Senarai Penerbit
Categories
Dapatkan Sekarang

Privacy Policy

Maklumat & Keselamatan

Segala maklumat pelanggan yang telah didaftarkan akan kami pastikan berada dalam keadaan selamat dan dijaga sebagai suatu amanah privasi polisi syarikat kami. Pastikan anda menyimpan setiap butiran pertanyaan, pembelian, bayaran, email, atau slip bank untuk semakkan dan rujukan di masa hadapan jika diperlukan.

Item Bermasalah & Pertukaran

Jika buku (atau item) yang diterima oleh anda dalam keadaan rosak seperti muka surat yang hilang, koyak atau tercabut (dengan sebab kesilapan dipihak kami), maka kami sedia menukarnya dengan yang baru dengan syarat buku (atau item) tersebut dikembalikan semula kepada kami. Sekiranya melalui pos, maka kos penghantaran ditanggung oleh pelanggan.

Adapun jika kerosakan adalah ketika dalam fasa penghantaran oleh pihak courier (Pos Malaysia), maka penukaran item adalah berdasarkan pertimbangan di pihak kami.

Maklumat Pesanan

Anda boleh melakukan pesanan dengan mengikuti langkah-langkah yang tersedia ketika proses membeli dan membayar. Ini boleh disemak di bahagian Kaedah Belian” dan Maklumat Penghantaran.

Harga, Pembayaran, & Promosi

Bayaran boleh dilakukan ke mana-mana akaun yang tertera dan disediakan sebaik kos dan stok telah disahkan dan dipersetujui.

Harga item yang tertera di website kami tertakluk kepada perubahan semasa. Selain harga di website, pelanggan juga boleh merujuk (atau menyemak) senarai harga melalui invois, email, sms, telefon, pertanyaan, atau resit yang dikirimkan bersama melalui email atau item yang diposkan ke alamat masing-masing.

Promosi tertakluk kepada waktu dan persetujuan.

Menyemak Pesanan

Anda boleh melihat atau menyemak pesanan yang dibuat dengan Log In” ke dalam akaun yang telah didaftarkan ke website kami (www.atsar.ilmusunnah.com).

Boleh juga hubungi kami untuk dapatkan no. rujukan pengeposan item.

Kemaskini Akaun dan Data Peribadi

Maklumat penting seperti nama, alamat, dan no. telefon amat perlu bagi proses penghantaran dan komunikasi. Dengan itu, diharapkan para pelanggan sentiasa memastikan maklumat yang dimasukkan atau didaftarkan ke dalam akaun kami adalah tepat. Jika terdapat sebarang kesalahan dan pembetulan, anda boleh mengemaskini-kan-nya dengan cara Log In ke website kami dan ikut arahan yang tertera.

Terima Kasih kerana memilih perkhidmatan kami.
Jazakumullaahu khayran katsira.

Pastikan sunnah, baru amal dan sampaikan!

 

 

 

 
© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net