Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Tarikh Daulah ‘Abbasiyyah

Tarikh Daulah ‘Abbasiyyah
Terbitan: Hikmah Ahlus Sunnah
Product Code: Hikmah Ahlus Sunnah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 21 x 14 x 0.9

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM18.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Tarikh Daulah ‘Abbasiyyah | Judul Asal: Tarikh Ad-Daulah Al-‘Abbasiyyah | Penulis: Universiti Imam Muhammad Su’ud Al-Islamiyyah, Riyardh (‘Arab Saudi) | Penerbit: Hikmah Ahlus Sunnah | Berat: 250g | Muka Surat: 229 m/s. (Soft cover)


Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):

“Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu akan Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran).” (Surah Ali ‘Imran, 3: 140)

Pada seperempat pertama dari abad kedua Hijriyyah, kekuasaan Bani Umayyah mulai melemah. Di saat itu pulalah Bani ‘Abbas mula membangun kekuatan mereka. Proses perebutan kekuasaan berakhir dengan runtuhnya Daulah Umawiyyin dan berdirinya Daulah ‘Abbasiyyah pada tahun 132H (750M).

Masa pemerintahan para khalifah dari Daulah ‘Abbasiyyah merentang panjang selama 5 abad lamanya, sebelum akhirnya runtuh pula akibat serbuan tentera Monggol.

Demikianlah sunnatullaah yang berlaku atas para hamba-Nya. Kekuasaan itu Allah gilirkan di antara manusia, sebagai sebuah ketetapan dari Al-amin Al-Hakim, yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Buku ini mengupas sejarah berdirinya Daulah ‘Abbasiyyah dengan pelbagai bentuk peristiwa yang terjadi ketika berlangsungnya pergelutan dengan Bani Umayyah. Dilanjutkan dengan menceritakan para khalifah Daulah ‘Abbasiyyah hingga khalifah yang terakhir. Kisah-kisah mereka selama memimpin kaum muslimin diiringi dengan pelbagai peristiwa-peristiwa penting yang terjadi selama kekuasaan mereka. Tidak luput, turut dikupas adalah pelbagai bentuk kemajuan dan pencapaian yang berjaya mereka capai dalam pelbagai bidang sepanjang pemerintahan mereka yang bermanfaat untuk kaum muslimin.

Semua peristiwa dan fakta sejarah dipaparkan dengan benar, insyaAllah. Ini dibentangkan dengan bukti yang kuat dan riwayat-riwayat yang sahih. Semoga para pembaca dapat memetik pelajaran dari sejarah generasi umat Islam yang terdahulu, serta menjadikannya sebagai motivasi dan iktibar dalam meniti Shiraathal mustaqiim.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net