Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Al-Jawabul Kafi, Solusi Al-Qur’an Mengatasi Masalah Hati

Al-Jawabul Kafi, Solusi Al-Qur’an Mengatasi Masalah Hati
Terbitan: Al Qowam
Product Code: Al-Qowam
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 23.8 x 16.2 x 3.8

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM62.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Al-Jawaabul Kaafi, Solusi Al-Qur’an Mengatasi Masalah Hati | Judul Asal (‘Arab): Al-Jawaabul Kaafii | Penulis: Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) | Tahqiq dan Takhrij: Mushthafa bin Muhammad Abu Thalib | Penerbit: Al-Qowam | Berat: 950g | Muka Surat: 563 m/s. (Hard Cover)


Al-Jawaabul Kaafi atau dikenali juga dengan judul nama Ad-Daa’ wa Ad-Dawaa’, ia adalah salah satu buku Ibnul Qayyim yang mendapat perhatian besar di kalangan penuntut ilmu. Ia termasuk sebuah buku yang membahaskan penyakit-penyakit hati dan penawarnya. Satu lagi siri buku bermanfaat dari Ibnu Qayyim rahimahullah yang mengupas sekitar isu tazkiyatun nufus (penyucian hati).

Dari Abi Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Tidaklah Allah turunkan satu penyakit, melainkan Dia turunkan penawarnya.” (Shahih al-Bukhari, no. 5678)

Dalam hadis yang lain, dari Jaabir radhiyallahu ‘anhu, bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila penyakit itu kena dengan ubatnya, penyakit pun akan hilang dengan izin Allah ‘Azza wa Jalla.” (Shahih Muslim, no. 2204. Bab: Setiap penyakit ada ubatnya, dan disukai berubat).

Dari ‘Abdullah bin Mas’oud, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Sesungguhnya tidaklah Allah ‘Azza wa Jalla menurunkan penyakit melainkan Dia juga menurunkan penawarnya. Tahulah sesiapa yang mengetahuinya, dan tidak mengetahui sesiapa yang tidak mengetahuinya.” (Musnad Ahmad, no. 4236)

Penyakit di sini meliputi segala bentuk atau jenis penyakit, termasuklah penyakit hati, ruhani, jiwa, dan jasmani dengan segala jenis penawarnya.

Kata Imam Ibnul Qayyim:

“Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menganggap kebodohan itu sebagai penyakit, sedangkan ubatnya adalah dengan bertanya kepada para ulama.”

Abu Daud dalam kitab Sunan-nya meriwayatkan hadis dari Jaabir bin ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhu bahawa beliau berkata:

“Kami pernah keluar dalam suatu perjalanan, lalu salah seorang di antara kami tertimpa batu sehingga kepalanya cedera parah. Ketika dia tidur, dia pun bermimpi basah. Maka orang itu pun bertanya kepada para sahabat, “Adakah kalian menemukan adanya rukhshah (keringanan) bagi kami untuk bertayammum sahaja?”

Maka mereka menjawab, “Kami tidak mendapatkan adanya rukhshah bagimu kerana engkau boleh mendapatkan air.” Lalu sahabat yang cedera itu pun mandi lalu akhirnya meninggal.

Ketika kami telah sampai di hadapan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, diceritakanlah kejadian tersebut. Lalu beliau pun bersabda:

“Mereka telah membunuhnya. Semoga Allah mengutuk mereka. Mengapa mereka tidak mahu bertanya jika tidak mengetahui? Sesungguhnya ubat dari kebodohan itu adalah bertanya. Sebenarnya cukuplah baginya jika bertayammum sahaja. Dia boleh membalut lukanya dengan sekerat kain, kemudian mengusap bahagian atasnya dan membasuh seluruh bahagian tubuhnya yang lain.” (Sunan Abi Daud, no. 336)

Dalam hadis ini Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menjelaskan bahawa kebodohan merupakan penyakit, sedangkan ubatnya adalah bertanya (kepada orang yang berilmu).

Allah Ta’ala telah menyatakan bahawa Al-Qur’an adalah penawar atau ubat. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):

“Jikalau Kami jadikan Al-Qur’an itu suatu bacaan dari selain bahasa ‘Arab tentulah mereka mengatakan: “Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya? Adakah (patut Al-Qur’an) itu dalam bahasa asing, sedangkan (Rasulullah) adalah orang ‘Arab?” Katakanlah: “Al-Qur’an itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman.” (Surah Fushilat, 41: 44)

Dalam ayat yang lain (maksudnya):

“Kami turunkan dari Al-Qur’an itu suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Surah Al-Israa’, 17: 82)

Kata “min” (dari) dalam ayat ini menunjukkan penegasan bahawa seluruh kandungan Al-Qur’an itu adalah penawar, bukan sekadar sebahagian darinya. Maka, Al-Qur’an itu seluruhnya adalah penawar.

Al-Qur’an adalah penawar bagi hati dari penyakit kebodohan, keragu-raguan, dan kebimbangan. Allah belum pernah menurunkan satu penawar pun dari langit yang lebih umum, lebih berguna, lebih agung, dan lebih mujarab untuk menghilangkan penyakit melebihi Al-Qur’an ini.

Maka, inilah dia buku karya Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) yang tampil menjelaskan, menghurai, dan menjabarkan hal-ehwal penyakit hati berserta terapi dan perawatannya.

Marilah kita membuat semakkan, telahan, dan muhasabah; agar kotor-kotor, sakit-sakit, dan kegusaran yang sering melanda jiwa dan hati-hati kita ini dapat ditelusuri, difahami, lalu diubati dengan penawar yang benar.

Ibnul Qayyim melalui bukunya ini menjelaskan antaranya:

1, Al-Qur’an sebagai penawar teragung.

2, Keajaiban doa.

3, Memahami hakikat doa dan tawakkal.

4, Dosa; kesan dan bahayanya terhadap para hamba.

5, Hukum syar’i dan qadari.

6, Hakikat syirik, berburuk sangka kepada Allah, sombong, maksiat, dan terapi rawatannya.

7, Hakikat cinta dan ertinya.

8, Kepelbagaian jenis cinta.

9, Pengaruh cinta.

10, Mabuk cinta.

11, Cinta yang bermanfaat.

Dan beberapa lagi lainnya.

Selamat membaca, menela’ah, dan introspeksi diri.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net