Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Mengapa Ulama Berselisih Pendapat? karya Ibnu Taimiyah

Mengapa Ulama Berselisih Pendapat? karya Ibnu Taimiyah
Terbitan: Pustaka Qobail
Product Code: Pustaka Qoba'il
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 20 x 15 x 1

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM20.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Mengapa Ulama Berselisih Pendapat? | Judul Asal (Arab): Raf’ul Malam ‘an al-A’immatil A’lam | Penulis: Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) | Penerbit: Pustaka Qobail | Berat: 150g | Muka Surat: 106m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]


Demikian luasnya ilmu di dalam syari’at Islam, sehingga menguasai seluruh hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidaklah pernah berlaku terhadap seorang pun dari umat ini. Tidak kepada para ulama, imam-imam mujtahid, tabi’in, tabi’ut tabi’in, dan para sahabat sekalipun.

Padahal mereka adalah orang-orang yang paling berilmu, faqih, dan bertaqwa, dan paling afdhal dalam Islam.

Kita temui di antara mereka setelah melalui ijtihad-ijtihad tertentu, adakalanya mereka memiliki pendapat atau fatwa yang berbeza-beza dalam satu-satu permasalahan tertentu. Pada satu sisi bersesuaian dengan nash, sebaliknya di sisi yang lain menyelisihi nash.

Banyak faktor yang menjadi penyebabnya. Sebahagian besar kesnya adalah kerana belum sampai hadis atau sunnah yang berkaitan dengannya. Sesiapa yang menyangka bahawa semua hadis yang sahih telah sampai kepada setiap imam atau atau ulama tertentu, sebenarnya ia telah terjatuh ke dalam kesalahan yang nyata.

Kerana kesan dari anggapan ini adalah menjatuhkan hukuman dan celaan di ketika mana ucapan dan pendapat mereka tersalah tanpa memandang sebab-sebabnya, sedangkan mereka tidak sengaja menyelisihi sunnah-sunnah Rasulullah.

Buku yang disusun oleh Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah (Wafat: 728H) ini adalah sebuah risalah khusus yang menjelaskan kedudukan sebenar mengapa boleh berlaku perselisihan di kalangan para ulama dalam satu-satu isu tertentu. Antara sebab-sebab yang dikemukakan dan dihuraikan oleh beliau adalah seperti:

1, tidak sampai hadis kepada mereka.

2, pada penilaiannya hadis tersebut tidak sahih atau sebaliknya sedangkan yang benar adalah sebaliknya pula.

3, terlupa atau terlepas pandang terhadap dalil-dalil tertentu.

4, tersalah dalam memahami sesebuah dalil atau hadis.

5, perselisihan dalam menerima kesahihan hadis atau hal-hal yang mengantar kepada status sesebuah hadis.

Serta beberapa lagi yang lainnya berserta kupasannya secara terperinci.
 
Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net