Judul: Nasihat Ulama Salaf | Judul Asal (‘Arab): Al-Mawaa’idzh | Penyusun: Shalih Ahmad Asy-Syami | Penerbit: Pustaka Azzam | Berat: 1.45kg | Muka Surat: 872 m/s. (Hard Cover). [Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]
Tiada apa yang hendak diperkatakan tentang buku ini melainkan bahawa perkataan para ulama salaf (terdahulu) itu umumnya sangat sedikit jika hendak dibandingkan dengan perkataan orang-orang di masa kita.
Namun, dalam sedikit bicara mereka, riwayat-riwayat mereka, ianya betul-betul memberi pengaruh dan membekas ke dalam jiwa. Mereka berhujah dengan Al-Qur’an dan As-Sunnah, dan mereka merasa cukup (tunduk) dengannya serta tidak bertakalluf (memaksa-maksa).
Sedang orang-orang yang menyelisihi mereka banyak bicaranya tetapi menyelisihi Al-Qur’an dan As-Sunnah, mereka mentakwil-takwil dan memaksa-maksa sehingga mereka gemar mendahulukan aqal dan kalam mereka sendiri. Akhirnya, bicara yang banyak tidak memberi manfaat dan tidak pula menghilangkan dahaga. Sedangkan perkataan salaf itu sedikit, namun manfaatnya banyak sekali, mampu menghilangkan dahaga kehidupan, sekaligus menuntun kita ke jalan yang benar, jalannya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Menjadi rujukan dan sentiasa dinukil lagi disebut-sebut sepanjang zaman.
Sebagaimana kata sebahagian ulama:
كلام السلف قليل كثير البركة،وكلام الخلف كثير قليل البركة
“Perkataan para salaf itu sedikit tetapi banyak barakahnya, dan perkataan kholaf (golongan terkemudian) itu banyak namun sedikit barakahnya.”
Anda teliti dan perhatikanlah sendiri antaranya melalui buku ini. Antara buku yang menukil dan menghimpunkan sebahagian perkataan-perkataan mereka. [Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]