Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

10 Sahabat Nabi Yang Dijamin Surga

10 Sahabat Nabi Yang Dijamin Surga
Terbitan: Al Qowam
Product Code: Al-Qowam
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 23.6 x 15.6 x 2.4

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM30.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: 10 Sahabat Nabi Yang Dijamin Surga | Judul Asal (‘Arab): Al-‘Asyarah al-Mubasysyaruuna bil Jannah| Penulis: Abu Anas Shalahuddin Mahmud As-Sa’id | Penerbit: Al-Qowam | Berat: 400gram | Muka Surat: 329 m/s. (Hard Cover)


Pada zaman yang miskin teladan ini, di kala banyak manusia sudah menyimpang dari bimbingan ilahi dan tidak lagi bercermin dari diri Muslim sejati, ada baiknya sejenak kita hidup bersama para Sahabat Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam. Sebagai generasi terbaik di kalangan manusia setelah para Nabi. Mereka adalah barisan manusia yang teguh imannya, lurus tauhid aqidahnya, gigih ibadahnya, tulus hatinya, adil sikapnya, dan tinggi kesabaran mental serta fizikalnya. Ini semua adalah sifat-sifat yang perlu dijadikan contoh renungan.

Buku ini memberi fokus kepada kisah sepuluh orang Sahabat Rasulullah yang dijamin masuk Syurga. Ia memuatkan fakta sejarah yang pernah dilalui oleh:

1. Abu Bakar ash-Shiddiq, 2. ‘Umar bin al-Khatab, 3. ‘Ustman bin ‘Affan, 4. ‘Ali bin Abi Thalib, 5. Thalhah bin ‘Ubaidillah, 6. Zubair bin Awwam, 7. Sa’ad bin Abi Waqas, 8. Sa’id bin Zaid, 9. ‘Abdurrahman bin Auf, 10. Abu ‘Ubaidah ‘Abdullah bin al-Jarh, radhiyllaahu ‘anhum.

Perbahasannya sarat dengan gambaran nyata tentang keperibadian, kemuliaan, kerja keras, dan pahit-manis perjuangan hidup mereka yang nyaris sempurna serta begitu istimewa. Madrasah Nubuwah yang telah mendidik mereka sehingga mampu menjadikan hampir separuh belahan dunia ketika itu terjamah oleh kemuliaan Islam.

Perbahasan-perbahasan di dalamnya tidak perlu diragui kerana turut dijelaskan sekali sumber-sumber yang menjadi rujukan bagi setiap fakta yang dibawa. Setiap fakta yang dibentangkan memiliki rujukan yang dapat dipertanggungjawabkan. Cerita-cerita liar dan fitnah yang sering dilemparkan kepada beberapa orang sahabat berkaitan juga turut diluruskan melalui buku ini.

Sebagai cermin hidup, buku ini menjadi sangat penting dimiliki setiap Muslim dalam meniti roda kehidupan yang semakin haus akan keteladanan rabbani. Melalui ketelitian nilai-nilai yang dibawa, setiap paragraf dalam buku ini akan membantu kita untuk lahir kembali sebagai seorang Muslim yang mampu menjadi teladan.

Hayatilah kisah-kisah manusia yang dijamin Syurga ini agar kita tidak dihanyutkan dan dikhayalkan dengan lamunan kisah-kisah manusia yang entah tidak keruan. Semoga kisah-kisah ini mampu menjadi motivasi dan suri tauladan buat kita menuju kehidupan yang diredhai Allah.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net