Judul: Bid’ah Hasanah; Mengenal Bid’ah & Sunnah | Penulis: Firanda Andirja | Penerbit: Nashirussunnah | Berat: 300g | Muka Surat: 262 m/s. (Soft Cover)
Sebagaimana dalam sebuah hadis, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الْمَهْدِيِّينَ الرَّاشِدِينَ، تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ، وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الْأُمُورِ، فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ، وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ
“Hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah Al-Khulafa’ Al-Mahdiyyin Ar-Rasyidin setelah peninggalanku. Pegang dan gigitlah ia walau dengan geraham kalian dengan sekuat-kuatnya, dan jauhilah hal-hal (amalan-amalan agama) yang baru (yang diada-adakan), kerana setiap amalan baru yang diada-adakan itu adalah bid’ah, dan setiap bid’ah itu adalah sesat.” (Sunan Abu Daud, no. 4607)
Dalam hadis yang lain, beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menegaskan:
أَمَّا بَعْدُ، فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللهِ، وَخَيْرُ الْهُدَى هُدَى مُحَمَّدٍ، وَشَرُّ الْأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا، وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ
“Sebaik-baik perkataan adalah Kitabullah (Al-Qur’an), dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (Shallallahu ‘alaihi wa Sallam), dan seburuk-buruk perkara (dalam agama) adalah apa yang diada-adakan lalu disandarkan kepada agama (iaitu bid’ah), dan setiap bid’ah itu adalah kesesatan.” (Shahih Muslim, no. 867)
Demikianlah perkataan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berkaitan bid’ah. Namun, apakah dia yang dimaksudkan dengan bid’ah tersebut? Apakah memang setiap bid’ah itu sesat, tanpa pengecualian? Wujudkah pembahagian-pembahagian bid’ah sebagaimana dikhabarkan sebahagian orang? Wujudkah bid’ah yang hasanah (baik)?
InsyaAllah, jawaban bagi pertanyaan-petanyaan tersebut ada dibawakan dan dijabarkan oleh buku ini.