Judul: Belajar Mudah Rukun Islam (Untuk Anak-anak) | Penyusun: Abu Muhammad Ibnu Shalih Hasbullah dan Team Pustaka Ibnu ‘Umar | Penerbit: Pustaka Ibnu ‘Umar | Berat: 50g | Muka Surat: 64m/s. (Soft cover, lengkap berwarna setiap halaman) [Disediakan oleh Galeri Buku Atsar, www.atsar.ilmusunnah.com]
Wahai anak-anakku, pelajari dan fahamilah sungguh-sungguh rukun Islam ini, dan apa-apa yang telah kalian perolehi maka amalkanlah segera, jangan ditunda-tunda. Kerana perkara ini merupakan amal soleh yang diperintahkan oleh Allah Ta’ala dan hendaklah bersesuaian dengan petunjuk Rasul-Nya Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Semoga kita semua beroleh kebaikan yang banyak di dunia dan di akhirat.
Buku kecil untuk anak-anak ini berisi dengan penjelasan makna agama Islam, ciri-ciri agama Islam, dan apa pula rukun-rukunnya. Kemudian dijelaskanlah pula dengan penjelasan yang bersesuaian dengan peringkat umur dan tahap keperluan anak-anak berkaitan pengertian syahadah, solat, zakat, puasa di bulan Ramadhan, dan ditutup dengan penjelasan haji dan ‘Umrah.