Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Kitab Tauhid (Pemurnian Ibadah Kepada Allah)

Kitab Tauhid (Pemurnian Ibadah Kepada Allah)
Kitab Tauhid (Pemurnian Ibadah Kepada Allah)
Terbitan: Darul Haq
Product Code: Darul Haq (9(3))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 20 x 15 x 2

ISBN: 9789799137241
Availability: In Stock
Price: RM18.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Kitab Tauhid (Pemurnian Ibadah Kepada Allah) | Judul Asal ('Arab): Kitab at-TauhidPenulis: Syaikh Muhammad B. 'Abdil Wahhab at-Tamimi rahimahullah | Penerbit: Darul Haq | Berat: 0.25kg | Muka Surat: 207 m/s.


Wajib bagi setiap muslim untuk rasa takut dari terjebak ke lembah Syirik, iaitu takut yang sebenar-benarnya yang dengannya menjadikan dirinya sentiasa mengambil langkah mempelajari tauhid dan mengenal apa itu Syirik supaya dia tidak terjebak ke dalamnya. Lalu dengan takut tersebut menjadikan pula dia sayang dan cinta kepada tauhid dan sanggup berkorban apa sahaja harta mahupun nyawa demi mempertahankan kemurniaan tauhid dan memerangi segala bentuk Syirik.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman tentang Nabi Ibrahim ‘alaihisSalam yang pernah berdoa:

وَاجْنُبْنِي وَبَنِيَّ أَنْ نَعْبُدَ الْأَصْنَامَ

“... dan jauhkan aku dan anak-anak keturunanku dari perbuatan menyembah berhala.” (Surah Ibrahim, 14: 35)

Berkaitan ayat ini, Imam Ibrahim al-Taimi rahimahullah pernah berkata:

من يأمن من البلاء بعد خليل الله إبراهيم

“Siapakah lagi yang mampu merasa aman dari diuji setelah Kekasih Allah Ibrahim?!!” (Tafsir ath-Thabari, 17/17)

Nabi kita yang mulia, Muhammad B. Abdullah Khalilullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sentiasa berdoa (dengan doa):

يَا مُقَلِّبَ القُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ

“Wahai Yang Maha Membolak-Balikkan Hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu (iaitu di atas tauhid).”

Apabila ditanya kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam kenapa beliau sering berdoa demikian? Maka beliau Sholawatu rabbi wa salamuhu ‘alaih menjawab:

“Sesungguhnya hati-hati hamba itu berada di antara dua jari dari jari-jari Allah, Dia membolak-balikkannya sebagaimana yang Dia kehendaki.” (Hadis Riwayat Ahmad dan at-Tirmidzi)

Allah berfirman memerintahkan Khalil-Nya (kekasih-Nya) Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ

“... maka ketahuilah bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak diibadahi (dengan benar) kecuali Allah.” Surah Muhammad, 47: 19)

Dan surah Muhammad (Al-Qital) ini termasuk surah-surah Madaniyah yang menunjukkan kewajipan sentiasa mempelajari tauhid dan menjaganya serta melawan musuh-musuh tauhid iaitu Syirik adalah suatu Kewajipan yang tiada penghujungnya.

Maka buku yang ada di hadapan kita ini adalah sebuah buku yang cemerlang. Buku yang membahaskan hakikat tauhid dan persoalan-persoalan pencemaran tauhid yang perlu dijauhkan oleh kita sebagai umat Islam.
 
Sebagaimana maklum, tauhid adalah pegangan pokok dan memegang fungsi peranan yang sangat penting dalam kehidupan dan setelahnya. Tauhid menjadi landasan kepada amal dan menjamin terselamatnya kita di akhirat kelak. Hanya amal yang berlandaskan kepada tauhid yang murni akan menjamin kebahagian di akhirat kelak.
 
Jadi, apa maksud tauhid sebenarnya dan bagaimana mencapai tauhid yang sebenar? Apa musuh-musuh tauhid dan bagaimana cara menangkis serangannya?
 
Maka, buku ini membahaskan keutamaan dan kepentingan tauhid serta mengajak menjauhi pelbagai bentuk syirik yang banyak diamalkan oleh masyarakat tanpa sedar. Antaranya, mempercayai tangkal, mengharap berkah kepada yang tidak sepatutnya, perbincangan pelbagai bentuk syirik, bahaya lukisan dan patung, persoalan syafa'at, sikap ghuluw dalam menghormati orang-orang soleh, ilmu jampi, tathayyur, persoalan sihir, ilmu nujum, persoalan riya', doa, merasa takut kepada selain Allah, merasa sial terhadap perkara bukan-bukan, dan banyak lagi lainnya turut dikupas..
 
Buku ini termasuk antara buku yang sangat bermanfaat. Telah disyarah dan dibahaskan oleh ramai ulama kontemporari serta dijadikan sebagai silibus pangajaran kepada baik yang anak-anak mahupun yang telah dewasa dan berumur.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net