Dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
لَيَأْتِيَنَّ عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ، لاَ يُبَالِي المَرْءُ بِمَا أَخَذَ المَالَ، أَمِنْ حَلاَلٍ أَمْ مِنْ حَرَامٍ
“Akan datang kepada manusia suatu zaman di mana seseorang tidak peduli terhadap harta yang dia perolehi itu adakah dari yang halal ataupun dari yang haram.” [Shahih Al-Bukhari, no. 2083]
Kata Sahabat Nabi; ‘Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu:
مَنْ اتَّجَرَ قَبْلَ أَنْ يَتَفَقَّهَ ارْتَطَمَ فِي الرِّبَا ثُمَّ ارْتَطَمَ ثُمَّ ارْتَطَمَ
“Sesiapa yang berniaga sebelum memahami ilmu agama, maka dia pasti akan terjerumus ke dalam riba, kemudian dia akan terjerumus ke dalamnya dan terus terjerumus.” [Mughni Al-Muhtaj oleh Asy-Syarbini, 6/310]