Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Pelajaran Bahasa Arab Mengenal Kosa Kata (Siri 1)

Pelajaran Bahasa Arab Mengenal Kosa Kata (Siri 1)
Terbitan: Hikmah Anak Sholih
Product Code: Hikmah Anak Sholih
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 18.1 x 21.2 x 0.4

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM11.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Pelajaran Bahasa Arab Mengenal Kosa Kata (Siri 1) | Penulis: Abu ‘Umar Ibrohim | Penerbit: Hikmah Anak Sholih | Berat: 180g | Muka Surat: 75m/s (Soft Cover). [Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]


Allah Subhanahu wa Ta’ala menurunkan Al-Qur’an dalam bahasa ‘Arab. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menyampaikan sunnahnya juga dengan bahasa ‘Arab. Maka, tidak mungkin bagi kita untuk mampu memahami dengan baik dua wahyu Allah ini berupa Al-Qur’an dan As-Sunnah melainkan dengan mempelajari bahasa ‘Arab. Bermakna, mempelajari bahasa ‘Arab adalah perkara yang amat penting.

Sungguh amat-amat disayangkan lagi menyedihkan apabila kebanyakan dari kaum muslimin sendiri berpaling dari mempelajari dan mengambil penting bahasa ‘Arab. Mereka lebih berbangga mempelajari bahasa asing (selain ‘Arab) dan dapat menuturkannya, sehingga anak-anak mereka juga dididik dengan bahasa asing tersebut supaya tidak dipandang ketinggalan zaman.

Tahukah kita, bahawa secara tidak langsung dari sini sahaja sudah menunjukkan kurangnya semangat dan kepedulian mereka dalam menguasai ilmu-ilmu agama dengan lebih baik.

Jadi, bagaimana akan tercetak generasi Islam yang benar-benar mencintai Allah dan Rasul-Nya? Bagaimana akan lahir generasi Islam yang benar-benar berilmu dengan asas-asas yang manpan? Bagaimana mereka akan mampu mendepani fitnah dan syubhat agama di masa-masa mendatang jika tunjang-tunjang dan kunci agama ini tidak dipahatkan ke dalam dada-dada mereka?

Maka dari itu, wahai ibu-ibu dan bapa-bapa sekalian,

1, Perhatikanlah pendidikan anak-anakmu, jangan kalian lepas tangan dan ambil mudah.

2, Ajarkanlah mereka Al-Qur’an seawal mungkin dan tanamkan-lah kecintaan terhadapnya baik-baik.

3, Perkenalkanlah bahasa ‘Arab kepada mereka, kerana itu adalah bahasa Al-Qur’an, bahasa Nabi dan para sahabat, dan itulah bahasa ilmu yang membimbing menunju keselamatan.

Ajarkanlah mereka.. ajarkan mereka dari kecil lagi. Kerana mendidik anak-anak di waktu kecil itu umapama mengukir di atas batu. Sedikit-sedikit demi sedikit, kesan dan hasilnya akan membekas kukuh.

Maka dari itu jugalah kami di sini turut terdorong untuk terlibat membantu sahabat-sahabat sekalian dengan megharap wajah Allah dan Syurga-Nya. Dengan kebaikan dan izin-Nya, kami berjaya menghasilkan sebuah sumbangan berupa buku asas-asas mempelajari bahasa ‘Arab untuk anak-anak kecil.

Buku ini berisi himpunan mufrodat (kosa kata) sebagai pelajaran pertama buat anak-anak. Dengan mempelajari dan menghafalkannya, insyaAllah akan membantu anak-anak untuk mampu mengucapkan atau menuturkannya dengan fasih dan tepat sesuai dengan sasaran. Apatah lagi dengan dibantu oleh gambar-gambar yang menarik yang akan membuat anak-anak-anak merasa senang dan sekaligus mendidik mereka mengenal langsung apa yang disebut.

Mudah-mudahan dengan kehadiran buku siri pertama ini walaupun kami tahu pasti memiliki kekurangan, ia akan dapat membantu adik-adik dan anak-anak membuat langkah pertama. Serta bagi para ibu dan bapa-bapa di luar sana, insyaAllah ia mampu menjadi sebagai bahan belajar atau pengajaran mereka dalam mengenal bahasa ‘Arab untuk anak-anak. [Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]

Semoga Allah membimbing kita dengan baik sehingga mampu menguasai bahasa ‘Arab ini dengan cemerlang.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net