Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Modul Aqidah Jilid 1 (Untuk Pendidikan Anak)

Modul Aqidah Jilid 1 (Untuk Pendidikan Anak)
Terbitan: Hikmah Anak Sholih
Product Code: Hikmah Anak Sholih
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 21 x 14 x 0.2

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM7.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Modul Aqidah Jilid 1 (Untuk Pendidikan Anak) | Penulis: Abu ‘Umamah Abdurrohim | Penerbit: Hikmah Anak Sholih | Berat: 100gram | Muka Surat: 45 m/s. (soft cover)


Pelajaran aqidah adalah pelajaran tertinggi, terpenting dan termulia dari semua pelajaran yang ada. Kerana kemuliaan dan ketinggian suatu pelajaran itu tergantung dari apa yang dipelajarinya. Dan pelajaran aqidah ini adalah suatu pelajaran untuk mempelajari tentang Dzat yang Maha Agung dan Maha Mulia, Maha Sempurna dan Maha Tinggi. Maka kedudukan pelajaran ini menduduki puncak terpenting, termulia dan tertinggi.

Di antara faedah pelajaran aqidah terhadap anak-anak adalah dalam rangka menanamkan dasar-dasar dan teras keimanan yang benar dan kukuh sejak kecil sampailah tumbuh dari diri anak tersebut kecintaannya kepada Allah dan bertawakal hanya kepada-Nya.

Di antara faedahnya juga adalah dalam rangka mengantarkan anak-anak agar sampai kepada hakikat tujuan diciptakannya oleh Allah subhanahu wa Ta’ala iaitu hanya beribadah kepada Allah subhanahu wa Ta’ala dan menjauhi segala bentuk kesyirikan.

Allah Ta’ala berfirman:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

“... dan tidaklah Aku meciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri hanya kepada-Ku.” (Surah Adz-Dzariyat, 51: 56)

Orang yang paling tekun beribadah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan yang paling mampu menghidarkan diri dari kesyirikan adalah orang yang paling benar aqidahnya dan orang yang paling kenal kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala juga adalah orang yang paling benar aqidahnya. Dan masih banyak lagi faedah pelajaran aqidah yang lain. Dan yang paling penting sekali... ingatlah bahawa, aqidahlah kelak yang bakal menentukan Syurga atau Neraka.

Maka dari itu, utamakanlah silibus pelajaran yang memang berhak untuk diutamakan ini iaitu silibus aqidah. Para ulama terdahulu hingga saat ini sentiasa berusaha keras menjelaskan dan menerangkan kepada kita pelbagai kitab aqidah dalam rangka mendidik umat agar terhindar dari kesyirikan. Dan di antara kitab-kitab aqidah yang paling asas lagi mendasar untuk difahami segenap kaum muslimin adalah kitab Al-Utsuluts Tsalatsah karya Syaikh Muhammad bin ‘Abdul Wahhab At-Tamimi.

Dalam buku kecil ini hanya merupakan alih bahasa dari kitab Al-Utsuluts Tsalatsah yang telah kami sesuaikan dengan kemampuan anak-anak. Bagi para pengajar hendaklah tidak mencukupkan dari buku kecil ini. Sebaiknya para pengajar juga terus mendalami syarah-syarah (keterangan-keterangan) para ulama dari kitab ini agar dapat menerangkan kepada para pelajar bersesuaian dengan apa yang dimaksudkan oleh penyusun kitab.

Keterangan (syarah) kitab ini telah banyak beredar dan telah banyak majlis-majlis taklim yang membahaskan huraian kitab ini.

Semoga buku ini disusun dalam kerangka ikhlas kerana mengharap wajah Allah Rabbul ‘Alamin yang bermanfaat bagi penyusun, keluarga, dan kaum muslimin.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net