Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Mati Tersenyum Esok Pagi

Mati Tersenyum Esok Pagi
Terbitan: Shafa Publika
Product Code: Shafa Publika
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 21 x 16 x 1.2

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM18.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Mati Tersenyum Esok Pagi | Judul Asal: - | Penulis: Abu Umar Basyier | Penerbit: Shafa Publika | Berat: 280g | Muka Surat: 236 m/s. (Soft cover)


Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

“Setiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji dengan keburukan dan kebaikan sebagai fitnah (ujian). Dan hanya kepada Kami-lah kamu dikembalikan.” (Surah al-Anbiya’, 21: 35)

Bersediakan anda mati esok pagi? Anda tak perlu menjawabnya sekarang. Tangguhkan jawaban anda setelah selesai membaca buku ini.

Penulis sama sekali bukan untuk membawakan hal-hal yang baru bagi para pembaca, tetapi yakinlah bahawa akan banyak hal-hal mungkin baru saja anda menyedarinya. Atau lebih tepat, kita sedarinya bersama tatkala menela’ah buku atau risalah ini dari halaman demi halaman.

Kerana, soal kematian adalah suatu hal yang pasti, tak seorang pun yang mampu menafikannya. Ia boleh datang bila sahaja, tanpa disangka, di mana jua.

Kita tidak pernah dikejutkan mendengar berita kematian kalau itu hanya soal bahawa yang mati adalah orang yang sudah tua, atau masih kanak-kanak, orang miskin, atau orang super kaya, rakyat jelata, atau orang yang punya populariti. Soal kematian bagi tokoh tertentu bagi kita sama sahaja dengan kematian seorang pengemis di kaki lima jalanan.

Tapi kita mungkin akan terkejut saat kita harus menerima kesan dari kematian seseorang yang mungkin ia adalah ibu kita, ayah, saudara, atau teman dekat kita. Keterkejutan itu lebih kepada ketidakpastian kita rupanya kita sudah berpisah dari orang yang selama ini selalu berkumpul dan duduk bersama dengan kita, berbanding pada hakikat kematian itu sendiri.

Maka jangan hairan kalau seseorang merasa jauh lebih sedih saat ditinggal mati oleh ayahnya yang boleh jadi hanya seorang pemotong rumput di jalanan, berbanding saat mendengar berita kematian seorang tokoh pemimpin terkenal.

Inilah soal naluri fitrah yang semakin membuktikan bahawa anda pun tidak akan terkejut mendengar peristiwa kematian yang seheboh apa pun, melainkan pada perkara yang mengusik kehidupan anda seharian, yang benar-benar dekat dengan anda.

Maka, buku ini tidak akan menghadirkan hal-hal yang baru tentang soal kematian. Melaui buku ini, penulis mengajak anda untuk sekadar memandang hakikat kematian itu dari sudut pandang berbeza, kerana hal tersebut akan memberi pengaruh yang penting untuk menentukan dua hal sekaligus:

Pertama, agar anda dapat hidup tanpa rasa takut terhadap kematian, namun tetap memiliki kesediaan untuk menghadapinya. Hidup seperti itu adalah hidup yang paling berkualiti. Manusia tidak akan pernah menikmati hidup, apabila sentiasa dirundung ketakutan terhadap kematian.

Kedua, agar kematian kita berbeza dari kematian kebanyakan orang yang hanya hidup untuk hidup itu sendiri. Hendaklah kematian kita itu lebih bernilai dan bererti, kerana menjadi awal permulaan kepada kehidupan yang baru. Sehingga mungkin mati di bawah himpitan batu, terpaan badai, atau hujan peluru sekalipun, kita boleh mati dengan tersenyum (redha).

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net