Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Bersanding Dengan Bidadari di Surga

Bersanding Dengan Bidadari di Surga
Terbitan: Daar An-Naba'
Product Code: Daar An-Naba'
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 23.7 x 15.7 x 1

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM20.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Bersanding Dengan Bidadari di Surga | Judul Asal (‘Arab): Kaifa Tarfa’u Darajataka fil Jannah (Bagaimana Mengangkat Darjat Engkau di Syurga) | Penulis: Dr. Muhammad bin Ibrahim An-Na’im | Penerbit: Daar An-Naba’ | Berat: 300g | Muka Surat: 199 m/s. (Soft cover)


Perbahasan tentang Syurga dan jalan menuju ke sana merupakan suatu perbahasan yang tidak menjemukan dan tidak pula melelahkan. Jiwa-jiwa yang bening merasa terhibur olehnya. Akal-akal yang sihat akan selalu tertarik untuk memikirkannya. Apakah ada di antara kita yang enggan masuk Syurga? Adakah di antara kita yang sama sekali belum pernah mengimpikannya?

Syurga, siapa yang belum mengenalnya? Syurga merupakan cahaya yang gemerlapan, wewangian yang semerbak lagi menyenangkan, istana yang menjulang, sungai yang mengalir, buah-buahannya yang ranum, isteri yang cantik jelita, perhiasan yang melimpah, kebersamaan yang abadi dan kehidupan yang tidak mengenal ajal.

Tidak syak lagi jika Syurga merupakan tujuan dan cita-cita kita semua. Syurga merupakan balasan terbesar yang telah Allah Subhanahu wa Ta’ala siapkan bagi para kekasih berserta para hamba-Nya yang sentiasa berbuat ketaatan kepada-Nya.

Syurga merupakan kenikmatan yang sempurna yang tidak pernah akan dapat digambarkan dengan kata-kata. Sifat-sifat Syurga yang telah disebutkan oleh Allah dan Rasul-Nya sekalipun tidak seutuhnya mampu dicerna oleh akal-akal kita. Kita tidak mampu membayangkan kemegahan dan keagungannya berserta segala tingkatan-tingkatannya. Sesungguhnya Syurga berisi hal-hal yang belum pernah dilihat oleh mata, belum pernah didengar oleh telinga, belum pula pernah terbesit oleh hati-hati manusia.

Keagungan Syurga akan tampak jelas ketika kita membandingkan sedikit saja darinya dengan dunia berserta seluruh isinya. Kita akan tahu betapa hinanya dunia berbanding Syurga.

Sungguh kita dituntut untuk selalu mengingat sifat dan keindahan Syurga. Agar hati selalu rindu kepadanya sekaligus menggerakkan hati dan tubuh agar bersegera mengejarnya dengan amal-amal yang soleh dan zuhud terhadap segala perhiasan duniawi yang akan fana. Dan agar kita pun sentiasa terhalang dari menyentuh segala hal yang haram di mana apabila terdetik untuk bermaksiat kepada Allah, maka kita pun segera mengingat keindahan Syurga yang lebih utama. Lalu kita pun menghindar dari kemaksiatan.

Namun jika kita tidak mengenal Syurga dan hati pun lebih dekat dengan dunia dan isinya, maka sudah tentu hati kita akan merasa berat untuk meninggalkan kelazatan-kelazatan dunia yang penuh dengan syahwat dan syubhat. Kita pun tidak terdorong kepada Syurga, sebaliknya akan lebih leka dengan keindahan dunia yang memperdaya. Na’uudzubillaah...

Jadi, para pengunjung paparan ini... Pernahkah suatu hari anda mengidamkan Syurga? Pernahkah anda menumpahkan air mata kerana tidak mampu membendung kerinduan anda padanya? Lalu anda memohon dan memanjatkan harapan kepada Allah dengan perasaan penuh kesungguhan agar tidak terhalag dari memasukinya?

Pernahkah anda mengkhayalkan satu hari nanti Syurga tersebut didekatkan kepada anda untuk anda masuki, insyaAllah? Lalu anda melewati batas-batasnya, cahayanya, aromanya, dan bidadarinya yang menunggu di dalam? Bagaimanakah agaknya perasaan tatkala itu? Lalu para malaikat pun meyambut kedatangan anda berserta ribuan lagi kaum mukminin dengan baik sekali.

Ketahuilah bahawa setiap yang beriman pasti berlumba-lumba mendapatkan Syurga. Masing-masing akan menempatinya bersesuaian dengan darjat kedudukan amalnya. Lalu, apakah amal yang telah kita lakukan untuk meraihnya di sana nanti?

Para pembaca sekalian,

Buku ini memaparkan aneka bentuk amalan yang disebutkan dalam hadis-hadis sahih sebagai amalan yang dapat meninggikan kedudukan kita di Syurga kelak. Dengan harapan, ia akan menjadi motivasi dan pendorong yang kuat kepada jiwa-jiwa kita untuk bersegera ke Syurga penuh keindahan lagi kekal abadi

Perbahasan buku ini dimulakan dengan pengenalan terhadap tingkatan-tingkatan Syurga, perbezaan nikmat-nikmat antara satu tingkatan dengan tingkatan Syurga yang lain, tingkatan tertinggi dan tingkatan terendah Syurga, dan bagaimana kita akan menggapainya.

Kemudian diteruskan dengan perbahasan amalan-amalan terpenting yang akan mengangkat darjat seseorang di Syurga. Iaitu perbahasan iman kepada Allah dan Rasul-Nya yang tertanam dengan kukuh, kemudian amalan taqwa, takut kepada Allah, tawakkal, kesabaran dan tingkatan sabar. Kemudian dibahaskan pula musibah-musibah menimpa yang mampu meningkatkan darjat seseorang di Syurga kelak. Diteruskan pula dengan perbahasan amalan solat dan kedudukannya, amalan infaq dan sedekah, amalan puasa, akhlak yang baik, menghafal Kitab Allah, berbuat baik kepada anak yatim, mendamaikan orang berselisih, berdakwah ke jalan Allah, jihad di jalan Allah, memberi makan, menyebarkan salam, menuntut ilmu syar’i, dan banyak lagi contoh amalan-amalan sunnah lainnya yang pada terdapat ganjaran besar di Syurga.

Kemudian penulis menjelaskan pula sifat-sifat ‘ibadurrahman (para hamba yang dikasihi Allah) sebagaimana tertera dalam Surah Al-Furqan. Terakhir dan penutup buku ini, penulis bahaskan pula hal-hal yang dapat menjauhkan seseorang dari Syurga.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net