Judul: Modul Aqidah Jilid 2 (Untuk Pendidikan Anak) | Penulis: Abu ‘Umamah Abdurrohim | Penerbit: Hikmah Anak Sholih | Berat: 100gram | Muka Surat: 62 m/s. (soft cover)
Buku modul aqidah jilid 2 ini adalah sebagai lanjutan dari buku modul aqidah jilid 1. Buku ke-2 ini berisikan huraian mudah tentang rukun iman yang kedua iaitu beriman kepada Malaikat Allah dan seterusnya sampai rukun terakhir iaitu beriman kepada taqdir Allah.
Di samping itu, kalimat yang digunakan masih sangat mudah dan santai, tidak berisi huraian dan penjelasan yang mendalam sehingga sukar difahami adik-adik. Dari itu, para pengajar mungkin dapat memberikan huraian dan penjelasan tambahan bersesuaian untuk anak didiknya.
Semoga kehadiran buku ini dapat mempermudah para pengajar dan para ibu bapa dalam membimbing anak-anak didikannya dan dalam usaha mengasuh putara-putrinya.
Semoga jerih payah para pengajar termasuk dalam kerangka jihad fi sabilillah dan tercatat pada cacatan amal soleh yang bermafaat nanti ketika menghadap Allah.
Semoga para pelajar menjadi hamba yang beriman dan bertaqwa kepada Allah sebagaimana peng-amalan ilmu yang telah dianjarkannya, sehingga menambah pahala lagi bagi para pendidik yang mendidik.
Semoga buku ini juga bermanfaat bagi penyusun, keluarga, dan seluruh kaum muslimin.