Judul: Al-Iqtidha’, Meniti Shirathal Mustaqim (Karya Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah) | Judul Asal (‘Arab): Syarh Iqtidha’ Ash-Shirathal Mustaqim | Penulis: Syakhul Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) | Tahqiq/Takhrij: Fathi Shalih Taufiq | Ta’liq/Syarah: Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah (Wafat: 1421H) | Penterjemah: Amir Ghozali | Penerbit: Al-Qowam | Berat: 1377g | Muka Surat: 825 m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24.6cm (tinggi) x 17.5cm (lebar) x 4.2cm (tebal) | ISBN: 978-602-8417-47-1 |
Sebuah buku yang tidak perlu diperkenalkan lagi, khasnya bagi para penuntut ilmu dan pengkaji. Sebuah buku yang cukup terkenal judulnya dan cukup masyhur penulisnya, iaitu buku berjudul Iqtidha’ Ash-Shirathal Mustaqim fii Mukhalafati Ash-haabil Jahiim (Meniti jalan yang lurus seraya menyelisihi jalan kelompok jahannam) karya Syaikh Al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah.
Buku ini menjabarkan dan merincikan penyelisihan serta sikap ahlus sunnah wal-jama’ah terhadap karektor, jalan hidup, dan agama ahli bid’ah serta orang-orang kafir.
Lebih istimewa bagi edisi terbitan/terjemahan ini, ianya diterjemahkan dari edisi cetakan bahasa ‘Arab dengan ta’liq (kometar dan catatan kaki) oleh Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah (1421H).
Di antara cakupan perbahasan penting yang dapat kami kongsikan dari buku tersebut adalah seperti:
1, Keadaan manusia sebelum Islam
2, Perintah (dari Al-Qur’an dan As-Sunnah) agar menyelisihi orang-orang kafir serta larangan ber-tasyabbuh (menyerupai) mereka.
3, Faedah Khuthbah Agung Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pada hari ‘Arafah.
4, Perintah menyelisihi orang-orang musyrik dan ijma’ mengenainya.
5, Menyerupai Syaitan, apa bezanya dengan menyerupai orang badwi dan a’jam?
6, Jawaban orang-orang yang membantah.
7, Larangan menyerupai orang-orang kafir.
8, Haramnya meredhai dan merestui perayaan-perayaan serta hari-hari kebesaran kaum kafir dan ahli bid’ah.
9, Huku mengikuti sesuatu yang menyelisihi syari’at.
10, Perayaan kaum kafir dan bentuk-bentuknya.
11, Kemungkaran yang terdapat pada perayaan kaum kafir dan ahli bid’ah.
12, Perbahasan membesarkan dan mengadakan sambutan sempena hari-hari tertentu.
13, Perbahasan tentang perayaan sempena tempat-tempat (bersejarah).
14, Perbahasan tentang kuburan dan hukum menjadikannya sebagai tempat istimewa serta ibadah.
15, Perbahasan tentang sebahagian kaum yang menjadikan kuburan seperti ka’bah.
16, Perbahasan tentang maqam para Nabi dan Orang Soleh.
17, Perbahasan berhubung Masjidil Aqsa.
18, Masjid sebagai tempat ibadah kaum muslimin.
Semoga bermanfaat.