Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Madu Hutan Asli Riau/Sumatera (Indonesia)

Madu Hutan Asli Riau/Sumatera (Indonesia)
Madu Hutan Asli Riau/Sumatera (Indonesia) Madu Hutan Asli Riau/Sumatera (Indonesia) Madu Hutan Asli Riau/Sumatera (Indonesia) Madu Hutan Asli Riau/Sumatera (Indonesia)
Terbitan: Al-Wadey
Product Code: Al-Wadey
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 21 x 8.5 x 6.6

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM100.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Item: Madu Hutan Asli Sumatera (Indonesia) | Diimport Oleh: Atsar Ent. | Packaging: Al-Wadey, Bekasi (Indonesia) | Berat: 1kg (tidak termasuk bekas) | Kandungan: Madu Tualang Asli Dari Hutan Sumatera, Indonesia.


Allah Subhanahu wa Ta’ala mengkhabarkan tentang lebah dan hasil madunya secara umum di dalam al-Qur’an:

وَأَوْحَى رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ (68) ثُمَّ كُلِي مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًا يَخْرُجُ مِنْ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَةً لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

“Dan Rabb-mu mewahyukan kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang di perbukitan, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibina manusia”, kemudian makanlah dari setiap (kepelbagaian) buah-buahan dan tempuhlah jalan Rabb-mu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.” (Surah An-Nahl, 16: 68-69)

Dalam ayat ini Allah mengkhabarkan bahawa madu lebah itu terhasil dengan pelbagai jenis warna. Dan ini turut diperakui pula oleh kajian sains moden yang mana hasil madu sesebuah koloni lebah itu amat dipengaruhi oleh habitatnya, persekitarannya, dan sumber nektar yang mereka kutip dari pelbagai jenis bunga-bungaan. Dan di antara warna yang biasa kita temui adalah seperti warna kuning ke-emasan, coklat gelap, kuning keperangan, perang kehitaman (gelap), dan termasuklah beberapa ton warna lainnya.

Walau bagaimanapun, jenis warna tertentu ini tidaklah semestinya menunjukkan tahap kualitinya, kerana warna yang terhasil ini bergantung kepada material apa yang diambil oleh lebah dari persekitarannya.

Selain warna, apa yang lebih penting dalam mempengaruhi kualiti, rasa, dan khasiat madu adalah faktor nektar yang dikumpulkan oleh para koloni lebah dari jenis tumbuh-tumbuhan di kawasan sekitarnya.

Bagi madu dari hutan kepulauan Sumatera (Indonesia) ini, ia sudah tentu memiliki keistimewaan dan kelebihannya yang tersendiri. Ia terhasil dari koloni lebah liar (dari spesis: Apis dorsata) yang bersarang tinggi (25m hingga 50m) di puncak-puncak pokok besar dikenal sebagai Tualang (atau disebut Sialang oleh warga Indonesia) di tengah-tengah belantara kepulauan Sumatera yang kaya dengan tumbuh-tumbuhan dan bebungaan hutan termasuk bebunga Acacia Mangrum.

Anjuran Makan/Minum

Dicadangkan atau dianjurkan agar mengambilnya sebanyak 1 atau 2 sudu besar setiap kali ketika hendak masuk tidur dan sebaik bangun tidur di awal pagi.

Madu hendaklah sentiasa disimpan atau diletakkan pada suhu bilik. Jangan mencampurkannya dengan air panas atau diletakkan pada suhu yang tinggi, kerana ia akan merosakkan kualiti madu.

Madu Dalam Hadis

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda:

عَلَيْكُمْ بِالشِّفَاءَيْنِ الْعَسَلِ وَالْقُرْآنِ

“Bagi kalian dua jenis penawar, iaitu al-‘Asal (madu) dan al-Qur’an.” (Sunan Ibnu Majah, no. 3443. Kata Ibnu Katsir, sanadnya jayyid. Najun dinilai dha’if oleh al-Albani)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda:

الشِّفَاءُ فِي ثَلاَثَةٍ: شَرْبَةِ عَسَلٍ، وَشَرْطَةِ مِحْجَمٍ، وَكَيَّةِ نَارٍ، وَأَنْهَى أُمَّتِي عَنِ الكَيِّ

“Kesembuhan itu ada pada tiga perkara: Meminum madu, tusukan alat bekam, dan kay (perubatan dengan besi panas). Namun aku melarang umat-ku dari berubat dengan kay.” (Shahih al-Bukhari, no. 5680)

Sahabat Nabi, ‘Abdullah B. Mas’oud radhiyallahu anhu berkata:

فِي الْقُرْآنِ شِفَاءَانِ، الْقُرْآنُ وَالْعَسَلُ، الْقُرْآنُ شِفَاءٌ لِمَا فِي الصُّدُورِ، وَالْعَسَلُ شِفَاءٌ مِنْ كُلِّ دَاءٍ

“Di dalam Al-Qur’an dinyatakan dua jenis penawar, iaitu Al-Qur’an dan madu. Al-Qur’an adalah penawar untuk apa yang ada di dalam dada, manakala madu adalah penawar untuk setiap penyakit (fizikal).” (Al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, no. 19566. Dinilai sahih oleh al-Bahaqi)

Maka, manfaatkan-lah nikmat-nikmat Allah yang ada ini yang salah satunya adalah madu yang padanya memiliki nilai penawar bagi pelbagai penyakit. [Disediakan oleh Team Atsar Ent.]

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

 

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net