Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Ar-Rahiq Al-Makhtum, Dilengkapi Tahqiq Hadis

Ar-Rahiq Al-Makhtum, Dilengkapi Tahqiq Hadis
Ar-Rahiq Al-Makhtum, Dilengkapi Tahqiq Hadis
Terbitan: Ummul Qura
Product Code: Ummul Qura (10/5)
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.7 x 18.3 x 5.5

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM100.00 RM88.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Ar-Rahiq Al-Makhtum, Dilengkapi Tahqiq | Judul Asal (‘Arab): Ar-Rahiiq al-Makhtum (bersama tambahan catatan) At-Ta’liiq ‘ala Kitaab Ar-Rahiiq Al-Makhtum | Penulis: Syaikh Shofiyurrohman Al-Mubarakfuri rahimahullah | Tahqiq & Ta’liq: Syaikh Abu ‘Abdirrahman Mahmud Muhammad Al-Malaah | Penerbit: Ummul Qura | Berat: 1.4kg | Muka Surat: 864 m/s. (Hard cover) |


Buku Ar-Rahiiqul Makhtum ini adalah buku Sirah yang pernah memenangi tempat pertama anugerah penulisan Sirah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam oleh Rabitah Alam al-Islami. Sebuah buku rakaman dan rangkuman sirah Rasulullah antara yang terbaik dan komprehensif pada hari ini.

Umumnya, membaca dan menghayati sirah/sejarah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bukanlah sekadar sebagai bahan bacaan dan untuk mendapatkan informasi berkenaan Rasulullah, tetapi lebih dari itu semua. Iaitu bertujuan untuk meneladani sifat dan tatacara kehidupan beliau dalam segala perkara, mengambil ‘ibrah (iktibar/pelajaran) darinya dan menerapkannya dalam kehidupan seharian kita.

Bahkan lebih dari itu, memahami dan menelusuri kisah-kisah beliau akan menjadikan kita mengenal beliau dengan lebih dekat sehingga melahirkan rasa cinta terhadap beliau yang mana mencintai beliau adalah merupakan satu tanda keimanan. Tidak-lah kita mencintai beliau dengan kecintaan yang benar melainkan akan dikurniakan Allah ke hati-hati kita nikmat manisnya iman. Kata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَلَدِهِ وَوَالِدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ

“Tidaklah beriman salah seorang dari kalian sehingga aku lebih dicintai dari orang tuanya, anaknya sendiri, dan manusia seluruhnya.” (Shahih al-Bukhari, no. 15. Muslim, no. 44)

Di hadis yang lain, kata beliau lagi:

ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلاَوَةَ الإِيمَانِ: أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا، وَأَنْ يُحِبَّ المَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ

“Tiga perkara yang sesiapa memilikinya, ia akan merasa manisnya iman. Iaitu Allah dan Rasul-Nya menjadi yang paling dicintainya dari selain keduanya, mencintai seseorang kerana Allah semata-mata, dan benci jika dikembalikan kepada kekufuran sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api neraka.” (Shahih al-Bukhari, no. 16)

Maka, di antara wasilah mendapatkan rasa cinta terhadap Rasul-Nya, yang sekaligus menjadi jalan menunju Allah, adalah dengan menekuni perjalanan hidup dan siri dakwah beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Bukan hanya sekadar omongan kosong cinta dan kasih, tetapi tiada penghayatan dan tidak memiliki ilmu tentangnya. Sebaliknya kecintaan perlulah diiringi dengan dukungan dengan ilmu dan kefahaman dari sumber yang benar.

Makanya, buku ini merupakan salah satu rujukan yang tidak kurang pentingnya bagi tujuan meneliti hal yang dimaksudkan. Di dalamnya mengandungi kupasan dan rangkuman yang menarik sekitar sejarah kehidupan bangsa ‘Arab, fasa-fasa peperangan, kehidupan agama, sosial, budaya, politik, ekonomi, geografi, suku kaumnya, dan beberapa kerajaan-kerajaan yang wujud ketika itu. Kemudian penulis masuk kepada pemaparan perjalanan sirah Rasulullah dengan memulai dari latar belakang kelahiran dan kehidupan beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam secara lengkap, diikuti detik awal turunnya wahyu dan fasa kenabian, fasa kerasulan dan dakwah, tahap-tahap dakwah, cabaran-cabaran dakwah, isra’ dan mi’raj, bai’at al-‘aqobah, hijrah, kehidupan di Madinah, perjanjian-perjanjian dengan orang-orang kafir, perang-perang yang berlangsung, kisah-kisah penaklukan demi penaklukan, kisah-kisah bersama para sahabat, kejayaan dakwah yang gilang-gemilang, detik kewafatan Rasulullah, akhlak dan sifat-sifat beliau, serta yang lainnya. Penulis membentangkannya semua ini secara terperinci, mudah, dan mengikuti rentetan peristiwa demi peristiwa, lalu diakhiri dengan paparan detik-detik terakhir kehidupan beliau serta gambaran sifat dan budi pekerti beliau.

Lebih istimewa, buku ini turut dilengkapi dengan analisa sejarah, rujukan-rujukan hadis yang sahih, catatan-catatan dan komentar tentang hadis-hadisnya, peta global/umum lokasi-lokasi bersejarah, CD interaktif, dan beberapa yang lain. [Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]

Maka, hayatilah kisah sejarah yang sangat penting ini, bukan hanya sekadar kisah sejarah... tetapi sebuah kisah yang sangat penting kepada agama dan keimanan kita. Dari kisah beliaulah agama kita bermula... Jangan sampai kisah-kisah mistik dan mitos yang tiada asalnya lebih kita dahulukan, sedangkan kisah Nabi kita yang membawa petunjuk ini kita boleh abaikan pula...

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net