Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Kisah-kisah Menakjubkan Dari Perjalanan Sirah Tabi’in

Kisah-kisah Menakjubkan Dari Perjalanan Sirah Tabi’in
Terbitan: At-Tuqa
Product Code: At-Tuqa
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 23.6 x 16.1 x 2

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM48.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Kisah-kisah Menakjubkan Dari Perjalanan Sirah Tabi’in | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis: Abu ‘Abdillah Al-Watesi | Penerbit: At-Tuqa | Berat: 700gram | Muka Surat: 320 m/s. (Hard Cover)


Di antara langkah menuju sebuah kejayaan adalah dengan melihat dan meneliti sejarah yang telah berlalu. Mengambil contoh dan manfaat dari apa yang telah berlaku dari kegemilangan kehidupan manusia masa lalu. Lebih-lebih lagi sejarah itu adalah sejarah umat Islam dari kurun yang terbaik yang telah mendapat jaminan daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Kata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sebagaimana yang direkod dalam dua kitab Shahih:

“Sebaik-baik generasi manusia adalah generasi-ku (para sahabat), kemudian generasi berikutnya (generasi tabi’in), dan kemudian yang berikutnya (generasi tabi’ut tabi’in).”

Imam Abu Hanifah rahimahullah berkata:

“Membaca kisah-kisah para salaf (generasi awal umat Islam) lebih aku sukai daripada persoalan fiqh (hukum/hakam Islam).”

Ini adalah kerana, dengan memahami kisah-kisah para ulama generasi salaf, kita akan memperolehi lebih banyak, sama ada sejarah, contoh teladan, mahupun fiqh itu sendiri.

Dengan memahami sejarah ulama generasi awal juga akan membuka jalan kepada kita kepada agama. Kerana agama itu tidak akan sampai kepada kita melainkan melalui generasi terdahulu dan dengan mengenali mereka. Tanpa mengenali mereka, maka kita pun tidak tahu dari siapa mahu kita mengambil agama. Dan agama yang benar, diambil pula dari golongan yang terbaik. Imam Ibnu Sirin rahimahullah berkata:

“Ilmu adalah agama, maka lihatlah dari siapa kamu mengambil ilmu.”

Maka, dengan buku ini, insyaAllah anda mampu meneliti serba-sedikit perjalanan hidup dan contoh teladan dari generasi manusia terbaik dari kalangan Tabi’in yang telah berguru dan mengambil ilmu dari kalangan sahabat (anak didik Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam).

Di antara kisah yang dipaparkan dalam siri ini adalah tentang Mujahid bin Jabr, ‘Ikrimah maula Ibnu ‘Abbas, Malik bin Dinaar, Ibrahim An-Nakha’i, Ayyub As-Sakhtiyani, Muhamma bin Al-Munkadir, Qotadah bin Di’amah, Uwais Al-Qarni, Mutharrif bin ‘Abdillah, Muhammab Ibnu Syihab Az-Zuhri, Syaqiq bin Salamah, Zir bin Hubaisy, Al-Auza’i, Makhul, dan Al-A’masy. Iaitu dari kisah-kisah mereka yang sangat menakjubkan yang wajar untuk ikuti sebagai contoh. Baik sudut sejarah mereka, latar belakang mereka, ketekunan mereka dalam bidang ilmu, kekuatan hafalan mereka, kegeniusan mereka, ketegasan mereka, gaya hidup mereka, zuhud mereka, kesabaran mereka, penjagaan dan ketelitian mereka dalam bidang hadis, dan yang lainnya.

Dengan mengenali mereka, maka akan tertanamlah rasa cinta dan suka. Akan terasa mahu mencontohi mereka dan mengambil teladan dari mereka.

Semoga kita semua kelak di akhirat, dikumpulkan bersama orang-orang yang kita cintai sewaktu hidup di dunia ini dari kalangan para Nabi, para shiddiqin, syuhadaa’, dan para shalihin, walaupun kita belum pernah bertemu dengan mereka. Kerana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah ditanya tentang seseorang yang mencintai suatu kaum sedangkan ia belum pernah berjumpa dengan mereka, lalu beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun menjawab:

“Seseorang itu akan dikumpulkan bersama dengan orang yang dicintainya.” (Shahih Al-Bukhari dan Muslim)

Dari itu, perhatikanlah siapa orang-orang yang kita cintai, kasihi dan ambil sebagai contoh atau teladan kehidupan ini.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net