Judul: Akhlak Muslim | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis: Ummu Ihsan & Abu Ihsan | Penerbit: Pustaka Imam Asy-Stafi’i | Berat: 1kg | Muka Surat: 568 m/s. (Hard cover). [Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]
Akhlak adalah cerminan keimanan seseorang. Rendah tingginya akhlak menjadi indikator kuat bagi keimanannya. Semakin tinggi akhlak seseorang, maka semakin tinggi pula keimanannya, dan sebaliknya. Oleh kerana itu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sering mengaitkan antara iman seseorang dengan akhlak.
Beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Orang yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya.”
Bahkan lebih dari itu, beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam meletakkan kedudukan akhlak setara dengan iman. Perhatikan hadis berikut ini:
“Tidak ada iman bagi yang tidak memiliki amanah dan tidak ada agama bagi yang tidak menepati janji.”
Untuk misi tersebut jugalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam diutus kepada umat manusia, iaitu untuk menyempurnakan akhlak. Dalam sabdanya beliau berkata:
“Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang soleh.”
Demikianlah hakikatnya bahawa sejarah telah merakamkan bahawa dari masa ke masa banyak umat manusia yang melakukan pelanggaran akhlak, tidak terkecuali pada masa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Kehidupan jahiliyyah mendominasi kala ity melahirkan kebobrokan moral dan akhlak dalam segala aspek kehidupan, dan yang paling parah adalah dalam aspek aqidah. Selama 23 tahun Nabi Muhammad memperbaiki aqidah dan akhlak manusia sampailah mencapai titik kesempurnaan.
Di zaman kita saat ini pun, walaupun Islam telah sempurna dan tersebar ke seluruh pelusuk dunia dan sudah sekian lama aqidah Islam berada di hati-hati kaum muslimin, ternyata fenomena kemerosotan akhlak masih sering terjadi. Bahkan kebelakangan ini fenomenanya bertambah gawat sampai memporak-perandakan sendi-sendi kehidupan umat.
Krisis politik, ekonomi, perundangan, kewangan, kesusilaan, keteladanan, dan krisis-krisis lainnya yang melanda umat akhir-akhir ini tidak lain berasal dari krisis akhlak.
Bila agaknya umat ini akan meraih kembali keharuman namanya sebagaimana harumnya di era 1400 tahun dahulu di saat kaum muslimin tinggal bersama-sama Nabi dan para sahabatnya. Mereka disanjung, dihormati, dan digeruni, tidak lain kerana kebaikan akhlaknya.
Kehadiran buku ini tepat pada saatnya demi mengingatkan kembali kepentingan akhlak bagi umat ini dalam menjalani kehidupan. Buku ini sarat dengan pesan-pesan nasihat berkaitan akhlak, penyucian jiwa, dan keluhuran hati. Sentuhan-sentuhan nasihat di dalamnya diharapkan dapat memperbaiki kembali nilai-nilai akhlak dalam diri, keluarga, dan masyarakat.
Penulis membahagikan buku ini menjadi 5 perbahasan yang terdiri dari muqaddimah sekitar pengertian akhlak mulia, kedudukan akhlak, rukun-rukun akhlak, akhlak Rasulullah sebagai teladan, faedah dan keutamaan akhlak mulia, antara tabiat dan kebiasaan, dan 13 kaedah menggapai akhlak mulia.
Kemudian perbahasan pergi ke tahapan seterusnya dengan fokus akhlak kepada Allah; Ikhlas, muroqobah, khauf (takut kepada Allah), dan tawakkal.
Pada bab kedua, dijelaskan pula akhlak mulia kepada sesama manusia; Hakikat kasih-sayang, membersihkan hati dari hasad, kelemah-lembutan, kemurahan hati dan sikap bantu-membantu, kemurahan senyuman dan lisan yang baik, sikap amanah, menepati janji, adil, pemaaf, dan saling menasihati.
Di bab yang seterusnya, penulis memberi fokus pula kepada perbahasan ihsan, tawadhu’, berani, zuhud, wara’, malu, istiqomah, jujur, dan sangka baik.
Demikian sebahagian latar belakang dan cakupan umum kandungan buku ini yang dapat kami kongsikan untuk anda. Semoga bermanfaat. [Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]