Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Abu Bakar Ash-Shiddiq radhiyallahu ‘anhu

Abu Bakar Ash-Shiddiq radhiyallahu ‘anhu
Terbitan: Perisai Quran
Product Code: Perisai Quran
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 23.5 x 15.5 x 0.9

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM16.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Abu Bakar Ash-Shiddiq | Disajikan dari: Kitab Al-Bidayah wan Nihayah | Penulis: Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) | Tahqiq: Dr. Muhammad B. Shamil As-Sulami Penerbit: Perisai Quran | Berat: 400g | Muka Surat: 174m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]


Al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi banyak sekali mengisahkan peri-kehidupan para sahabat, personaliti generasi yang hidup di zaman Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, dan mereka telah membuktikan Islam dalam kehidupan seharian mereka. Sehingga Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengkhabarkan tentang mereka melalui sabdanya:

أبُو بَكْرٍ فِي الْجَنَّةِ، وَعُمَرُ فِي الْجَنَّةِ، وَعُثْمَانُ فِي الْجَنَّةِ، وَعَلِيٌّ فِي الْجَنَّةِ، وَطَلْحَةُ في الْجَنَّةِ، وَالزُّبَيْرُ في الْجَنَّةِ، وعَبْدُ الرَّحْمَانِ بْنُ عَوْفٍ في الْجَنَةِ، وَسَعْدُ بْنُ أبي وَقَّاصٍ فِي الْجَنَّةِ، وَسَعِيدُ بْنُ زَيْدٍ بْنِ عَمْرٍ فِي الْجَنَّةِ، وأبو عُبَيْدَةَ بْنُ الْجَرَّاحِ فِيَ الْجَنَّةِ

“Abu Bakar dalam Syurga, ‘Umar dalam Syurga, ‘Utsman dalam Syurga, ‘Ali dalam Syurga, Thalhah dalam Syurga, az-Zubair dalam Syurga, ‘Abdul Rahman B ‘Auf dalam Syurga, Sa’ad B. Abi Waqqash dalam Syurga, Sa’id B. Zaid dalam Syurga, Abu ‘Ubaidah al-Jarah dalam Syurga.” (Sunan at-Tirmidzi, no. 3747)

Setiap muslim di dalam solatnya mereka berdoa melalui Surah Al-Fatihah yang dibaca, “Ya Allah, berilah kami petunjuk jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang Engkau berikan nikmat ke atas mereka.” Tidak dapat dinafi dan disangkal lagi bahawa yang dimaksudkan jalan orang-orang yang diberikan nikmat adalah para sahabat Nabi ridhwanullah ‘alaihim ajma’in.

Doa tersebut dapat direalisasikan dengan lebih tepat dan cemerlang apabila kita sama-sama mempelajari, menekuni, dan menelusuri kisah-kisah hidup perjalanan mereka dalam mengemban agama yang mulia ini.

Di sini, penerbit Perisai Quran berusaha merealisasikan sebahagian dari tujuan tersebut. Iaitu dengan menterjemah dan menerbitkan serial kisah-kisah sahabat yang utama, iaitu kisah Abu Bakr, ‘Umar, ‘Utsman, dan ‘Ali. Kisah ini dikeluarkan dari sebuah kitab besar karya Al-Hafiz Imam Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) oleh Dr. Muhammad B. Shamil As-Sulami. Dr. Muhammad B. Shamil meringkaskan kisah-kisah tersebut dengan membuang apa yang tidak diperlukan oleh pembaca dari kalangan awam seperti sanad-sanad yang panjang, riwayat-riwayat hadis yang dha’if (lemah), kisah-kisah yang memuat kata-kata mungkar, dan riwayat-riwayat yang syadz (ganjil lagi bertentangan dengan riwayat sahih).

Selain itu, Dr. Muhammad berusaha mentakhrij hadis-hadis yang terdapat di dalamnya dan menjelaskan status hadis pada nota kaki buku seraya menyatakan sumber rujukan setiap hadis tersebut. Dr. Muhammad juga memuatkan tajuk-tajuk di sela-sela perbahasan pembentangan kisah bagi memudahkan kefahaman para pembaca secara umum.

Buku ini diterjemahkan menjadi 4 bahagian, iaitu 4 jilid buku. Dan ini adalah salah satu bahagian darinya mengisahkan tentang sahabat Nabi yang mulia, Abu Bakar ash-Shiddiq radhiyallahu ‘anhu.

Siapa yang tidak mengenal Al-Hafiz Ibnu Katsir, beliau terkenal dengan karyanya Tafsir al-Qur’an al-‘Adzim (atau Tafsir Ibnu Katsir), dan kitab sirahnya, Al-Bidayah wa an-Nihayah. Beliau adalah seorang imam, hafiz, hujjah, ahli sejarah, dan pakar dalam bidang tafsir al-Qur’an. Kitab-kitab beliau tersebar ke seantero dunia dan dimanfaatkan oleh para ulama dan penuntut ilmu. Guru-guru beliau pun bukan calang-calang, ini antaranya seperti Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H), Al-Hafiz Al-Mizzi rahimahullah (Wafat: 742H) merangkap ayah mertua beliau, Al-Hafiz Ibnu al-Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H), dan juga al-Hafiz adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 748H).

Murid beliau, Ibnu Hajji rahimahullah mengatakan, “Ibnu Katsir adalah seorang individu yang paling kuat hafalannya terhadap matan-matan hadis di antara semua guru yang pernah kami temui, paling tahu takhrij dan para perawi hadis, mengetahui mana hadis yang sahih atau yang dha’if, banyak membentangkan tafsir dan sejarah, memiliki kefahaman yang cemerlang dan agama yang benar.” (An-Nu’ami, Ad-Daaris fii Akbaar al-Madaaris, 1/26-37)

Imam Al-‘Aini rahimahullah mengatakan, “Beliau adalah kemuncak ilmu sejarah, hadis, dan tafsir.”

Dan banyak lagi pujian-pujian yang lainnya atas beliau.

Rujukan yang digunakan oleh al-Hafiz Ibnu Katsir dalam menyusun karya besarnya ini adalah Al-Qur’an, tafsir al-Qur’an dari kalangan salaf yang awal, as-Sunnah atau hadis-hadis Nabi, atsar salaf, dan sumber-sumber yang maqbul (diterima).

Hasil tela’ahan yang teliti dan hafalannya yang banyak lagi manpan, kita akan melihat beliau banyak sekali menyebutkan topik-topik atau kandungan perbahasan yang berhubung dengan sirah nabawiyah sebagaimana tercatat dalam kitab-kitab Shahih, Sunan, Musnad, Mushannaf, dan kitab-kitab tafsir bil matsur terawal.

Selain itu, hasil kesimpulan fakta-fakta sejarah yang termuat dalam puluhan kitab-kitab sirah juga turut terpapar luas di dalam karya beliau ini. Sekaligus menggambarkan betapa luasnya penelitian beliau dalam bidang yang beliau kupas dan ceburi ini.

Maka, ini adalah salah satu dari hasil tulisan beliau tentang Abu Bakr ash-Shiddiq yang diambil dari rangkaian kitab besar beliau, al-Bidayah wa an-Nihayah. Semoga bermanfaat. [Disediakan oleh krew Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net