Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Kerajaan Bahrain VS Kudeta Syi’ah

Kerajaan Bahrain VS Kudeta Syi’ah
Terbitan: Too Bagus
Product Code: TooBagus (9(4))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.7 x 17.5 x 0.8

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM38.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Kerajaan Bahrain VS Kudeta Syi’ah | Judul Asal (‘Arab): Petikan Thesis berjudul “Harakatut Tasyayu’ fi Khalijil ‘Arabi” (Pergerakan Ajaran Syiah di Teluk Arab) | Penulis: Syaikh Dr. ‘Abdul ‘Aziz bin Ahmad Al-Badah | Penerbit: Too Bagus Publishing | Berat: 400gram | Muka Surat: 155 m/s. (Soft Cover). [Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]


Syi’ah pernah menjadi agama majoriti di negara-negara Teluk ‘Arab suatu masa dahulu. Sekarang untuk seperti itu, memang tidak mudah bagi mereka. Namun bukannya tidak mungkin. Sudah beberapa tahun kebelakangan ini terjadi pergolakan di negara-negara ‘Arab dan Syi’ah tidak tertutup kemungkinan turut serta bermain di situ.

Strategi Bulan Sabit Syi’ah untuk menguasai negeri-negeri Islam seperti Qatar, Kuwait, Emiriyah ‘Arab Bersatu, Bahrain, dan lain-lain masih tetap berlangsung. Dengan strategi tersebut, negeri Tauhid, kerajaan ‘Arab Saudi menjadi sasaran paling utama yang hendak mereka capai dan dengan itu mereka hendak menguasai dua tanah suci; Makkah dan Madinah.

Sejarah telah mencatatkan bagaimana Qaramithah yang merupakan salah satu kelompok Syi’ah ekstrim, pada tahun 218H tepatnya di era kekhalifahan Al-Mu’tahid Al-‘Abbasi, membuat kerosakan di muka bumi dengan cara memperkotak-katikkan ajaran Islam, menyerang dan menyamun jama’ah haji, menumpahkan darah di Masjidil Haram, mencuri Hajarul Aswad, dan membawa Hajarul Aswad ke Bahrain serta menahannya selama 22 tahun.

Kemudian, pada pasca revolusi Iran di era 1970/80-an yang dipimpin oleh Khomeini, Bahrain sekali lagi menjadi tapak permainan kaum Syi’ah. Mereka menuntut agar Bahrain dibawa masuk bersatu dengan Republik Iran. Untuk mewujudkan rencana besar mereka, orang-orang Syi’ah melakukan pelbagai cara agar berhasil, bermula dengan pengiriman warga Iran, demonstrasi, membuat kerosakan-kerosakan, menguasai politik dan parlimen negara, pemberontakan bersenjata, dan lain-lain lagi yang dianggap melampau.

Ketahuilah bahawa ajaran, kesesatan, dan kejahatan syi’ah ini tidak pernah habis dikaji, sama ada untuk diketahui, diperangi, dibanteras, mahupun untuk dihindari. Kejahatan dan kelicikan mereka menuntut kita agar lebih berilmu dan berhati-hati.

Syi’ah adalah sebuah agama yang keluar dari Islam, agama yang penuh kerosakan, ajaran yang bejat dan ektrim, agama kaum pembunuh, namun mereka menggunakan nama Islam dan menonjolkan konon jenama Islam. Sebagai sebuah agama, Syi’ah memang jelas punya pengaruh. Sejarah menyaksikan bahawa Syi’ah telah berjaya melebarkan sayapnya ke banyak negeri, hatta ke negeri Tauhid; ‘Arab Saudi.

Yang harus diingat, Syi’ah mengajarkan kepada para penganutnya sebuah prinsip sebagai minoriti. Mereka mampu hidup terpencil dan berhibernasi di sesebuah wilayah atau negeri, namun kemudian mereka mampu berevolusi mempengaruhi ramai orang, membuat kerosakan, menjadi agen-agen mereka dari luar, lalu menguasai wilayah dan negeri-negeri yang mereka diami tersebut. Mereka mampu meletakkan diri mereka di tengah-tengah kelompok manusia majoriti, namun orang-orang tidak akan tahu bahawa ia adalah Syi’ah kerana ajaran taqiyyah (kepura-puraan) yang mereka amalkan. Dalam senyap mereka mengatur langkah dan membuat onar di banyak negeri-negeri kaum muslimin.

Di Bahrain, demikianlah halnya. Melalui buku ini, insyaAllah kita akan memahami bagaimana mereka berkembang dan bergerak sehingga mampu menguasai seluruh Bahrain saat ini. Dan akhirnya mereka pun menunjukkan taring dan kuku mereka, menguasai politik dan menjadi penguasa, lalu mengganas manumpahkan darah-darah manusia yang mengingkari mereka.

Kisah Syi’ah di Bahrain adalah pengajaran buat kita bagi yang mahu meneliti. Tidak terkecuali negera kita Malaysia, demikian negara jiran kita Indonesia. Syi’ah dengan mudah bergerak dan melebarkan sayap ajaran mereka melalui orang-orang Islam yang jahil agama tetapi dahagakan agama, orang-orang yang memiliki sikap anti kerajaan, orang-orang rosak yang kaki perempuan, dan mereka juga suka menyusup ke dalam pertubuhan-pertubuhan haraki atas nama Islam lalu berevolusi atau mempengaruhi ahli-ahli di dalamnya sehingga ke suatu masa seluruh pertubuhan tersebut pun bertukar menjadi pertubuhan yang menggerakkan ajaran Syi’ah.

Awasilah mereka, kerana mereka memang licik dan bijak bermain. Maka seharusnya kita semua sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling kita. Tingkatkan ilmu dari sumber-sumber yang benar. Perkukuhkan aqidah kita dengan aqidah tauhid yang pernah menjadi tonggak kekuatan para salaf terdahulu, jangan lalai dan jangan merasa senang selalu.

Lihatlah sekeliling, adakah apa yang berada di sekitar kita sedang mengalami fasa-fasa awal Bahrain? Pegolakkan politik, membiaknya ajaran Syi’ah, demonstrasi di sana-sini, dan seumpamanya sebagaimana akan disebutkan dalam buku ini. Maka, perhatikanlah baik-baik.

Tela’ah-lah buku ini iaitu sebuah buku yang menyingkap sejarah negara Bahrain terdahulu sehinggalah datangnya Syi’ah dan pergerakan mereka, fahami baik-baik; ada sesuatu yang perlu kita pelajari agar tidak hanya duduk diam terleka bersenang-senang. Ambillah pengajaran di Bahrain, jangan sampai musibah, kebejatan, pertumpahan darah, dan penyiksaan manusia yang dahsyat yang sedang berlangsung di Bahrain tertimpa ke tanah air kita ini. Banteras-lah ajaran Syi’ah ketika mereka masih kecil sebelum mereka menjadi kelompok yang besar dan mampu melakukan kudeta dan serangan berdarah. [Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]

Kerana memang tabi’at mereka adalah menumpahkan darah kaum muslimin, membuat kudeta (kekacauan dan pemberontakkan), dan merosakkan agama, fitrah, serta negara ibarat haiwan buas! Sedangkan 3 khalifah Islam yang paling utama sendiri pun dibunuh dek perancangan datuk-moyang mereka, inikan pula kita pada hari ini?!

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net