Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Panduan Ruqyah Menurut Islam, Obat Untuk Kerasukan Jin

Panduan Ruqyah Menurut Islam, Obat Untuk Kerasukan Jin
Terbitan: Maktabah Tashfiyah
Product Code: Maktabah Tashfiyah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 17.6 x 12.2 x 0.8

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM15.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Panduan Ruqyah Menurut Islam, Obat Untuk Kerasukan Jin | Penulis: Ustaz Abdul Mu’thi Al-Maidani | Penerbit: Maktabah Tashfiyah | Berat: 190gram | Muka Surat: 162m/s. [Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]


Ruqyah merupakan merupakan praktik perubatan atau rawatan yang telah sedia dikenal dan dilakukan oleh manusia sejak berabad-abad lamanya. Bahkan di masa jahiliyyah sebelum datangnya Islam pun kaedah ruqyah telah pun menjadi kaedah perawatan yang popular di kalangan manusia ketika itu.

Sampai saat ini, di abad teknologi canggih dan moden, masih ramai yang menggunakan dan mengamalkannya. Di antara mereka, ada yang menjadikannya sebagai rawatan alternatif dan ada pula yang meyakininya sebagai asas dasar pengubatan yang luhur dan sakral.

Sebenarnya Islam telah menjelaskan tentang perkara ruqyah ini dengan sangat jelas. Islam menerangkan segala sesuatu yang terkaita dengan ruqyah berdasarkan kemuliaan ajarannya yang menjunjung tinggi ketauhidan kepada Allah. Oleh kerana itu, Islam juga melarang setiap ruqyah yang boleh menyebakan atau membawa kepada kesyirikan dan kehancuran tauhid.

Maka setiap orang yang terlibat dengan kaedah perawatan ini sama ada perawat atau yang dirawat, hendaklah mengetahui apa-apa saja yang mereka perlukan dan apa-apa yang harus mereka jaga tatkala melakukannya. Tanpa kehati-hatian, orang yang mengamalkan ruqyah ini berkemungkinan akan terjebak ke lembah penyakit yang lebih buruk lagi dan kesannya tidak hanya di dunia, bahkan sampai dibawa ke akhirat.

Buku yang ada di hadapan kita ini adalah sebuah karya ilmiyah yang berusaha menjelaskan kepada kita dan para pembaca di luar sana tentang ruqyah dengan lebih terperinci dan mudah, disertai dengan dalil-dalil bukti dari Al-Qur’an dan As-Sunnah, serta juga ucapan para ulama.

Di bahagian akhir buku ini, disertakan pula sesi soal jawab bersama Syaikh Dr. Rabi’ bin Hadi Al-Madkhali hafidzahullah berkaitan isu-isu dan persoalan ruqyah yang banyak berlegar di luar sana dan sekitar kita hari ini.

Dengan harapan agar kita semua lebih berpengetahuan terhadap praktik dan amalan ruqyah ini antara yang benar lagi menepati syari’at dengan yang bertentangan dengan Islam.

Selamat membaca.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net