Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Ittiba' Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam, Bagaimana Mengikuti Nabi Dengan Benar?

Ittiba' Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam, Bagaimana Mengikuti Nabi Dengan Benar?
Terbitan: Akbar Media
Product Code: Akbar Media
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 21.1 x 14 x 1.1

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM20.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Ittiba’ Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, Bagaimana Mengikuti Nabi Dengan Benar? | Judul Asal (‘Arab): Huquq An-Nabiyy Baina Al-Ijlaal wal-Ikhlaal | Penulis: Syaikh Dr. Soleh bin Fauzan Al-Fauzan hafidzahullah | Penerbit: Akbar Media | Berat: 0.3kg | Muka Surat: 221 m/s. (Soft cover). [Disediakan oleh Atsar Ent. www.atsar.ilmusunnah.com]


Allah Ta’ala mewajibkan kepada kita untuk mentaati-Nya dan mentaati Rasul-Nya Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Allah menjadikan bagi-Nya hak-hak yang wajib ditunaikan oleh hamba-Nya dan tidak seorang pun memiliki hak-hak seperti itu sama ada para Nabi dan Rasul ataupun Malaikat yang kedudukannya sangat dekat kepada Allah. Begitu pun Allah menjadikan baginya hak-hak yang wajib ditunaikan oleh umatnya yang tidak ada seorang pun dari makhluk ini yang memiliki hak sepertinya.

Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) berkata:

“Bagi Allah hak dari hamba-Nya, begitu pula dengan hamba, baginya hak kepada Allah, tetapi keduanya berbeza. Jangan jadikan kedua bentuk hak tersebut bersatu (sama) tanpa membezakan antara keduanya.”

Hak Nabi yang wajib kita tunaikan adalah mencintai beliau, mentaatinya, mengikutinya (ittiba’), menghormatinya, tidak ghuluw terhadapnya, dan tidak memperlecehakan beliau.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لاَ تُطْرُونِي، كَمَا أَطْرَتْ النَّصَارَى ابْنَ مَرْيَمَ، فَإِنَّمَا أَنَا عَبْدُهُ، فَقُولُوا عَبْدُ اللَّهِ، وَرَسُولُهُ

“Janganlah kalian berlebih-lebihan (menyanjung) terhadapku sebagaimana telah berlebih-lebihan kaum Nashara terhadap putera Maryam (Nabi ‘Isa), sesungguhnya aku ini adalah hamba-Nya, maka katakanlah bahawa aku adalah ‘Abdullah (hamba Allah) dan Rasul-Nya.” (Shahih Al-Bukhari, no. 3445)

Rasulullah juga telah melarang kita dari membuat-buat kebid’ahan dalam agama. Beliau bersabda:

إِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ، فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ، وَ كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلالَةٌ

“Berwaspadalah kalian dengan perkara baru yang diada-adakan (dalam agama), kerana sesungguhnya setiap perkara baru (dalam agama) itu adalah bid’ah, dan setiap bid’ah itu adalah sesat.” (Al-Mustadrak Al-Hakim, no. 332)

Di antara yang diada-adakan dalam agama adalah perayaan maulid Nabi (perayaan sempena kelahiran Nabi) di mana beliau sendiri tidak pernah merayakannya, tidak pernah pula memerintahkan mahupun menganjurkannya, bahkan tidak pernah pula membenarkan orang yang merayakannya.

Kata beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ

“Sesiapa yang mengada-adakan dalam urusan kami ini sesuatu urusan (amalan agama) yang baru, maka ianya tertolak.” (Mutafaq ‘alaih: Shahih Sl-Bukhari dan Muslim)

Sebahagian dari apa-apa yang menjadi hak Rasulullah yang menjadi kewajiban kita agar menunaikannya, serta menjadi bahagian dari mencintainya, adalah menjauhi apa-apa yang dilarang oleh beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dan Rasulullah telah melarang kebid’ahan yang salah satu darinya adalah bid’ah perayaan maulid Nabi.

Dalam buku ini terdapat penjelasan tentang kebid’ahan perayaan maulid Nabi yang ditulis oleh beberapa orang ulama. Dan setelah ini bererti tidak terdapat lagi hujah bagi mereka yang melakukan perayaan mulid Nabi kecuali mereka yang angkuh dan menyukai penyelisihan dari syari’at.

Allah Ta’ala berfirman:

وَمَنْ يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَاءَتْ مَصِيرًا

“Sesiapa yang menentang Rasul setelah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin (khasnya para sahabat Nabi), Kami biarkan dia terlantar dalam kesesatan yang telah dikuasainya tersebut, dan Kami masukkan ia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali.” (Surah An-Nisaa’, 4: 115)

Alhamdulillah, dalam buku ini penulis menjelaskan banyak topik-topik penting sekitar kewajiban mencintai Nabi, cara mencintai beliau, cara menghormati beliau, adab membicarakan tentang diri beliau,  sikap para sahabat terhadap Nabi, bukti mencintai Nabi, bagaimana seharusnya mengikuti dan mencontohi Nabi, kaedah-kaedah ittiba’ yang benar dan dalil-dalilnya, hukum ittiba’, kemudian di akhir perbahasan, penulis menjelaskan pula hal-hal atau syubhat-syubhat yang menghalang ittiba’ kepada Nabi sekaligus bantahan dan jawabannya. Di masa sama, penulis turut menjelaskan, membongkar, dan mengkritik syubhat-syubhat dan kemungkaran terselubung sekitar isu perayaan maulid Nabi yang dianggap baik oleh kebanyakan orang di masa ini.

Sebagai bonus, penulis turut mengupas dan membongkar hakikat penyimpangan aqidah dalam qasidah atau Burdah Al-Bushiri, iaitu rangkaian sya’ir-sya’ir penuh kesyirikan yang sering menjadi kebanggaan kaum sufi dan tasawuf.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net