Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Fiqih Imam Syafi'i

Fiqih Imam Syafi'i
Fiqih Imam Syafi'i
Terbitan: Penerbit Al-Mahira
Product Code: Penerbit Al-Mahira
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25.9 x 17.1 x 12.6

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM250.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Fiqih Imam Syafi’i | Judul Asal (‘Arab): Al-Fiqh Asy-Syafi’i Al-Muyassar | Penulis: Dr. Wahbah Az-Zuhaily | Penerbit: Al Mahira | Berat: 4kg | Muka Surat: 690 m/s (purata), 3 jilid lengkap. (Hard cover). [Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]


Menekuni Fiqh Mazhab Secara Umum

Mazhab-mazhab dalam Islam sebagaimana mazhab yang dimaklumi dari kalangan mazhab Ahlus Sunnah wal-jama’ah, di dalamnya ada mazhab-mazhab fiqh yang dikenali dari mazhab seperti mazhab Abu Hanifah, Malik, Asy-Syafi’i, dan Ahmad B. Hanbal. Bahkan ada mazhab-mazhab lainnya namun kurang dikenali masyarakat hari ini seperti mazhab Al-Laits B. Sa’ad, Sufyan Ats-Tsauri, Sufyan bin ‘Uyaynah, Al-Hasan Al-Bashri, Tsaur, Al-Auza’i, dan yang lainnya.

Mengikuti mazhab-mazhab ini pada asalnya bukanlah suatu kewajiban kerana yang diwajibkan adalah berpedoman kepada dalil dari Al-Qur’an dan As-Sunnah, namun keberadaan mazhab-mazhab ini sebenarnya memudahkan bagi kalangan pemula dan golongan awam dalam menekuni agama Islam ini. Kerana bukan setiap orang mampu membuat capaian terhadap dalil-dalil agamanya secara langsung. Dan ia juga bukan-lah suatu yang mudah bagi golongan awam, para pemula, dan para penuntut ilmu untuk terus secara langsung mengalisa atau membuat huraian dalil-dalil agama secara sendiri atau independen dalam menegakkan agama dalam dirinya.

Sebagai seorang pemula atau penuntut ilmu yang awam, sudah tentu kita memerlukan proses pengajian dan pembelajaran yang berlangsung secara peringkat demi peringkat, setahap demi setahap, bab demi bab. Dari peringkat yang rendah atau asas, berjalan sedikit demi sedikit ke peringkat yang lebih tinggi, dari bab pertama ke bab kedua, kemudian ketiga, dan seterusnya.

Sebagai contoh; bermula dengan peringkat asas mengenal matan-matan atau kesimpulan-kesimpulan pendapat dalam agama secara ringkas dan yang mudah difahami atau mudah untuk diamalkan sebagai seorang pemula di mana agar dia tahu kewajiban-kewajiban dalam agamanya secara global. Dalam peringkat asas pemula inilah, pendapat-pendapat yang terhimpun dalam sesebuah mazhab sangat amat membantu proses pembentukan peribadi seseorang muslim. Kerana ia memudahkan dari sudut pembelajaran, pembinaan asas yang kuat, menjaga aspek waktu dan masa, serta dapat membentuk rangkuman kefahaman global dalam diri seseorang terhadap agamanya.

Kemudian, dia meningkat lagi menuju peringkat pertengahan dengan memahami pendapat-pendapat mazhabnya dengan dalil dan ushul-ushul yang membentuk kesimpulan-kesimpulan mazhabnya. Kemudian dia naik setingkat lagi dengan mempelajari pendapat-pendapat yang terdapat pada mazhab-mazhab lainnya. Seterusnya dia naik setingkat lagi dengan mempelajari fiqh perbandingan sehingga mampu memahami konsep pentarjihan dalam perselisihan mazhab-mazhab fiqh yang ada.

Sehingga akhirnya, dia pun mampu memahami agama ini dengan dalil-dalil yang sejahtera sehingga dia pun tidak akan taksub terhadap hanya satu-satu pendapat atau mazhab tertentu sahaja. Demikian-lah secara ringkas atau gambaran umum sebahagian bentuk peringkat-peringkat pengajian fiqh Islam dalam beragama menuju kepada al-ittiba’, iaitu menuju tingkatan beragama di atas dalil. Bukan semata-mata taklid buta di atas pendapat mazhab tertentu walaupun secara jelas dan terang pendapat yang terdapat dalam mazhabnya tersebut bertentangan dengan dalil-dalil wahyu. Bukan juga terus secara langsung dia menuju kepada dalil dan memahaminya menurut hawa nafsunya sendiri-sendiri dengan meninggalkan pedoman mazhab dan ulama.

Secara dasarnya, mazhab-mazhab tersebut atau pendapat-pendapat para ulama tersebut adalah merupakan alat, pemandu jalan, dan sebuah sarana yang membantu dalam mencapai tujuan menuju al-ittiba’, iaitu menuju konsep bermazhab dengan mazhab Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, iaitu dengan tidak sekadar terhenti beragama sekadar mengikuti mazhab tertentu semata-mata tanpa memahami dalil-dalil yang membina sesebuah mazhab atau pendapat yang dipegang.

Tentang buku ini

Penulis (Dr. Wahbah Az-Zuhaily) berkata di kata pengantar buku ini:

“Saya telah mendalami fiqh mazhah Syafi’i sepanjang usia saya sama ada sebagai seorang guru mahupun pelajar, untuk mempelajarinya mahupun untuk mengajarkannya, dan sama ada sebagai seorang mufti mahupun sebagai praktikal hukum yang diterapkan dalam kehidupan sehari-hari.

Sebenarnya, menulis buku ini merupakan hal yang selalu saya impikan seumur hidup saya, dan sekaligus untuk memenuhi keperluan majoriti muslim yang berkecimpung di sekolah-sekolah, pusat-pusat pendidikan, mahupun di perguruan tinggi.

Di samping itu, buku ini juga saya persembahkan sebagai dedikasi atas kecintaan saya terhadap Imam Muhammad bin Idris Asy-Syafi’i (Imam Asy-Syafi’i rahimahullah – pent.). Kerana itu, pada pendahuluan buku ini, saya akan jelaskan biografi dan keistimewaan mazhab Imam Syafi’i, serta dukungan para ulama terhadap mazhabnya. Keteguhan untuk menjalankan mazhab ini muncul dari rasa cinta, penghargaan, pembelajaran, dan dalam rangka mengaplikasikannya dalam kehidupan.

Saya menyusun buku ini selama sekitar dua tahun di usia 75-76 tahun.

Dalam buku Fiqih Imam Asy-Syafi’i ini, saya sengaja memperkaya dengan penjelasan hikmah di balik penetapan sebuah aturan syari’at, penjelasan terperinci atas setiap topik perbahasan, dan pemberian contoh-contoh lengkap dengan dalil-dalilnya. Metode seperti inilah yang juga saya gunakan dalam penulisan buku Al-Fiqh Al-Maliki Al-Muyassar, Al-Fiqh Al-Hanbali Al-Muyassar, dan dalam penulisan sebuah bunga rampai Fiqih Perbandingan yang saya susun dengan judul Al-Fiqhul Islami wa Adillatuhu. Hanya saja, dalam menulis buku yang sedang ada di hadapan anda ini saya memang sengaja hanya membahas pelbagai ketetapan (fiqh hukum-hakam) yang terdapat dalam mazhab Syafi’i tanpa melakukan perbandingan dengan mazhab-mazhab yang lainnya. Kerana menurut pandangan saya, kajian fiqh perbandingan itu bersifat khusus bagi kalangan tertentu sahaja.

Penulisan buku ini berpandukan sepenuhnya pada pelbagai pendapat dalam mazhab Syafi’i yang lebih valid seperti yang terdapat antaranya dalam kitab Al-Majmu’, tidak hanya tertumpu pada kitab Ar-Raudhah dan seumpamanya. Tujuannya adalah agar mazhab ini dapat dilihat dengan lebih jelas bagi kalangan awam. Apatah lagi apabila pegajian fiqh perbandingan dilakukan pada saat terlalu awal (belum betul-betul matang), ia tampak lebih sering memunculkan kebingungan serta akan menghancurkan keselarasan hukum-hukum syari’at.

Selain itu, juga bagi menjamin “keselamatan” dan “keamanan” dalam penulisan buku ini. InsyaAllah, jika Allah Subhanahu wa Ta’ala masih memberi kesempatan, saya akan menulis Al-Fiqh Al-Hanafi Al-Muyayssar.

Akhir kata, saya ingatkan bahawa amal yang baik dalam Islam hanya dapat terwujud melalui pengetahuan yang mendalam tentang hukum syari’at, dan dengan mendalami pelbagai hal yang berhubung dengan ilmu ini. Ilmu yang telah membangun syari’at Islam bersesuaian dengan dasar aqidah dan iman yang benar tentang Allah Subhanahu wa Ta’ala, para rasul, Kitab-kitab-Nya, dan hari Akhir.

Dengan jelas dan amat terang Al-Qur’an telah menjelaskan bahawa amal yang diterima di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala adalah amal yang dilakukan dengan berlandaskan pada prinsip-prinsip keimanan. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَمَنْ يَعْمَلْ مِنَ الصَّالِحَاتِ مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُولَئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ وَلَا يُظْلَمُونَ نَقِيرًا

“Dan sesiapa yang beramal dengan amal-amal soleh, sama ada lelaki mahupun wanita, sedang dia adalah seorang mu’min (yang beriman), maka mereka itulah yang masuk Syurga dan mereka tidak dizalimi sedikitpun.” (Surah An-Nisaa’, 4: 124)

Demikian saya susun buku ini dengan penuh kesedaran bahawa saya amat mengangungkan, memuliakan, dan mencintai semua imam-imam mazhab. Merekalah pengemban kebenaran, makrifat, keikhlasan, kesungguhan ijtihad, ketaqwaan, rasa takut kepada Allah, dan sentiasa memerhatikan kemaslahatan umat pada setiap masa dan waktu.

Semoga Allah sentiasa mengharumkan nama mereka serta menempatkan mereka semua sebagai peribadi-peribadi mulia bersama para Nabi, Rasul, dan para Syuhada’, teman-teman terbaik di akhirat.”

Di antara kitab-kitab fiqh mazhab Asy-Syafi’i yang digunakan dan menjadi rujukan utama oleh penulis (Dr. Wahbah) dalam buku ini adalah seperti:

1, Al-Umm karya Imam Asy-Syafi’i.

2, Al-Majmu’ Syarah Al-Muhadzdzab karya Imam An-Nawawi.

3, Kifayatul Akhyar fi hal Ghoyatul Ikhtishar.

4, Al-Muhgnil Muhtaaj.

5, Hasyiyah Al-Bujairami ‘ala Al-Khathib karya Al-Bujairami (Wafat: 1221H).

6, Al-Minhaj An-Nawawi.

7, Al-Minhaj Al-Qowiim karya Al-Haitami.

8, Syarah Shahih Muslim karya An-Nawawi.

9, Syarah ‘Umdatus Salik.

10, Hasyiyah Asy-Syarqawi ‘ala Tuhfatul Thullaab.

11, Syarah Ibnu Hajar ‘ala Matn Al-Hadhramiyyah.

Dan selainnya.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net