Judul: Rahasia Barli dan Talbinah | Penulis: Dr. Shahba’ Muhammad Bunduq | Penerbit: Thibbia | Berat: 400g | Muka Surat: 190 m/s. (Soft Cover). [Disediakan oleh krew Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]
Sebahagian tanaman mungkin terlihat sangat sederhana dan tidak bernilai di mata sebahagian kita, sehingga kita pun kurang mengambil peduli, tidak punya minat, sekaligus meremehkannya.
Namun, dengan pengamatan dan penelitian yang bijaksana pasti akan menyingkapkan kepada kita banyak khazanah kesihatan terpendam yang kita injak (terlepaskan) saat menapaki jalan menunju peradaban masa kini. Kita dibuai dengan lemak, kolestrol, gula, usus yang kotor, ditambah pula dengan keadaan spritual yang kacau.
Sedarkah kita bahawa apabila semakin hebatnya perkembangan kemajuan peradaban teknologi manusia hari ini khasnya dalam bidang pemakanan, maka bersamaan dengan itu akan turut diikuti dengan peningkatan jumlah penyakit yang belum pernah dideritai oleh manusia sebelum memasuki era industri dan teknologi makanan seperti hari ini.
Kita hari ini telah menelan pelbagai hasil makanan yang terhasil dari konon kebijaksanaan teknologi genetik, kejuruteraan makanan, menelan hasil makanan yang diolah dengan pelbagai bahan kimia sintetik, semburan racun serangga, dan pelbagai lagi bentuk adunan yang kononnya untuk mendapat nilai rasa dan kualiti.
Kemudian, melalui dunia perubatan moden pula, kita dihidangkan dengan ratusan kapsul antibiotik dan ratusan pil untuk mengatasi flu (selesema), mengawal tekanan darah, menstabilkan kadar gula dalam badan, sedangkan setiap hari kita mendengar dan membaca tentang kesan sampingan ubat-ubatan tersebut. Malah, sejak saat lahir ke dunia sahaja anak-anak kita telah disuntik dengan pelbagai macam bahan kimia atas alasan menjaga kesihatan.
Sampai-sampai pada hari ini, ramai sekali yang telah diterjang badai penyakit berganda-ganda, gugur sebagai korban teknologi dan gaya hidup moden.
Dari itu, Tahukah kita bahawa tubuh kita ini umumnya adalah hasil dari apa yang kita makan? Dan boleh dikatakan bahawa sakit atau sihatnya kita adalah bergantung kepada hasil amalan pemakanan kita?
Khazanah Pemakanan
Salah satu khazanah klasik yang kian luput dari perhatian manusia, namun tidak luput dari tajamnya pandangan kenabian adalah Talbinah; minuman atau makanan sihat hasil dari tepung barley yang belum terpisah dari kulitnya.
Barley (Asy-Sya’iir/الشَّعِيرِ) telah disebutkan dalam Al-Qur’an walaupun tidak secara langsung, dan disebutkan pula dalam As-Sunnah secara langsung. Dalam Al-Qur’an, barley disebutkan dalam cakupan ayat yang menyentuh makanan berupa biji-bijian atau bijirin (sereal). Allah menyebutkan makanan jenis ini dalam cakupan ayat-ayat nikmat. Allah Ta’ala berfirman (maksudnya):
“Bebijian (bijirin) berkulit dan bunga-bunga yang harum baunya. Maka nikmat Rabb-mu yang manakah yang kamu dustakan?” (Surah Ar-Rahman, 55: 12-13)
Di antara isyarat lain yang menunjukkan barley termasuk tanaman atau makanan yang istimewa adalah apabila Allah Ta’ala memasukkannya sebagai salah satu makanan bijirin yang wajib dikeluarkan zakat padanya selain gandum.
Barley adalah sejenis hasil tanaman atau pertanian paling tua yang dikenal sejak zaman peradaban manusia terdahulu lagi, iaitu zaman sebelum masehi lagi. Barley memiliki keupayaan untuk hidup dalam pelbagai karektor iklim termasuk iklim yang kering lagi panas, dan penanamannya hampir tidak memerlukan air.
Ia juga mampu hidup di kawasan sekitar kutub utara, iaitu di tempat-tempat yang terkenal sejuk dan dingin.
Di era mesir kuno, atau di wilayah mesir kuno, barley merupakan salah satu sumber makanan yang paling penting, kerana ia digunakan sebagai bahan pembuatan roti dab bir.
Barley juga diyakini sebagai tumbuhan pertama yang ditanam di Ethiopia (Habsyah) atau Afrika dan Asia Tenggara sejak 4000 hingga 5000 tahun sebelum Masehi.
Kemudian terdapat pelbagai isyarat yang menunjukkan barley telah ditanam di Asia Barat sejak 7000 tahun sebelum Masehi. Adapun di negara-negara Eropah, barley hanya mula ditanam sejak 2800 tahun sebelum Masehi.
Pada hari ini, hasil barley dihasilkan atau dikeluarkan di hampir lebih dari 100 buah negara. Di antara pengeluar utama barley hari ini adalah seperi Russia, Ukraine, Perancis, German, Sepanyol, Australia, Canada, Turkey, dan United Kingdom.
Buku di hadapan kita ini membahaskan kebiasaan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam mengadun dan menyediakan resepi barley, sama ada menjadikannya sebagai roti, sup, atau minuman. Dan Nabi sendiri juga turut menyarankan kepada para sahabatnya untuk mengambil barley ini, khasnya talbinah untuk perkara perubatan, rawatan kesedihan (gangguan kemurungan), dan keresahan.
Hasil-hasil terkini menjelaskan lagi hakikat tersebut dengan mengungkap bukti-bukti ilmiyah mengenai gizi, zat, dan khasiat perubatan yang terkandung di dalam biji-bijian barley dan talbinah.
Di antara cakupan topik yang dibahaskan buku ini adalah seperti:
1, Data ilmiyah berkaitan latar belakang barley.
2, Kandungan atau komposisi zat yang terkandung dalam barley.
3, Anatomi biji barley.
4, Khasiat kulit barley.
5, Mengenal talbinah.
6, Perbezaan antara air barley dengan talbinah.
7, Barli dalam makanan Nabi.
8, Berubat dengan barley dan talbinah.
9, Barley sebagai makanan.
10, Barley dan nilai perubatan dari kacamata sains.
11, Pelbagai cara penyediaan barley.
12, dan selainnya. [Disediakan oleh krew Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]