Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Buku Poket Tuntunan Praktis Cara Bermanhaj Yang Benar

Buku Poket Tuntunan Praktis Cara Bermanhaj Yang Benar
Terbitan: Pustaka Ibnu Umar
Product Code: Pustaka Ibnu 'Umar
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 15 x 10.5 x 0.5

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM6.00

50 or more RM3.75
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Tuntunan Praktis Cara Bermanhaj Yang Benar | Penulis: Abu Muhammad Ibnu shalih bin Hasbullah | Penerbit: Pustaka Ibnu ‘Umar | Berat: 50gram | Muka Surat: 80 m/s. (soft cover)


Umat Islam di zaman sekarang sedang berada pada posisi yang lemah hampir dalam segala bidang. Konspirasi orang-orang kafir, munafiq, dan orang-orang fasiq mengepung mereka. Makar orang-orang kafir terjadi di pelbagai belahan dunia. Umat Islam saat ini dalam keadaan tercabik-cabik, berpecah-belah perpaduan dan kesatuannya, pemikiran dan aqidahnya jadi pelbagai.

Di beberapa belahan dunia Islam, umat ini telah kehilangan rasa percaya diri, kehilangan rasa aman, hilang ketenteramannnya dan pudar ketenangan. Bahkan ada beberapa wilayah negeri kaum muslimin yang dirampas. Mereka pun kehilangan harta, jiwa, dan kebebasan yang dahulu mereka miliki.

Keadaan umat yang menyedihkan ini di antaranya disebabkan oleh penyakit Al-Wahn (cinta dunia dan takut mati) yang telah menjalar ke dalam tubuh umat ini, sehingga mereka menjadi mainan dan lauk (hidangan) kepada umat-umat lainnya, seperti orang-orang kelaparan yang berebutkan hidangan di hadapan mereka. Ini adalah sebagaimana dalam sebuah hadis, Rasulullah bersabda (yang maksudnya):

“Begitu hampir waktunya orang-orang kafir saling menyeru untuk menyerang kamu semua dari segala penjuru sebagaimana orang-orang lapar mengerumuni dulang berisi makanan.”

Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah pada ketika itu bilangan kami sedikit?”

Nabi menjawab, “Tidak, sebaliknya pada ketika itu bilangan kamu amat ramai, tetapi kamu seperti buih-buih di air bah. Sesungguhnya Allah akan mencabut rasa takut dari hati musuh-musuh kamu terhadap kamu. Dan Allah mencampakkan dalam hati kamu al-Wahn.”

Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apa yang dimaksudkan dengan al-Wahn?”

Rasulullah menjawab, “Cintakan dunia dan takutkan mati.” (Musnad Ahmad, no. 22397. Sunan Abu Dawud, no. 4297)

Dalam hadis ini mengandungi perkhabaran yang menunjukkan bahawa akan tiba masanya kaum muslimin akan menjadi lemah, lalu diserang oleh pelbagai musuh-musuh dari pelbagai aliran agama yang bersatu-padu berusaha menghancurkan mereka.

Maka sedarlah bahawa tidak ada lagi jalan yang harus ditempuh oleh kaum muslimin saat itu, melainkan dengan kembali menempuh jalan yang ditempuh oleh para pendahulu mereka dari kalangan sahabat-sahabat Rasulullah dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, yang teguh di atas petunjuk Allah dan Rasul-Nya.

Dan itulah dia manhaj (prinsip) dan jalan dalam beragama dalam Islam ini, iaitu manhaj ahlus sunnah wal-jama’ah, sebuah jalan yang lurus yang wajib ditempuh oleh setiap yang menginginkan keselamatan.

Allah Ta’ala berfirman:

لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنْكُمْ شِرْعَةً وَمِنْهَاجًا

“Bagi setiap umat itu Kami jadikan bagi mereka syari’ah (aturan) dan minhaajaa (jalan yang terang)...” (Surah Al-Ma’idah, 5: 48)

Dalam ayat yang lain, Allah berfirman:

فَمَنْ تَبِعَ هُدَايَ فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

“Maka sesiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada ketakutan (kebimbangan) atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” (Surah Al-Baqarah, 2: 38)

Dalam ayat yang lain, Allah berfirman:

فَمَنِ اتَّبَعَ هُدَايَ فَلَا يَضِلُّ وَلَا يَشْقَى

“Maka sesiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, maka mereka tidak akan sesat dan tidak akan celaka.” (Surah Thoha, 20: 123)

Dalam sebuah hadis, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

وَجُعِلَ الذِّلَّةُ، وَالصَّغَارُ عَلَى مَنْ خَالَفَ أَمْرِي، وَمَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

“Dijadikan kerendahan dan kehinaan ke atas sesiapa yang menyelisihi perintahku. Dan sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk ke dalamnya.” (Musnad Ahmad, no. 5114. no. 5115)

Kemudian, dalam satu ayat, Allah Ta’ala berfirman:

وَالسَّابِقُونَ الْأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

“Orang-orang yang terdahulu lagi yang paling awal masuk Islam (generasi sahabat) dari golongan muhajirin dan anshar, dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah, dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang ada sungai-sungai mengalir. Mereka kekal abadi di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.” (Surah at-Taubah, 9: 100)

Atas sebab itu jugalah, Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah (Wafat: 241H) menegaskan salah satu dari prinsip-prinsip ahlus sunnah wal-jama’ah yang paling penting adalah:

“Prinsip Ahlus Sunnah di sisi kami adalah dengan tetap teguh di atas jalan hidup para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan menjadikan mereka sebagai contoh ikutan (qudwah) dalam beragama.” (Ushulus Sunnah, no. 1-2)

Demikian seluruh imam-imam ahlus sunnah yang lainnya, termasuklah Imam Abu Muhammad Al-Hasan bin ‘Ali Al-Barbahari rahimahullah (Wafat: 329H) dalam kitabnya, Syarhus Sunnah (m/s. 21):

فمن السنة لزوم الجماعة و من رغب غير الجماعة وفارقها فقد خلع ربقة الإسلام من عنقه وكان ضالا مضلا والأساس الذي بينا عليه الجماعة هم أصحاب محمد صلى الله عليه و سلم رحمهم الله أجمعين وهم أهل السنة والجماعة فمن لم يأخذ عنهم فقد ضل وابتدع وكل بدعة ضلالة

“Sesiapa yang berpegang dengan As-Sunnah, dialah yang melazimi al-jama’ah (termasuk dalam kumpulan kebenaran). Dan sesiapa yang cenderung kepada selain Al-jama’ah dan menyelisihinya, maka dia telah melepaskan tali Islam dari bahunya sehingga dia menjadi sesat dan menyesatkan. Dan asas ukuran kebenaran al-jama’ah adalah dengan melihat para sahabat Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, semoga Allah merahmati mereka semua. Mereka adalah Ahlus Sunnah wal-jama’ah. Sesiapa yang tidak mengambil kebenaran daripada mereka, maka ia telah memilih jalan kesesatan dan agama yang diada-adakan (bid’ah). Setiap yang diada-adakan (bid’ah) dalam beragama  adalah sesat.” (Syarhus Sunnah, 21/1-2)

Jadi ketahuilah bahawa, manhaj atau jalan inilah yang akan mempersatukan kaum muslimin dengan ikatan yang kuat sehingga akan menghantarkan mereka kepada kejayaan baik di dunia mahupun di akhirat.

Dengan sebab inilah mereka akan menjadi kuat, dan dengan sebab inilah pertolongan dari Allah akan turun ke atas mereka.

Mereka adalah orang-orang yang terhindar dari bid’ah-bid’ah dan kesesatan.

Fahami lebih lagi tentang hakikat hal ini secara tuntas dalam buku yang kami sediakan ini. Tentang hakikat manhaj dan jalan yang harus ditempuh dan dipegang erat-erat oleh seluruh kaum muslimin dalam menjalani keagamaan mereka. Dapatkankan ia, teliti dan tekuni, kemudian fahami, dan sebarkanlah kepada yang lain.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net