Judul: Anak Shalih Bakti Orang Tua (Buku Untuk Anak-anak) | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis: Abu Afifah Ar-Raji | Penerbit: Media Sholih, Bacaan Anak Islam | Berat: 170gram | Muka Surat: 80 m/s. (soft cover)
Adik-adik tercinta, di antara akhlak mulia yang diajarkan agama Islam adalah birrul walidain, iaitu berbakti atau berbuat baik kepada orang tua (ibu dan bapa). Berbuat baik kepada orang tua termasuk perbuataan yang paling utama, kerana di dalam Al-Qur’an perintah berbuat baik kepada orang tua banyak disebutkan setelah perintah mentauhidkan Allah. Berbuat baik kepada orang tua adalah suatu amalan yang penting dan sangat mulia kerana mereka adalah orang yang bersusah-payah melahirkan kita, mengasuh kita, mendidik kita, dan membesarkan kita.
Betapa besarnya jasa ayah dan ibu kita, sehingga kita pun yang sebagai anak ini sudah seharusnya berbakti kepada mereka pula.
Dan buku ini adalah buku yang ringkas dan mudah disusun untuk adik-adik agar mengenal bagaimana seharusnya kita berbuat baik dan menjaga hati-hati ibu dan bapa kita.
Dan kepada para ibu dan bapa pula, bacakanlah dan ajarkanlah pendidikan yang terkandung dalam buku ini kepada anak-anak supaya kelak anak-anak menjadi manusia yang berakhlak mulia lagi berbakti.