Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Mukjizat Kesembuhan

Mukjizat Kesembuhan
Terbitan: Thibbia
Product Code: Thibbia (1(3))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 19 x 15.2 x 0.6

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM11.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Mukjizat Kesembuhan | Judul Asal (‘Arab): Mu’jizatusy Syifa’ fil Habbatis Sauda’ wal ‘Asal wats-Tsaum wal-Bashal | Penulis/Penyusun: Abul fida’ Muhammad Izat Arif | Penerbit: Thibbia | Berat: 180gram | Muka Surat: 89 m/s. (Soft cover). [Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]


Ini adalah sebuah buku ringkas dan padat membongkar rahsia-rahsia perubatan di sebalik herba Habbatus Saud, madu, bawang putih, dan bawang merah.

Dari sebuah hadis ‘Abdullah bin Mas’oud, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ لَمْ يُنْزِلْ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً، عَلِمَهُ مَنْ عَلِمَهُ، وَجَهِلَهُ مَنْ جَهِلَهُ

“Sesungguhnya tidaklah Allah ‘Azza wa Jalla menurunkan penyakit melainkan Dia juga menurunkan penawarnya. Tahulah sesiapa yang mengetahuinya, dan tidak mengetahui sesiapa yang tidak mengetahuinya.” (Musnad Ahmad, no. 4236)

Sesungguhnya banyak sekali bahan-bahan khasnya herba-herba yang ada di sekitar kita, bahkan mungkin di dapur-dapur rumah kita sendiri; yang memiliki nilai perubatan dan baik untuk kesihatan kita. Namun sayang, kebanyakan kita belum mengetahuinya.

Maka, buku ini adalah di antara sebahagian buku yang mengajak kita menyingkap sebahagian kecil rahsia perkara ini.

Ketahuilah bahawa berubat adalah perkara yang mubah selagi mana bukan dengan menggunakan hal-hal yang diharamkan. Ini adalah berdasarkan hadis riwayat Muslim dan selainnya dari Jaabir radhiyallahu ‘anhu, bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاءٌ، فَإِذَا أُصِيبَ دَوَاءُ الدَّاءِ بَرَأَ بِإِذْنِ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ

“Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila penyakit itu kena dengan ubatnya, penyakit pun akan hilang dengan izin Allah ‘Azza wa Jalla.” (Shahih Muslim, no. 2204. Bab: Setiap penyakit ada ubatnya, dan disukai berubat).” (lihat juga: Ar-Raudhatun Nadhiyah Syarah Ad-Durar Al-Bahiyah, 2/227-228 – Daar Al-Ma’rifah)

Maka, berubatlah bagi sesiapa yang mahu berubat. Dan bersabarlah bagi sesiapa yang mahu bersabar.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net