Judul: Pengantar Studi Ilmu Hadits | Judul Asal ('Arab): Mabaahits fii 'Ulum Al-Hadits | Penulis: Manna' Al-Qaththan | Penerbit: Pustaka Al-Kautsar | Berat: 0.3kg | Muka Surat: 205.
Buku yang membahaskan sekitar asas-asas penting pengetahuan ilmu-ilmu hadis, kedudukannya, pengertiannya, pembukuan hadis-hadis Nabi, perkembangannya, dan persoalan yang berkaitan dengannya. Ini adalah seperti ilmu rawi/rijal, sanad, al-Jarhu wa at-Ta'dil, Gharib al-Hadis, ilmu 'illal, Mukhtlaf hadis, musthalah al-hadis, istilah-istilah dalam ilmu hadis, penerimaan hadis, ilmu takhrij, dan segala yang berkaitan dengannya.
Buku yang mampu membantu kita dalam mengenal dan memahami sesuatu hadis itu sama ada sampai dengan kedudukan tertentu sama ada sahih, hasan, dha'if, atau maudhu'. Boleh digunakan sebagai hujah atau sebaliknya. Tidak setiap apa yang disandarkan kepada Nabi itu terus boleh diterima pakai tanpa sebarang penelitian dan semakkan.
Dapatkanlah buku ini sebagai maklumat dan ilmu berharga tentang pengetahuan hadis-hadis nabi. Buku yang amat baik bagi para pemula yang mahu mendalami kefahaman persoalan pembukuan hadis-hadis Nabi dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya.