Judul: Kedokteran Nabi, Antara Realitas & Kebohongan | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis: Abu Umar Basyier | Penerbit: Shafa Publika | Berat: 0.8kg | Muka Surat: 444 m/s. (soft cover). [Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]
Mungkin selama ini tatkala kalimat “perubatan Nabi” disebutkan, anda pun langsung membayangkan jintan hitam (Habbatus Sauda’), minyak zaitun, madu, dan bekam. InsyaAllah persepsi atau tanggapan anda mungkin berubah sebaik membaca buku ini. Anda akan mendapatkan khazanah yang lebih kaya tentang hakikat perubatan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.
Selama ini anda mungkin menganggap perubatan ala Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sentiasa bertentangan dengan perubatan moden di mana mungkin anda beranggapan perubatan Nabi tidak memiliki kesan sampingan sedangkan perubatan moden penuh risiko dan kesan sampingan. Bahkan mungkin ada yang beranggapan hanya perubatan Nabi yang syar’i, manakala perubatan moden adalah tidak syar’i.
InsyaAllah buku ini membahaskan perubatan Nabi dari kaca mata yang benar dan keterkaitan perubatan moden dengannya serta di manakah batas sempadan dan pembezanya.
Melalui buku ini menjelaskan bahawa perubatan moden dan perubatan Nabi mungkin dapat dipadukan apabila asas-asasnya dapat ditemukan dan batas-batas syar’i tidak dilampaui. Sekaligus kita tidak akan disempitkan seolah-olah perubatan Nabi (thibbun Nabawi) itu hanya tertumpu kepada habbatus sauda’, mahu, minyak zaitun, atau perbekaman. Sedangkan itu hanya sebahagian darinya yang disebutkan secara khusus oleh Nabi dalam hadis-hadis atau sunnah-sunnah beliau. Dan hakikatnya, perubatan Nabi itu amatlah luas (selagi mana tidak memasuki wilayah yang diharamkan), dan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri pernah bersabda tentang keumuman dan keluasan hal tersebut, di antaranya adalah sebagaimana hadis-hadis berikut:
Dari Abi Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
مَا أَنْزَلَ اللَّهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً
“Tidaklah Allah turunkan satu penyakit, melainkan Dia turunkan penawarnya.” (Shahih al-Bukhari, no. 5678)
Dalam hadis yang lain, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاءٌ، فَإِذَا أُصِيبَ دَوَاءُ الدَّاءِ بَرَأَ بِإِذْنِ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ
“Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila penyakit itu kena dengan ubatnya, penyakit pun akan hilang dengan izin Allah ‘Azza wa Jalla.” (Shahih Muslim, no. 2204. Bab: Setiap penyakit ada ubatnya, dan disukai berubat)
Dari Ummu Dardaa’, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
إِنَّ اللَّهَ خَلَقَ الدَّاءَ وَالدَّوَاءَ فَتَدَاوَوْا، وَلا تَتَدَاوَوْا بِحَرَامٍ
“Sesungguhnya Allah menciptakan penyakit dan ubatnya, maka berubatlah, dan janganlah berubat dengan yang haram.” (Ath-Thabrani, Mu’jam Al-Kabiir, no. 20153. Kata Al-Haitsami, para perawinya tsiqah, dan Al-Albani menilainya hasan)
Dari Ummu Salamah, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
إِنَّ اَللَّهَ لَمْ يَجْعَلْ شِفَاءَكُمْ فِيمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمْ
“Sesungguhnya Allah tidak menjadikan penawar pada apa-apa yang diharamkan atas kalian.” (Sunan Al-Baihaqi, no. 19463. Shahih Ibnu Hibban, no. 1391)
Selamat menela’ah. [Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]