Judul: Inilah Ulama Tokoh Reformasi Islam | Judul Asal: Min A’lamil Mujaddidin | Penulis: Syaikh Dr. Soleh bin Fawzan Al-Fawzan | Penerbit: Al-Huda Media Islami | Berat: 200g | Muka Surat: 220 m/s. (Soft cover)
Sebagaimana dalam sebuah hadis, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Sesungguhnya Allah mengutus untuk umat ini pada hujung setiap seratus tahun, orang yang memperbaharui (mereformasikan) agama-Nya untuk mereka.” (Sunan Abi Daud, no. 4291)
Bertitik-tolak dari hadis ini, tidak sedikit dari kelompok umat Islam tertentu yang mendakwakan bahawa tokoh mereka masing-masinglah yang dimaksudkan oleh hadis ini. Sedangkan kebanyakan tokoh-tokoh tersebut telah menampakkan kepada manusia umumnya, akan pemikiran dan pendapatnya yang menyimpang jauh dari kebenaran agama.
Dan hal ini tidak dapat dilihat dan difahami melainkan oleh para ulama yang kukuh di atas ilmu dan dan manhaj agama yang benar.
Maka di sini, ini adalah sebuah buku dengan judul (asal) “Min A’lamil Mujaddidin”, susunan seorang ulama kibar ahlus sunnah zaman ini, iaitu Syaikh Dr. Soleh bin Fauzan Al-Fauzan hafidzahullah.
Kerana banyaknya kaum muslimin yang tidak mengenal makna tajdid atau reformasi yang benar, maka mereka pun salah dalam memberikan gelar reformer (mujaddid atau pembaharu) ini kepada seseorang.
Kesannya, orang-orang yang menyerukan kebathilan dan kesesatan pula yang dianggap sebagai reformer agama. Sedangkan yang mengajak kepada kebenaran dan sunnah, ditohmah sebagai sesat dan mengancam umat.
Dari itu, dengan terbit terjemahan buku ini, semoga ia mampu menjadi sebahagian dari usaha penjernihan dan pencerahan terhadap salah faham ini, sekaligus meluruskan kefahaman yang salah yang banyak beredar di kalangan masyarakat.
Semoga bermanfaat.