikan Nabi Shalallahu alaihi wa Sallam sebagai suri tauladan dan ikutan memiliki hubungan yang sangat erat dengan keislaman dan keimanan seorang muslim. Kerana dengan mengetahui perjalanan hidup beliau, keislamannya akan semakin sempurna dan keimanannya kepada beliau akan semakin bertambah mantap.

Dengan mengenal keperibadian beliau yang agung dan akhlak beliau yang mulia, yang merupakan manifestasi dari ajaran Al-Qur’an Al-Karim, menjadikan seseorang tahu bahawa memang beliau-lah orang paling baik untuk diikuti.

Membaca kisah perjalanan hidup beliau, akan terasa lebih nikmat apabila diiringi dengan kisah-kisah para sahabat beliau yang mulia, yang sentiasa membela Rasul Shalallahu 'alaihi wa Sallam dan rela mati demi menegaknya Islam di bumi ini. Dengan membaca, menelaah, dan menghayatinya, diharapkan mampu mengurangi kesan negatif dari keperibadian diri kita selaku manusia yang banyak kelemahan yang jauh pula dari al-Qur’an dan as-Sunnah akibat kerap-kali disuguhkan dengan cerita-cerita dan kisah-kisah dari tokoh-tokoh yang jauh dari nilai-nilai Islam.

Buku ini ditulis oleh seorang ulama besar yang tidak asing, iaitu Al-Hafiz Ibnu Qayyim al-Jauziyah rahimahullah. Beliau mengajak kita mengenal Nabi kita Muhammad dengan lebih dalam, dan lebih cermat tentang kisah-kisah perjalanan hidup sang pembawa risalah bersama-sama para sahabatnya. Ibnul Qayyim juga turut mempersembahkan nilai akhlak dan prinsip-prinsip Islam yang terhurai di sepanjang kehidupan Rasulullah bersama-sama para sahabatnya.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net