Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Ushulus Sunnah karya Al-Imam Al-Humaidi rahimahullah (Wafat: 219H) - Penjelasan 8 Prinsip Pokok Aqidah Ahlus Sunnah wal-Jama'ah Menurut Pemahaman Salafus Shalih

Ushulus Sunnah karya Al-Imam Al-Humaidi rahimahullah (Wafat: 219H) - Penjelasan 8 Prinsip Pokok Aqidah Ahlus Sunnah wal-Jama'ah Menurut Pemahaman Salafus Shalih
Terbitan: Media Tabiyah
Product Code: Media Tarbiyah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.5 x 16.5 x 2

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM54.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Ushulus Sunnah, Penjelasan 8 Prinsip Pokok Aqidah Ahlus Sunnah wal-Jama’ah Menurut Pemahaman Salafus Shalih | Judul Asal (‘Arab): Ushulus Sunnah lil Imam Al-Humaidi | Penulis/Penyusun: Al-Imam ‘Abu Bakar Al-Humaidi rahimahullah (Wafat: 219H) | Ta’liq/Syarah: Para Ulama Sunnah Masa Kini | Tahqiq/Takhrij: Abu Fadhli Rabbani | Penterjemah: Team Penerbit | Penerbit: Media Tarbiyah | Berat: 0.0.7kg | Muka Surat: 584m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24.5cm (tinggi) x 16.5cm (lebar) x 2.0cm (tebal) | ISBN:  - |


Kitab ini merupakan tulisan klasik yang sangat bernilai, goresan tokoh besar salaf (ulama generasi awal) yakni Al-Imam Abu Bakr ‘Abdullah bin Az-Zubair Al-Humaidi rahimahullah. Beliau merupakan tokoh besar ahlus sunnah di zamannnya. Beliau merupakan sahabat kepada Al-Imam Asy-Syafi’i rahimahullah (Wafat: 204H), dan merupakan guru kepada tokoh-tokoh besar hadis semisal Al-Imam Al-Bukhari, Abu Zur’ah Ar-Raziy dan Abu Hatim Ar-Raziy.

Kata Al-Imam Al-Hakim rahimahullah (Wafat: 480H):

“Al-Humaidi adalah mufti dan ahli hadis kota Makkah di zamannya. Dalam penguasaan terhadap As-Sunnah, beliau ibarat Imam Ahmad di negeri Iraq, sedangkan Al-Humaidi adalah bagi negeri Hijaz.”

Buku ini menjelaskan prinsip-prinsip penting ahlus sunnah wal-jama’ah sekaligus menjadi bukti penting yang menjelaskan dasar-dasar pegangan ahlus sunnah yang sebenar berdasarkan sumber dan tokohnya semenjak zaman paling awal. Sekaligus menjadi batu pembeza antara manhaj yang haq (ahlus sunnah) dengan ahlul bid’ah di setiap zaman. Menjadi bukti rujukan siapakah sebenarnya kelompok yang bersama, mengikuti, dan berpegang dengan manhaj dan kefahaman salaf atau bahkan sebaliknya.

Di dalam buku ini kita akan menyaksikan penegasan aqidah, manhaj dan prinsip-prinsip penting ahlus sunnah wal-jama’ah langsung daripada salah seorang tokohnya yang sebenar, yakni Al-Imam Al-Humaidi rahimahullah, yang merupakan seorang tokoh ahli hadis dari generasi salaf.

Semoga bermanfaat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net