Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

DVD MP3 Syarah Manzhumah Al-Qowa'idul Fiqhiyyah karya As-Si'di

DVD MP3 Syarah Manzhumah Al-Qowa'idul Fiqhiyyah karya As-Si'di
Terbitan: Pustaka As-Sunnah
Product Code: Pustaka As-Sunnah (Makassar)
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 19.2 x 13.5 x 0.7

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM44.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: DVD MP3 Syarah Manzhumah Al-Qowa’idul Fiqhiyyah karya As-Si’di | Perbahasan Kitab: Kitab Manzhumah Al-Qowa’idul Fiqhiyyah karya Syaikh ‘Abdurrahman bin Nashir As-Si’di rahimahullah (Wafat: 1376H) | Pembahas: Ustaz Dzulqarnain M. Sunusi hafidzahullah | Penerbit: Pustaka As-Sunnah (Makassar) | Berat: 150g | Muka Surat: 1 DVD Mp3.


Al-Manzhumah Al-Qowa’idul Fiqhiyyah, demikian judul kitab yang dibahaskan. Ia adalah sebuah kitab atau risalah berisikan bait-bait syair berkaitan kaedah-kaedah dalam ilmu fiqh yang diambil dari tulisan tangan serta berdasarkan riwayat dari murid-murid Syaikh ‘Abdurrahman bin Nashir As-Si’di rahimahullah. Di dalamnya mengandungi sebanyak 49 bait syair mencakupi kaedah-kaedah fiqh yang penting, khasnya bagi para pemula (dari kalangan penuntut ilmu).

Al-Qowa’idul Fiqhiyyah

Sekiranya asas selamatnya seseorang hamba itu tidak akan diperolehi melainkan dengan bersihnya tauhid dan bebasnya daripada pencemaran tauhid (syirik), maka keselamatan yang sempurna pula tidak akan dapat diraih melainkan dengan kemurnian (keikhlasan) ibadah dan bebasnya dari bid’ah. Sekiranya masalah yang pertama diketahui dengan mempelajari ilmu tauhid, maka bahagian yang kedua diketahui dengan ilmu fiqih.

Ilmu fiqih memiliki keutamaan yang sangat besar dan luas. Dengan ilmu tersebut diketahui bagaimana cara beribadah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan cara yang benar, bermula dari persoalan bersuci, solat, zakat, puasa, haji dan selainnya. Dengan ilmu fikih diketahui bagaimana cara mencari rezeki yang halal dan menghindari cara yang haram, ia diperolehi melalui fiqih mu’amalat, jual beli, riba, sewa-menyewa dan selainnya. Dengannya diketahui bagaimana cara membina keluarga yang bahagia, hak-hak suami isteri serta anak. Perbincangan ini diperolehi dalam fiqih pernikahan. Dengan ilmu fiqih diketahui bagaimana harta seseorang akan dibahagi-bahagikan sepeninggalnya, yang mana ianya dibahaskan dalam ilmu faraidh. Dengan ilmu fiqih diketahui pula balasan bagi orang yang melakukan jenayah, yang mana perkara ini disebutkan dalam fiqih jinayat dan lainnya. Dan masih banyak perkara lain yang diketahui dengan mempelajari ilmu fiqih. Namun di ketika persoalan fiqih adalah persoalan yang selalu berkembang seiring dengan perkembangan zaman, manakala nash al-Qur’an dan as-Sunnah ash-Shohihah yang menjadi dasar hukum persoalan fiqih terbatas, kerana keduanya terputus dan tidak berkembang lagi dengan wafatnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, sedangkan sudah dimaklumi bersama bahawa sesuatu yang terbatas tidak mungkin dapat mengiringi sesuatu yang tidak terbatas dan sentiasa berkembang, maka para ulama’ berjuang dan berusaha keras untuk merumuskan pelbagai kaedah yang diambil dari kedua wahyu tersebut supaya dapat digunakan sepanjang masa sehinggakan terhadap masalah-masalah yang belum pernah ada dan belum pernah wujud pada zaman ketika wahyu diturunkan. Dan kaedah ini terbagi menjadi dua jenis:

Pertama: Kaedah yang berhubungan dengan dalil, maksudnya adalah bagaimana cara memahami dan mengambil faedah dari sesebuah dalil, yang kemudian dikenali dengan istilah ilmu ushul fiqih.

Kedua: Kaedah yang berkaitan secara langsung dengan amal perbuatan hamba, yang kemudian disebutkan dengan ilmu al-Qowa’id al-Fiqhiyyah (kaedah-kaedah dalam fiqh). Banyak faedah yang dapat diambil dengan mempelajari serta memahami kaedah-kaedah fiqhiyah, dua faedah tersebut di antaranya adalah:

1. Sebuah kaedah fiqih dapat digunakan untuk memahami begitu banyak permasalahan fiqih yang tercakup dalam pembahasannya. Dan ini akan sangat memudahkan seseorang penuntut ilmu untuk mengetahui hukum-hukum fiqih tanpa harus menghafal sebuah permasalahan satu persatu. Imam Al-Qorrofi berkata:

“Sesiapa yang menguasai fiqih melalui penguasaan kaedah-kaedahnya, maka dia tidak perlu untuk menghafal semua permasalahannya satu-persatu kerana telah tercakup dalam keumuman kaedah tersebut.” (Lihat: Al-Furuq al-Qorrofi, 2/115)

2. Penguasaan kaedah-kaedah fiqh adalah sangat membantu seseorang dalam memberikan sesebuah hukum berkaitan isu terkini dan semasa serta belum pernah terjadi sebelumnya dengan cara yang lebih mudah. (Lihat al-Wajiz fi idhohi Qowa'id al-Fiqh al-Kulliyah oleh DR. Muhammad Shidqi al-Burnu, hal. 24)

Contohnya: Sekiranya ada orang bertanya: apakah hukum rokok? Disebabkan rokok belum ada pada zaman Rasulullah. Maka jawabnya: Rokok adalah haram, kerana dengan kesepakatan para pakar kesihatan bahawa ia membahayakan tubuh dan mengancam kesihatan yang mana disebutkan dalam sebuah kaedah fiqih:

لاَ ضَرَر وَلاَ ضِرَار

“Tidak boleh melakukan sesuatu yang membahayakan (terhadap diri) dan tidak pula boleh membahayakan (orang lain).”

Maka semakin nampaklah betapa penting ilmu qowa’id al-fiqhiyah ini untuk dipelajari. Buku ini boleh dijadikan sebagai panduan untuk mempelajari ilmu fiqih.

Biografi Pensyarah atau Pembentang Secara Ringkas

Beliau adalah Dzulqarnain bin Muhammad Sunusi, lahir di Makassar pada 17 Sya’ban 1396 H (12 Ogos 1976M). Setelah mula menuntut ilmu agama di pulau Jawa pada 1994, pada 1995 beliau meneruskan pelajaran di pelbagai bidang ilmu syari’at kepada ulama hadis terkemuka, iaitu Syaikh Muqbil bin Haadi Al-Wadi’iy rahimahullaah di Ma’had Dar Al-Hadits (Yaman), sampailah ke pertengahan tahun 1999 lalu menghafal Al-Qur’an 30 juz di sana.

Kemudian pada tahun 2004, beliau talaqqi pula kepada sejumlah ulama besar ‘Arab Saudi, di antaranya Syaikh Soleh bin Fauzaan Al-Fauzaan, Syaikh Ahmad bin Yahya An-Najmiy, Syaikh ‘Abdullah bin ‘Abdul ‘Aziz Al-‘Aqiil, Syaikh ‘Abdullah Al-Ghudayyaan, Syaikh ‘Abdul Muhsin Al-‘Abbaad, Syaikh Rabii’ bin Haadi Al-Madkhali, Syaikh Zaid bin Muhammad Al-Madkhali, Syaikh ‘Ubaid bin ‘Abdillah Al-Jaabiriy, Syaikh ‘Abdul Karim Al-Khudhair, serta beberapa ulama lainnya, semoga Allah merahmati dan menjaga mereka.

Selain mengkhatamkan Al-Qur’an sebanyak dua kali dari hafalan dengan membaca riwayat Hafsh dari ‘Aashim melalui jalan Asy-Syaathibiyyah dan Thayyibah An-Nasyr dari dua ahli Qira’ah; di Saudi beliau juga lebih menekuni dan mendalami pelbagai cabang ilmu agama kepada ulama-ulama tersebut dan mengambil sanad-sanad periwayatan kitab-kitab Salaf. Beliau juga sempat menghadiri beberapa majlis Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baaz dan Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahumaallaah pada musim haji tahun 1998. Dikhabarkan beliau turut menghafal kitab-kitab matan penting dalam bidang ilmu dan juga menghafal kitab Shahih Muslim.

Saat ini, kebanyakan aktiviti beliau adalah mengajar dan berdakwah di jalan Allah, di Ma’had As-Sunnah (Makassar), pelbagai daerah di Indonesia, dan beberapa tempat di luar negeri. Beliau juga turut aktif menulis dan menerjemahkan buku-buku dan artikel serta menjawab pertanyaan di beberapa media cetak dan beberapa website.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net