Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Al-Kaba'ir, Dosa-dosa Yang Membinasakan

Al-Kaba'ir, Dosa-dosa Yang Membinasakan
Al-Kaba'ir, Dosa-dosa Yang Membinasakan Al-Kaba'ir, Dosa-dosa Yang Membinasakan
Terbitan: Darus Sunnah
Product Code: Darus Sunnah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24 x 17 x 3

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM70.00 RM50.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul Asal: Al-Kaba’ir, Dosa-dosa Yang Membinasakan | Penulis: Al-Hafiz Adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 748H) | Tahqiq: Abu ‘Abdurrahman ‘Adil bin Sa’ad | Penerbit: Darus Sunnah | Berat: 1.2kg | Muka Surat: 497 m/s. (Hard cover)


Dosa adalah apabila melakukan setiap jenis perbuatan yang melanggar aturan dan ketetapan hukum Allah. Apabila dosa yang dilakukan menjadi sebab diturunkan siksa secara khusus kepada pelakunya maka ia termasuk jenis dosa-dosa yang besar dan berat. Ini adalah seperti dosa zina, membunuh, dan selainnya. Manakala dosa-dosa kecil adalah dosa yang padanya tiada ancaman siksa yang bersifat khusus. Namun, dosa-dosa kecil sekiranya dilakukan secara rutin, ia akan mengumpul menjadi dosa yang besar.

Dosa adalah tipu daya syaitan yang sering dimasukkan ke dalam hati-hati manusia supaya mereka selalu melakukannya, dan akhirnya meremehkannya. Sebenarnya, kita sama sekali tidak boleh mengambil sikap meremehkan dosa walaupun yang kecil. Kerana dosa-dosa kecil yang dilakukan secara berulang-ulang atau berterusan akan menjadi dosa yang besar.

Ini adalah kitab Al-Kaba’ir karya Al-Imam Adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 748H). Ia diterbitkan dengan dimuatkan padanya syarah dan huraian hadis-hadis berdasarkan kitab-kitab Syaikh Al-‘Utsaimin raimahullah agar manfaatnya menjadi lebih luas dan mampu dicerna pelbagai lapisan.

Buku ini memberi penjelasan berkaitan jenis-jenis amal perbuatan yang termasuk ke dalam kategori dosa besar dengan merujuk kepada dalil-dalil Al-Qur’an, As-Sunnah dan perkataan para sahabat.

Semoga buku ini dapat menjadi nasihat yang bermanfaat dan peringatan kepada kita semua untuk sentiasa menjaga diri dari perbuatan dosa. Tidak ada seorang pun yang luput dari kesalahan dan dosa, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan (dosa) adalah mereka yang mahu bertaubat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Kata Muhaqqiq (Abu ‘Abdurrahman ‘Adil bin Sa’ad) tentang edisi ini:

“Allah telah memberikan kurnia-Nya kepada kita melalui sebuah penemuan Dr. Al-Fadhil Muhyiddin Mistu atas manuskrip kuno Al-Kaba’ir milik Al-Imam Adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 748H). Penemuan tersebut sangat mengejutkan pelbagai pihak kerana terdapat banyak sekali perbezaan antara manuskrip tersebut dengan naskhah yang telah dicetak.

Manuskrip tersebut memuat kandungan yang sangat diharapkan oleh para penuntut ilmu. Kerana Imam Adz-Dzahabi telah menjelaskan setiap hadis atau atsar pada karyanya yang asli tersebut sama ada berstatus sahih atau mengandungi kelemahan. Sehingga kitab beliau ini pun bersih dari kedustaan-kedustaan yang terdapat pada naskhah yang telah banyak tercetak.

Kemudian Dr. Al-Fadhil (Muhyiddin Mistu) berniat untuk menyebar-luaskan manuskrip tersebut. Beliau telah memberikan banyak manfaat dari hasil usaha beliau dalam menela’ah dan meneliti manuskrip-manuskrip kuno. Dengan niat yang baik, beliau pun mulai untuk menerbitkan buku-buku. Mudah-mudahan Allah Ta’ala memberikan balasan kebaikan kepada beliau.

Kemudian saya menulis pernyataan ini untuk menyematkan sebuah penghormatan kepada yang berhak (menerimanya) agar masyarakat tidak keliru dengan kitab yang telah beredar di Mesir yang di dalamnya mengandungi banyak kekeliruan.

Aku memohon kepada Allah ‘Azza wa Jalla agar memberi taufiq kepada kami menuju setiap kebaikan dan agar memberi kami kurnia berupa keikhlasan di setiap perkara, sama ada yang tersembunyi ataupun yang tampak.

Selain itu, saya juga telah mengumpulkan penjelasan dari Syaikh ‘Utsaimin tentang hadis-hadis, riwayat-riwayat, dan ayat-ayat (Al-Qur’an) yang ada di dalam kitab Al-Imam Adz-Dzahabi ini yang diambil dari buku-buku, penjelasan-penjelasan, dan fatwa-fatwa Syaikh ‘Utsaimin. Kemudian saya sandarkan setiap nukilan kepada sumber asalnya agar tidak disalah-fahami oleh sesiapa pun bahawa seolah-olah Syaikh ‘Utsaimin rahimahullah telah mensyarah kitab Al-Kaba’ir tersebut dan agar tidak terjadi adanya kesan penipuan dan pemalsuan. Mudah-mudahan Allah menjaga kita semua dari hal tersebut.

Telah banyak diketahui oleh para penuntut ilmu akan manfaat yang terkandung di dalam ucapan Syaikh kita yang mulia ini, Syaikh ‘Utsaimin rahimahullah. Iaitu manfaat dari ucapan-ucapan beliau terhadap kandungan kitab Al-Kaba’ir ini sehingga memang benar-benar memberikan manfaat. Allah benar-benar telah memberikan kelapangan kepada beliau sehingga ilmu beliau pun tersebar ke segala penjuru dunia.

Ungkapan beliau sederhana, tetapi penuh makna. Dalam kesempatan yang sangat singkat, saya pernah mengambil banyak manfaat daripada beliu dengan cara bermulazamah (mengikuti) pengajian-pengajian beliau, sehingga Allah benar-benar memberiku manfaat yang banyak melalui beliau.

Kita semua memohon kepada Allah yang Maha Aung agar memberi manfaat kepada kita semua dengan ilmu yang kita miliki, memberi kita husnul khatimah, dan memberikan ampunan-Nya kepada guru kita yang mulia, Syaikh ‘Utsaimin, serta menyatukan kita dan beliau bersama Nabi kita Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam di Syurga-Nya yang mulia. Ameen...” (Lihat: Muqaddimah Pentahqiq)

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net