Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Hukum Berinteraksi Dengan Jin & Tuntunan Ruqyah Syar'i

Hukum Berinteraksi Dengan Jin & Tuntunan Ruqyah Syar'i
Hukum Berinteraksi Dengan Jin & Tuntunan Ruqyah Syar'i
Terbitan: Pustaka Ats-Tsabat
Product Code: Pustaka Ats-Tsabat
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 20.8 x 14 x 2.5

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM38.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Hukum Berinteraksi Dengan Jin & Tuntunan Ruqyah Syar’i | Judul Asal (‘Arab): Ahkaam At-Ta’mal ma’a Al-Jin wa Aadaab Ar-Ruqi Asy-Syar’iyah | Penulis: Syaikh Muhammad bin ‘Abdillah Al-Imam hafidzahullah | Penerbit: Pustaka Ats-Tsabat | Berat: 700gram | Muka Surat: 366 m/s. [Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]


Kaum jin adalah termasuk makhluk Allah yang ghaib bagi manusia. Mereka juga diciptakan oleh Allah ‘Azza wa Jalla dengan tujuan mengabdikan diri hanya kepada-Nya sebagaimana halnya manusia.

Namun dengan ketentuan dan ketetapan Allah, jin juga memiliki banyak kelompok dalam kehidupannya. Ada yang muslim, kafir, fasiq, dan ada pula yang kaki maksiat. Namun, majoriti kaum jin adalah kafir dan mengikuti nenek-moyangnya (Iblis) yang telah mengisytiharkan dirinya untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah. Sehingga muncullah bala tenteranya yang disebut sebagai syaitan dari kalangan jin dan manusia.

Eksistensi atau kewujudan kaum jin juga memiliki peranan dan fungsi yang besar dalam pelbagai praktik kesyirikan yang banyak tersebar dalam kalangan manusia. Ia menjadi ujian dan fitnah bagi manusia, sama ada mampu bersabar dan menghadapinya dengan benar atau tidak.

Namun kebanyakan manusia yang kurang memahami hakikat keadaan yang sebenar, mereka pun terjebak ke dalam tipu-daya jin dan syaitan. Mereka terjebak dalam kancah persekongkolan dan kerjasama haram bersama-sama jin, khasnya dalam praktik amalan sihir dan mencuri-curi perkara ghaib. Ini banyak berlaku pada amalan perdukunan, jampi-jampi, permomohan, dan sebahagian perusahaan “perubatan” berjenama Islam.

Jadi dari sini, sebenarnya bagaimanakah seharusnya kita bermu’amalah dengan jin? Bagaimana kita mengenal dan mengetahui kewujudan mereka? Siapakah mereka? Bagaimana bentuk kehidupan mereka? Apa hubung kait kita dengan mereka? Di manakah alam jin? Siapakah syaitan dari kalangan jin dan syaitan? Benarkah antara kita dan mereka ada permusuhan? Bolehkah manusia berinteraksi dan mendapatkan bantuan dari kalangan jin? Bolehkah kita melihat mereka, dan bagaimana pula mereka melihat kita? Apa hubung kait dan bentuk kerjasama jin dalam praktik sihir yang selalu digembar-gemburkan? Adakah jin ada yang menjadi teman bagi manusia? Benarkah jin mampu merasuk atau memasuki badan manusia dan mengawalnya? Lalu bagaimana pula untuk manusia menentang dan membentengi diri dari jin? Apakah jin juga membaca Al-Qur’an? Apakah jin mendapat manfaat dari Al-Qur’an?

Semua ini dikupas dan dijawab secara tuntas oleh penulis berpandukan dalil-dalil Al-Qur’an dan As-Sunnah di dalam buku ini.

Baarakallaahufiikum.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net