Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Biografi Abu Bakar Ash-Shiddiq

Biografi Abu Bakar Ash-Shiddiq
Terbitan: Pustaka Al-Kautsar
Product Code: Pustaka Al-Kautsar
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.5 x 16.8 x 3.4

ISBN: 9789795926191
Availability: In Stock
Price: RM74.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Biografi Abu Bakar Ash-Shiddiq | Judul Asal: Abu Bakr Ash-Shiddiq; Syahshiyatuhu wa ‘Ashruhu | Penulis: Prof. Dr. Ali bin Muhammad Ash-Shalabi | Penerbit: Pustaka Al-Kautsar | Berat: 1.1kg | Muka Surat: 690 m/s. (Hard cover) ISBN: 978-979-592-619-1 |


Sejarah era Al-Khulafa’ Ar-Rasyidin penuh dengan pelajaran dan ‘ibrah, namun semuanya tersebar dan tersimpan secara berselerakan di pelbagai kitab, buku-buku hadis, manuskrip, sumber, dan rujukan-rujukan sejarah lainnya. Dari itu, adalah menjadi suatu keperluan bagi kita untuk melakukan telahan, catatan, pengumpulan, kompilasi, analisa, dan penyusunan secara sistematik agar mudah dijadikan sebagai rujukan, sebaran, dan sumber semakkan.

Kerana sejarah kekhilafahan jika dibentangkan dengan baik, maka ia akan menjadi sangat efektif dalam membekalkan kekuatan semangat dan motivasi terhadap jiwa-jiwa yang menekuninya, malah akan memberikan banyak sekali input pendidikan, teladan, contoh, pelajaran dan ilmu-ilmu bermanfaat.

Sekaligus kita juga akan mengenal dengan lebih dekat dan erat tentang kehidupan generasi pilihan, iaitu generasi pertama umat Islam sebagaimana yang disebutkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam firman-Nya:

“Orang-orang yang terdahulu lagi yang paling awal masuk Islam (generasi sahabat) dari golongan Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka Syurga yang ada sungai-sungai mengalir. Mereka kekal abadi di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.” (Surah at-Taubah, 9: 100)

Dalam sebuah hadis, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengkhabarkan:

“Sebaik-baik umatku adalah generasi yang aku diutus di tengah-tengah mereka.” (Shahih Muslim)

Kemudian, adapula atsar dari sahabat Nabi sendiri iaitu ‘Abdullah B. Mas’oud radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

“Sesiapa di antara kamu mengikuti sunnah (bimbingan), maka  ikutilah jejak bimbingan orang yang telah wafat kerana orang yang masih hidup tidak terlepas dari fitnah. Mereka adalah para sahabat Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Mereka adalah orang yang paling baik hatinya, paling dalam ilmunya, serta paling sedikit takallufnya (tidak merasa terbeban dengan syari’at). Mereka adalah kaum yang dipilih oleh Allah untuk berdampingan dengan Nabi-Nya dan menegakkan agama-Nya. Maka kenalilah kelebihan dan jasa-jasa mereka, ikutilah mereka, dan ambillah akhlak serta agama mereka kerana sesungguhnya mereka berada di atas landasan hidayah yang lurus.” (Ibnu ‘Abdil Bar, Jaami’ al-‘Ilm wa Fadhlihi, m/s. 368)

Para sahabat adalah orang-orang yang mempelajari langsung, mengaplikasikan, menerapkan, mengimplementasikan, dan mengajarkan serta menyebar-luaskan sunnah-sunnah Nabi-Nya dan agama Allah yang mulia ini. Sehingga tersebarlah agama ini ke penjuru Timur dan Barat dunia. Maka, zaman mereka adalah sebaik-baik zaman. Suatu zaman yang dipenuhi dengan ilmu, zaman diturunkannya Al-Qur’an, zaman kenabian, zaman yang dipenuhi dengan para ulama, zaman yang teguh keimanannya, dan merupakan sebuah zaman yang gemilang dengan cahaya kebenaran (tauhid).

Sejarah mereka adalah sebuah kekayaan harta berupa ilmu yang sentiasa dicari dan digali oleh orang-orang yang mendambakan keteladan terbaik, iaitu buat mereka yang mencari jalan yang lurus menuju Allah.

Dengan itu, melalui sejarah yang agung ini, para generasi penerus akan dapat menemukan apa yang mampu membantu mereka dalam melanjutkan perjalanan mereka mengharungi pelbagai tribulasi kehidupan di atas manhaj dan jalan yang benar, iaitu jalan petunjuk dan tuntunan yang lurus. Demi sebuah misi, tugasan, dan tujuan persinggahan mereka di dunia ini. Sebuah sumber telaga yang mampu menghilangkan dahaga kehidupan dan sebagai cahaya yang menerangi jalannya.

Musuh-musuh agama seumpama Yahudi, Nashrani, kalangan sekularisme, kumpulan Marzisme, kaum Rafidhah, dan yang seangkatan dengan pemikiran mereka ini memang memahami hakikat dan fungsi sejarah dalam membentuk jati diri seseorang atau sesuatu kaum. Maka mereka pun berusaha memanipulasi dan memesongkan banyak dari fakta-fakta sejarah sehingga menjadikan sebahagian dari generasi Islam hari ini ragu dan punya tanggapan negatif dalam sebahagian perkara agama mereka. Sehingga akhirnya sebahagian dari sejarah Islam dilihat seolah-olah sebuah sejarah yang buruk, ganas, kelam, dan gagal dilihat sisi keindahannya oleh sebahagian orang hasil kerja-kerja tangan kaum yang jahat dan hilangnya sikap kehati-hatian dalam mengambil fakta.

Maka dari sinilah, pentingnya kita mengambil dan menyediakan suatu susunan dan analisa yang sistematik sebagai rujukan yang baik khasnya untuk para penuntut ilmu dan golongan awam. Agar sejarah Islam dapat difahami oleh mereka secara murni dan jauh dari tanggapan yang negatif.

Seterusnya, dari sinilah pentingnya menyusun dan menulis sejarah Islam dengan jalan dan manhaj ahlus sunnah wal-jama’ah. Mengasingkan secara ilmiyah dan kritis antara riwayat-riwayat sejarah yang sahih, maqbul, dha’if, mahupun maudhu’ (palsu). Lalu seterusnya membentangkannya dalam bentuk yang segar dan mudah difahami.

Dan buku ini adalah salah satu darinya. Sebuah permulaan dalam menyahut cabaran dan tugasan tersebut. Dimulakan dengan sejarah seorang khalifah yang ulung, manusia pilihan setelah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Iaitu sejarah seorang khalifah yang menduduki carta pertama dalam jajaran khulafa’ Ar-Rasyidin. Beliau adalah kekasih dan orang kepercayaan Rasulullah, seorang sahabat merangkap mertua Rasulullah.

Kata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

“Sekiranya aku ingin mengambil seorang khalil, nescaya Abu Bakr-lah orangnya. Akan tetapi beliau adalah saudara dan sahabatku.” (Shahih Al-Bukhari, no. 3656)

Rasulullah juga pernah berpesan, kata beliau:

“Teladanilah dua orang setelahku, iaitu Abu Bakr dan ‘Umar.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 3663)

Kemudian, ‘Umar bin al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu pula pernah berkata terhadap Abu Bakr, kata beliau:

“Engkau adalah pemimpin kami, individu yang paling baik di antara kami, dan orang yang paling dicintai oleh Rasulullah di antara kami.” (Shahih Al-Bukhari, no. 3668)

Demikian pula kata ‘Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu, ketika beliau ditanya oleh – Muhammad bin Al-Hanafiyah:

“Siapakah orang terbaik setelah Rasulullah?” Maka jawab ‘Ali, “Abu Bakr Ash-Shiddiq.” (Shahih Al-Bukhari, no. 3671)

Sesungguhnya kehidupan Abu Bakr Ash-Shiddiq adalah sebuah lembaran yang penuh pesona, bersinar, dan meng-ungguli catatan-catatan sejarah tokoh-tokoh ilmuan dan para pemimpin yang lainnya. Sejarah Abu Bakr merakamkan sebuah catatan keperibadian manusia yang luhur, tulus, teguh, istiqomah, penuh kewibawaan, gah di medan jihad, dan kepimpinan yang gemilang.

Di buku ini, penulis menghimpunkan dari hal-hal tersebut berdasarkan pelbagai sumber-sumber rujukan sejarah, hadis, riwayat, atsar, kitab-kitab biografi, dan seumpamanya. Penulis berusaha menela’ah dan melakukan pelbagai pemerhatian dari sumber-sumber terpercaya terkait sifat-sifat Abu Bakr, nasab beliau, keutamaan-keutamannya, kredibilitinya, karektornya, keteguhannya dalam agama, keislamannya, perjuangan beliau bersama Rasulullah, hijrah beliau, biografi beliau, dakwah beliau, aksinya di medan perang dan jihad bersama Rasulullah, kehidupan sosialnya, siyasahnya, kepimpinannya, sikap beliau dalam perselisihan, dan perjalanan-perjalanan sejarah beliau lainnya.

Penulis juga berusaha menelusuri pelbagai bentuk salah faham terhadap Abu Bakr yang timbul dari penyelewengan terhadap fakta-fakta sejarah tertentu.

Penjelasan tentang fasa-fasa dan kejadian riddah (gerakkan murtad) di zaman Abu Bakr juga turut diangkat; penulis jelaskan punca dan sebab-sebabnya, bentuk-bentuknya, awal kemunculannya, tokoh-tokohnya, sikap Abu Bakr terhadap hal tersebut, sekaligus tindakan dan solusi yang diambil oleh Abu Bakr saat itu.

Dan banyak lagi rakaman kisah dan sirah perjalanan tokoh ulung seorang khalifah bernama Abu Bakr Ash-Shiddiq radhiyallahu ‘anhu ini. Sebahagiannya telah pun dicatat, dituangkan, dan dibentangkan oleh penulis ke dalam buku ini. Dari awal keislaman beliau, sampailah ke saat dan detik-detik kewafatan beliau. Bersamaan dengan itu, kisah-kisah dan suasana masyarakat di era tersebut juga turut dirakam dan dibentangkan penulis ke dalam bukunya ini.

Selain itu penulis turut membentangkan kesimpulan-kesimpulan penting, ibrah, pelajaran, dan sejumlah manfaat atau faedah dari kisah-kisah terkait Abu Bakr Ash-Shiddiq ini.

InsyaAllah, sama-sama kita amati dan saksikan.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net