Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Dzikir, Doa, dan Perbuatan Pengusir Setan

Dzikir, Doa, dan Perbuatan Pengusir Setan
Terbitan: Darul Haq
Product Code: Darul Haq
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 20.6 x 14.6 x 0.8

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM15.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Dzikir, Doa, dan Perbuatan Pengusir Setan Berdasarkan Al-Qur’an dan As-Sunnah | Judul Asal (Arab): Ash-Shahiih Al-Burhaan fiimaa Yathrud Asy-Syaithaan fii Dhau’il Kitaab was Sunnah | Penulis: Syaikh ‘Ali bin Muhammad bin Mahdi Al-Qarni | Penerbit: Darul Haq | Berat: 300g | Muka Surat: 158m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]


“Sungguh saya telah membaca kitab ini dan saya pun mendapati penulisnya (semoga Allah memberikan taufiq kepadanya) begitu bersungguh-sungguh dalam menyusun kitab ini dengan mengumpulkan ayat-ayat dan hadis-hadis yang dapat memgusir syaitan yang beliau kumpulkan dari kitab-kitab induk.

Beliau menyebutkan surat-surat dan ayat-ayat yang dapat mengusir syaitan disertai dengan dalil-dalilnya dalam bab pertama.

Dan pada bab kedua, beliau mengumpulkan dzikir yang dapat mengusir syaitan dengan ucapan, perbuatan, dan dengan keduanya secara bersamaan.

Manakala pada bab ketiga, penulis menyebutkan beberapa bentuk kerasukan jin, hakikat keadaannya, sebab-sebab, dan cara mengubatinya.

Maka kitab ini sebagaimana yang anda dapat lihat begitu komprehensif, bermanfaat, dan menarik bagi sesiapa sahaja yang membaca dan mengamalkannya.

Setelah membaca kitab ini dan mengambil manfaat darinya maka saya ingin mengingatkan kepada para pembaca yang dihormati untuk benar-benar memberikan perhatian kepada Al-Qur’an Al-Karim, sama ada dengan membaca, merenungkan, menafsirkan, dan mengamalkannya, agar ia dapat menjadi hujjah baginya di sisi Rabbnya dan menjadi syafa’at baginya pada hari Kiamat nanti, serta menjaganya dari syiatan yang terlaknat.

Sungguh Allah Subhanahu wa Ta’ala menjamin bagi orang yang membaca Al-Qur’an dan mengamalkan apa yang ada di dalamnya, bahawa ia tidak akan tersesat di dunia dan tidak pula celaka di akhirat kelak, berdasarkan firman-Nya:

فَمَنِ اتَّبَعَ هُدَايَ فَلَا يَضِلُّ وَلَا يَشْقَى

“...lalu sesiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, dia tidak akan sesat dan tidak akan celaka.” (Surah Thoha, 20: 123)

Sebagaimana saya juga mengingatkan para pembaca yang mulia untuk merujuk kepada kitab-kitab yang ditulis dalam tema ini, seperti kitab:

1, Ighatsatul Lahfan min Masha’idisy Syaithan dan Al-Wabil Ash-Shayyib karya Ibnul Qayyim rahimahullah.

2, Al-Adzkar karya Imam An-Nawawi rahimahullah.

3, Tuhfatudz Dzakirin bi Syarh ‘Iddatul Hishn karya Asy-Syaukani rahimahullah. dan

4, Ash-Shahih Al-Musnad min Adzkar Al-Yaum wal Lailah karya Musthofa Al-‘Adawi.

Maka para pembaca akan mendapatkan di dalamnya sesuatu yang dapat mengubati dan menjaganya, kerana ia telah mencakup dzikir-dzikir yang disyari’atkan bagi seorang muslim dalam sehari semalam yang dapat mengusir syaitan, mententeramkan jiwa, melapangkan dada, dan dengan sebabnya kebaikan-kebaikan dilipat-gandakan, darjat diangkat, kesalahan-kesalahan dan keburukan-keburukan akan diampuni, serta menjaga pembacanya dari ganguan syaitan dari bangsa jin dan bangsa manusia apabila dia sentiasa mengamalkannya dengan taufiq dan petolongan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Risalah ini diambil dari firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, serta perkataan para pentahqiq dari kalangan ulama. Saya memohon kepada Allah Subhanahuwa Ta’ala agar memberikan manfaat dengannya kepada orang yang menulis, yang mencetak, yang membaca, ataupun yang mendengarnya lalu mengamalkannya.

Dan semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala memberikan sebaik-baik pahala kepada penulisnya dan menjadikan kita dan dirinya termasuk orang-orang yang memberi petunjuk dan mendapatkan petunjuk. Sebagaimana saya juga memhon kepada-Nya agar melindungi kami dan penulis risalah ini serta seluruh saudara-saudara kita kaum muslimin dari syaitan yang terlaknat dan tidak menjadikannya penguasa atas kita, sesungguhnya Allah-lah yang Maha Penolong dan Maha Kuasa atasnya.

Dan semoga Allah melimpahkan selawat dan salam kepada Nabi kita Muhammad dan kepada keluarga, para sahabat, dan para pengikutnya, serta orang-orang yang berdakwah dengan dakwah beliau dan berptunjuk dengan petunjuk beliau hingga hari Kiamat.”

Ditulis oleh:

Syaikh ‘Abdullah bin Jarullaah bin Ibrahim Al-Jarullaah.
18/2/1410H.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net