Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Fikih Ekonomi Umar bin Al-Khathab

Fikih Ekonomi Umar bin Al-Khathab
Terbitan: Khazanah Islamiah
Product Code: Khalifa
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.6 x 16.4 x 3.8

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM80.00 RM58.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Fikih Ekonomi Umar bin Al-Khathab | Judul Asal (‘Arab): Fiqh Al-Iqtishadi li Amiril Mukminin ‘Umar Ibn Al-Kahththab | Penulis: Dr. Jaribah bin Ahmad Al-Haritsi | Tahqiq: - | Penterjemah: H. Asmuni Solihan Zamakhsyari, Lc. | Penerbit: Khalifa | Berat: 1.1kg | Muka Surat: 791 m/s. (Hard Cover). [Disediakan oleh Team Atsar IlmuSunnah]


Ini adalah sebuah buku ilmiyah dari satu hasil thesis phd penulis di Universiti Ummul Qura (Saudi ‘Arabia). Ia membentangkan dasar, manhaj, dan corak perekonomian Khalifah ‘Umar bin Al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu.

Secara umum, buku ini mengemukakan perbahasan sumber ekonomi dan pendapatan negara, produktiviti (penghasilan), dan pembinaan ekonomi di zaman ‘Umar, penjagaan dalam timbangan, penyebaran hasil, pentadbiran ekonomi negara, pemberian gaji kepada kakitangan di zaman ‘Umar, cabaran-cabaran perekonomian, institusi ketenteraan, agihan-agihan hasil dan kekayaan, penjagaan hak rakyat berbilang latar belakang, hasil peperangan dan pembahagiannya, sistem matawang dan pengurusannya di zaman ‘Umar, krisis dan perubahan ekonomi di zaman ‘Umar, hubungan ekonomi antara negara-negara, pengembangan ekonomi dalam dan luar negara ketika itu, pengendalian pertanian dan pemasaran, zakat dan agihannya, penjagaan harta negara, kawalan terhadap pasar-pasar, pengawasan dan aturan kerja, perlindungan perniagaan, galakkan perniagaan, pengembangan politik dan dakwah, dan banyak lagi lainnya.

Semua ini dibahas, dikaji, diteliti, dan dibentangkan dalam sebuah buku yang ilmiyah lengkap dengan rujukan hadis, atsar, dan sumber-sumber sejarah yang autentik.

Keutamaan ‘Umar al-Khaththab

Beliau adalah termasuk khalifah Al-Rasyidin yang mana kita diperintahkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam agar mengikuti dan berpedoman kepada sunnah-sunnah mereka.

Malah dalam sebuah hadis, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Ikutilah dua orang setelahku, iaitu Abu Bakr dan ‘Umar.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 3663)

Telah dimaklumi di kalangan sarjana bahawa ‘Umar radhiyallahu ‘anhu dengan tempoh lamanya masa pemerintahan beliau dan kondusifnya urusan dalam negeri yang dipimpinnya, maka Allah Ta’ala memberikan kepadanya apa yang tidak diberikan-Nya kepada Abu Bakr radhiyallahu ‘anhu.

Penaklukan wilayah berlaku dengan pesat di zaman ‘Umar, banyak manusia yang masuk ke dalam Islam dari pelbagai bangsa dan wilayah. Harta kekayaan pun mengalir dengan pesat ke dalam negara, banyak berlaku peristiwa-peristiwa baru yang tidak terdapat nash-nya secara khusus dari Al-Qur’an mahupun As-Sunnah, lalu ‘Umar pun melakukan ijtihad-ijtihad bagi mengendalikannya, sehinggalah dengan hal tersebut nama ekonomi Islam pun menjadi luas dan berkembang dengan keilmuan dan fiqh ‘Umar Al-Khathtab radhiyallahu ‘anhu. Lalu hal tersebut pun tersebar dan difahami oleh para sahabat lainnya dan kaum muslimin secara umum ketika itu sampailah sekarang.

Ini adalah sebagaimana hadis Nabi, beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Aku bermimpi, bahawa aku melepas timba di pagi hari di sebuah telaga, lalu Abu Bakr datang dan mengambil satu atau dua timba dengan tenaga yang kurang bermaya, dan Allah mengampuni beliau.

Kemudian datang ‘Umar bin Al-Khaththab lalu mengambil timba telaga tersebut, dan aku tidak melihat orang yang cerdas yang sangat bagus dalam beramal sepertinya sehingga orang ramai menjadi segar dan mereka pergi ke kandang-kandang unta mereka untuk memberikan minum kepada unta-unta mereka.” (Shahih Al-Bukhari, no. 3676)

Kemudian dalam hadis yang lain, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Sesungguhnya telah ada dalam umat-umat sebelum kamu orang-orang yang diberikan ilham. Dan bila dalam kalangan umatku terdapat seseorang yang demikian, maka ‘Umar bin al-Khaththab termasuk dari kalangan mereka.” (Shahih Al-Bukhari, no. 3689)

Kemudian dalam hadis yang lain, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Sesungguhnya Allah menjadikan kebenaran pada lisan ‘Umar dan hatinya.” (Musnad Ahmad, no. 5123)

Dan jika ingin disebutkan, nescaya amat banyak lagi keutamaan-keutamaan yang dimiliki ‘Umar. Selain dari persaksian wahyu, beliau juga mendapat banyak sekali persaksian dari kalangan sahabat dan tabi’in ketika itu yang terakam dan diriwayatkan secara sahih. Pada zaman beliau, umat Islam sangat ramai dan benteng Islam begitu teguh. Umat Islam sepakat mentaati beliau, dan wibawa beliau terakam indah dan kukuh sampai ke hari ini.

Fiqih ‘Umar radhiyallahu ‘anhu mencakup pelbagai bidang di mana telah ditulis banyak sekali risalah dan kajian fiqh ‘Umar ini dalam pebagai bidang dan disiplin ilmu. Di antaranya adalah bidang kepolitikan, siyasah, atau pemerintahan, kemudian bidang pengurusan, ekonomi, pengadilan, pendidikan, dakwah, dan ketenteraan. Ini semua sama banyaknya risalah, riwayat dan kajian terhadap beliau dalam bidang aqidah, ibadah, mu’amalah, adab, dan selainnya.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net