Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Terapi Dengan Madu

Terapi Dengan Madu
Terbitan: Thibbia
Product Code: Thibbia
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 19 x 15 x 1.1

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM24.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Terapi Dengan Madu | Penulis: Shubhi Sulaiman | Penerbit: Thibbia | Berat: 380gram | Muka Surat: 214 m/s.


Ilmu perubatan semakin maju. Banyak perkara yang dulunya merupakan misteri, namun kini telah diungkap oleh ilmu pengetahuan melalui pelbagai kajian dan eksperimen yang terus berlangsung.

Namun demikian, kita tetap tidak dapat menafikan hakikat, bahawa ranah penyakit dan perubatan ibarat hutan rimba yang luas. Memang banyak penawar ditemukan, tetapi masih sangat banyak pula penyakit yang belum diketahui ubatnya. Malah banyak pula bentuk-bentuk penyakit baru yang bermunculan.

Di sekitar anda, mungkin menemukan pelbagai kes penderita sakit yang sudah berubat bertahun-tahun lamanya, menghabiskan perbelanjaan jutaan ringgit, mendatangi para tabib, dokter, atau bahkan juga sehingga para dukun dan bomoh-bomoh, na’uudzubillaah. Namun demikian, penyakit tetap enggan pergi dari tubuhnya, justeru seakan merasa nyaman untuk tetap tinggal di tubuhnya.

Madu bukanlah sembarangan penawar. Ia merupakan penawar alami (dari hasil alam) yang sangat baik diambil. Rasanya manis dan sungguh enak untuk dinikmati; sama ada sebagai minuman ataupun untuk campuran menguyah makanan yang lainnya. Madu juga satu-satunya penawar dengan kandungan alami yang khasiatnya secara umum mendapat pengiktirafan Allah Subhanahu wa Ta’ala; Dzat yang menurunkan sakit dan menurunkan kesembuhan. Dalam firman-Nya yang dibaca oleh para manusia sejak lebih dari empat belas abad yang lalu:

وَأَوْحَى رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ (68) ثُمَّ كُلِي مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًا يَخْرُجُ مِنْ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَةً لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

“Dan Rabb-mu mewahyukan kepada lebah, “Buatlah sarang (rumah) di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan dari apa-apa yang dibina oleh manusia. Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Rabb-mu yang telah dimudahkan (bagimu).” Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang memikirkan.” (Surah An-Nahl, 16:68-69)

Buku di tangan Anda ini memberikan penjelasan yang terang tentang selok-belok kehidupan lebah; serangga unik pembuat madu. Dengan membaca buku ini kita akan tahu bagaimana proses pembuatan sarang, serta organisasi dan pembahagian tugas dalam koloni lebah yang ternyata sangat rapi dan menakjubkan.

Dan juga, ketulenan serta kerja keras lebah pekerja yang terbang meninggalkan sarang 24 kali sehari, kemudian menghisap sedikit nektar dari satu bunga dan beralih ke bunga yang lain hingga berjumlah ribuan bunga, kemudian terus terbang lagi mengangkut pulang hasil-hasil nektar sebesar butiran air mata ke sarangnya, lalu mengolah nektar itu di dalam pusat adunan atau acuan alami yang canggih di perutnya. Setelah itu, proses mengeluarkan dan menyimpannya sebagai cairan madu di dalam sarang, lalu memprosesnya melalui beberapa tahapan rumit hingga akhirnya menghasilkan madu yang beraneka warna, kaya kandungan gizi, dan pelbagai khasiat yang termasuk tanda kebesaran Rabb bagi manusia.

Buku ini juga mengungkapkan pelbagai khasiat luar biasa yang terkandung dalam madu, royal jelly , benang sari (bee pollen), dan lilin lebah. Di buku ini pula kita akan menemukan ramuan-ramuan untuk mengatasi pelbagai penyakit yang mungkin tidak dapat atau sukar disembuhkan dengan ubat-ubat lainnya. Di samping itu, hasil kajian dan eksperimen para ilmuwan di pelbagai belahan dunia diungkapkan dengan jelas dalam buku ini yang dihasilkan lebah untuk mengatasi pelbagai penyakit.

Antara lain yang dikupas melalui buku ini adalah:

1, Lebah dan madu dalam perkhabaran wahyu.

2, Madu dalam perspektif ahli ilmu.

3, Keajaiban lebah.

4, Komposisi madu.

5, Mengenal jenis-jenis lebah.

6, Royal jelly satu analisis.

7, Khasiat sengatan lebah dan kandungan cecair bias lebah.

8, Keistimewaan madu.

9, Mengenal kualiti dan keaslian madu.

10, Rawatan dengan madu.

11, dan banyak lagi yang lainnya.

InsyaAllah, kupasan dan kandungannya menarik sekali.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net