Judul: Tafsir Juz 'Amma Disertai Hukum Tajwid Berwarna | Judul Asal (Arab): Zubdatut Tafsir min Fathil Qadir | Penyusun: Syaikh Dr. Muhammad al-'Aql | Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafi'i | Berat: 700g (size besar) | Muka Surat: 164 m/s.
Juz 'Amma atau juz ke-30 daripada al-Qur'an adalah sebahagian surah-surah al-Qur'an yang sangat popular di kalangan para pembaca atau penghafal al-Qur'an. Ini adalah kerana disebabkan padanya terdapat ciri-ciri khas yang mudah bagi seseorang yang baru ingin memulakan mempelajari dan menghafal ayat-ayat suci al-Qur'an. Di antara ciri-ciri tersebut adalah:
1 - Surahnya pendek-pendek, maka lebih mudah untuk diingati dan dihafal.
2 - Susunanya yang ringkas menjadikannya mudah untuk diingati.
3 - Sudah menjadi kebiasaan kepada sesiapa sahaja yang baru bermula mempelajari dan menghafal al-Qur'an.
4 - Di dalamnya mengandungi surah yang memiliki fadhilat (keutamaan) yang setara dengan 1/3 al-Qur'an, iaitu surah al-Ikhlas.
7 - Di dalamnya terdapat surah yang menjadi wirid di setiap pagi dan petang, iaitu dari surah al-Ikhlas, al-Falaq, dan an-Naas.
Dengan sebab keistimewaan-keistimewaan ini, dan ditambah pula ia sering dijadikan sebagai sebahagian al-Qur'an yang sering dibaca dan dihafal, maka adalah amat wajar sekali Juz 'Amma ini diterbitkan dengan lengkap berserta hukum-hakam tajwidnya serta penafsirannya supaya ia lebih mudah untuk bukan sahaja dihafal dan diingati tetapi juga mudah untuk difahami dan dipelajari maksud serta pengajaran yang terkandung di dalamnya.
Ciri-ciri lain versi terbitan yang diberikan kepada anda ini adalah ia ditulis dengan Rasm 'Utsmani, disertakan hukum tajwid berwarna, dan setiap ayat diberikan penjelasan serta penafsiran berpandukan kitab Zuhdatut Tafsir dari ringkasan kitab Tafsir Fathul Qadir karya Imam asy-Syaukani. Ia diringkaskan oleh Syaikh Dr. Muhammad Sulaiman 'Abdullah al-Asyqar.
Edisi ini juga amat sesuai untuk dibacakan atau menjadi bahan bacaan anak-anak di rumah dalam rangka mendekatkan mereka kepada al-Qur'an dan tafsirnya.
Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan